Popular Posts

Thursday, April 29, 2010

Tafsiran sifat melalui tarikh lahir, warna kesukaan dan jenis darah

This is taken from a book - Misteri Aneh dan Ganjil Bukti Keagungan Allah at page 229 - membicarakan teori yang dikupas oleh Ibnu Khaldun (kebetulan nama group Usrah yang dipimpin oleh penulis zaman MRSMJ dahulu) didalam kitabnya "Al'Ibar".

Penulis tidak mengetahui sama ada apa yang dinyatakan dari buku ini boleh diterima-pakai 100%. Below are excerpts taken from the book, those who may know me - you be the judge. Wallahuaklam bissawab.


***************************

Tanggal ketika anda lahir, tidak kira sama ada bulan apa dan tahun berapa, merupakan kunci numerik yang menunjukkan sketsa keperibadian dominan anda. Kunci ini sangat mempengaruhi jalan kehidupan dan membantu anda memilih kerjaya yang sesuai dengan anda. Pengaruhnya sangat ketara ketika anda dalam lingkungan usia antara 28 sampai 56 tahun.

Lahir Tanggal 18 haribulan:

Lahir pada tanggal delapan belas haribulan menunjukkan orang yang hidupnya dipenuhi dengan perubahan, aktiviti dan perjalanan. Anda seorang yang suka bertanggungjawab terhadap kesejahteraan orang awam atau kemasyarakatan, selari dengan dengan sifat anda suka menolong. Banyak yang diharapkan dari Anda kerana banyak juga yang diberikan kepada Anda. Sifat suka berdikari bersamaan sifat orang lahir tanggal satu, efisiensi bersamaan orang lahir tanggal delapan dan perikemanusiaan bersamaan orang lahir tanggal sembilan. Anda tidak suka dengar nasihat kerana anda jarang memerlukannya. Anda tertarik dengan bidang luas yang memerlukan administrasi efisien (seperti perundangan, politik, dan keagamaan), dan walaupun usaha pertama Anda tidak selalu berhasil, Anda akan berhasil juga pada usaha berikutnya, jadi berusahalah terus. Kadang-kadang Anda terlalu emosional, tetapi sebenarnya Anda intelektual dan menyukai logika serta argumentasi berfakta. Sifat ini membuat Anda sesuai sebagai pengkritik, pengulas dan jurubicara kepada sesuatu bidang. Dalam bidang kewangan, Anda tidak pernah terburu-buru kerana Anda berasa bertanggungjawab sekali dalam mengatur aset material. Kemungkinan pernikahan atau pertunangan Anda akan terjadi masalah di tengah-tengah jalan kehidupan Anda. Lantaran itu Anda perlu berhati-hati dalam tindakan.

Tanggal 1 haribulan: (cross reference)

Lahir pada tanggal satu haribulan bererti Anda mempunyai kemauan yang keras, berdikari dan percaya diri. Orang lain mungkin berkata Anda 'terlalu banyak berpikir" kerana Anda lebih suka berencana, namun tidak benar-benar (serius) menjalankannya. Anda cenderung mengenalpasti sesuatu sebelum menentukan salah atau benar, buruk atau baik. Anda memiliki pemikiran yang bagus dan suka berunding. Praktis dan idealis, Anda menyukai hal-hal yang diukur oleh otak (logik dan rasional) daripada rasa hati anda. Akibatnya, walaupun Anda mampu memberikan kasih sayang, Anda tidak menunjukkannya terang-terangan. Walaupun Anda kelihatan macam suka mementing diri, tetapi Anda adalah seseorang yang sangat sensitif dan memerlukan dorongan dan feedback yang positif. Anda juga memiliki kekuatan besar yang terpendam.

Tanggal 8 haribulan: (cross reference)

Progresif dan berwawasan luas, Anda akan berjaya menangani masalah umum atau kepentingan masyarakat umum, namun sebaik-baiknya hindari kerjasama seimbang, kerana Anda perlu berada di posisi yang mengambil keputusan terakhir. Perniagaan besar, perusahaan atau pemerintahan (kepemimpin) adalah bidang Anda, di mana Anda harus menunjukkan kejujuran dan integriti agar tetap berjaya.

Tanggal 9 haribulan: (cross reference)

Lahir pada tanggal sembilan haribulan menunjukan seorang yang suka kepada penonjolan diri, penyebaran dan populariti diri, meminati kesenian, wawasan luas dan perikemanusiaan (melakukan hal yang baik kepada masyarakat dan juga binatang). Anda tertarik dalam bidang metafisika dan menghubungkannya dengan apa yang sedang terjadi di dunia ini. Berpendidikan, artistik dan berkemahuan kuat, Anda adalah pemimpin alamiah yang dapat kejayaan dalam segala sesuatu berbau artistik, seperti menulis, mengajar, hukum perundangan, penerbitan atau berkaitan keagamaan. Anda memerlukan pendidikan luas sehingga Anda dapat memilih pekerjaan dengan lebih baik.

Warna kesukaan

Warna Putih:

Jika Anda menyukai warna putih, maka Anda adalah jenis orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengkagumi Anda kerana sifat angun, sifat idealis dan moralis Anda yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan.

Warna Hitam:

Anda termasuk jenis orang yang sangat lincah dan tangkas dalam hal-hal tertentu saja. Kalau Anda berada dilingkungan yang tidak disukai, maka Anda akan menjadi pasif dan murung. Anda selalu tampil menarik, rapi, ramai yang berbezaan jantina berusaha mengejar dan merebut cinta kamu, kerana Anda berhati-hati dalam memberi cinta.

Golongan darah B:

Orang yang tergolong dalam kumpulan darah B ini cenderung untuk mendapat sesuatu dan tertarik terhadap segalanya. Mereka juga cenderung mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobby. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya mereka asyik, namun kadang-kadang cepat juga bosan. Biasanya mereka boleh memiih mana yang lebih penting dan sekian banyak hal yang dikerjakannya. Mereka cenderung ingin menjadi nombor satu (terkenal dan menonjol) dalam berbagai hal sehingga dianggap segala-gala sempurna. Biasanya mereka cenderung melalaikan sesuatu jika terfokus dengan kesibukan yang lain. Dengan kata lain, mereka tidak bisa mengerjakan sesuatu secara serentak. Dari luar mereka kelihatan riang, bersemangat dan bercita-cita tinggi. Namun sebenarnya hal itu semuanya sama sekali berbeza dengan hakikat yang ada di dalam diri mereka. Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak ingin bergaul dengan banyak orang, ketika tertentu dan tidak pula ketika tertentu yang lain.

1 comment:

Anonymous said...

thanx...

perkongsian menarik.
agak kebetulan.
sy agak mengkaji sikap seseorang melalui warna kesukaan,tarikh/bulan kelahiran n xsangka,jenis darah pon ade..hehe.tq.

teruskan posting :)