Link mengenai penderaan kepada pembantu rumah adalah dirujuk.
Adakah anda mempunyai pembantu rumah?
Apakah anda menjaga kebajikan pembantu rumah anda dengan baik?
Sudahkah anda membayar dengan penuh gaji mereka sebelum kering peluh mereka?
Atau hakikatnya anda sering menganaiya mereka dengan tidak memberikan mereka makan dan minum secukupnya atau makanan mereka anda catu?
Adakah anda menjaga sakit pening mereka?
Pernahkah anda mengurung pembantu rumah anda?
Pernahkah anda menziarahi kampung pembantu rumah anda atau setidak-tidaknya bertanyakan khabar mengenai keluarganya?
Pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri - kenapa pembantu rumahku lari?
Jawablah dengan jujur - Sudah masuk berapa orang pembantu rumah anda yang lari kerana tidak tahan dengan perlakuan anda?
Selama ini didada-dada akhbar hanya menceritakan kisah betapa jahatnya pembantu rumah tanpa membuat semakan sama ada benarkah kelakuan majikan amat terpuji dan perlakuan sipembantu rumah amat keji sekali???
Pembantu rumah anda adalah termasuk orang yang perlu diberikan rahmat. Setelah anak dan suami/isteri, pembantu rumah anda sebenarnya merupakan orang yang paling dekat dengan anda. Dia lebih dekat dengan anda dan anak-anak daripada saudara mara anda sendiri. Dia lebih mengetahui tentang anda daripada saudara mara anda. Dia patut dihormati dan dijaga sebaiknya. Janganlah pembantu rumah anda dianggap sama tarafnya dengan hamba sahaya yang diperlakukan sesuka hati oleh majikan.
Dari Abu Dzar berkata, Rasulullah Saw bersabda: "Para pembantu, mereka adalah saudara-saudara kamu. Allah telah menjadikan mereka sebagai satu golongan yang berada di bawah kekuasaan kamu. Maka barangsiapa yang telah menjadikannya berada dalam kekuasaannya, hendaklah memberi makan sama dengan yang dia makan, memberi pakaian sama dengan yang dia pakai, dan tidak memberikan tugas yang memberatkannya. Jika memberikan tugas berat, hendaklah membantunya. (HR. . At-Tirmidzi)
Janganlah kita melakukan tindakan-tindakan kasar dan tidak berperikemanusiaan. Walau siapa pun dia, pembantu rumah adalah orang yang bekerja untuk kita demi kesenangan kita. Mungkin anda menganggap pekerjaan mereka hina dan remeh. Tetapi sesungguhnya mereka sangat menghormati anda dan memuliakan anda. Kalau mereka mempunyai pilihan, dia pasti lebih senang tidak mahu berkerja menjadi pembantu rumah. Tetapi karena terpaksa dia tidak pernah memikirkan risiko yang harus dia tanggung. Ada yang datang nun jauh dari seberang lautan meninggalkan keluarga dikampung demi semata-mata untuk memperbaiki ekonomi dan menyara kehidupan keluarga.
Pekerjaan yang dilakukannya tidak lebih sebagai cara mencari rezeki yang halal, walau harus banyak menghadapi cobaan dan dugaan. Kadangkala dia dimarahi, kadangkala dia dijadikan kambing hitam, dan kadang dia jadi tempat melepaskan geram oleh majikan. Tidak sedikit pembantu dituduh yang bukan-bukan. Perlakuan buruk juga tidak jarang dilakukan oleh anak-anak majikan. Ada yang memaksanya untuk melakukan hal-hal yang sebenarnya tidak layak dilakukan. Ada anak-anak majikan yang dengan sengaja memukul dan mencederakan pembantu rumah mereka. Ada juga yang difitnah oleh anak-anak majikan mereka. Ada juga majikan yang akan memarahi pembantu rumah mereka kerana menegur anak majikan. Komen seperti "Ah! dia hanya maid yg aku bayar gaji aje... yang layak marah anak aku, hanya kami mak bapak budak ini sahaja!". Sedangkan teguran yang dibuat oleh pembantu rumah adalah sebenarnya demi kebaikan anak-anak itu sendiri atas dasar kasih sayang dan keikhlasan sipembantu rumah.
Dari Ibnu Mas'ud Al-Anshari berkata, aku pernah memukul budak/pembantuku, kemudian aku mendengar suara dari belakangku berkata: "Mengertilah Ibnu Mas'ud, mengertilah Ibnu Mas'ud!" Aku menoleh, ternyata aku bersama Rasulullah, lalu beliau bersabda:" Bagi Allah lebih berkuasa dari apa yang kamu lakukan kepada pembantu." Maka sejak saat itulah Ibnu Mas'ud tidak pernah memukul pembantunya. (HR. At-Tirmidzi)
Link kepada keterangan - siapakah dia Ibn Mas'ud dan hubungannya dengan Rasulululah S.A.W..
Apa yang disampaikan oleh Rasulullah sungguh patut dijadikan peringatan bagi para majikan. Allah lebih berkuasa daripada apa yang dilakukan oleh majikan kepada pembantunya. Artinya, bahwa pembantu yang diperlakukan tidak baik pada hakikatnya dia sedang dizalimi atau dianiaya oleh majikan. Orang yang dizalimi doanya dikabulkan Allah. Dan mana-mana pembantu rumah yang diperlakukan tidak baik akan dibela oleh Allah Swt. Allah akan menunjukkan kekuasaan-Nya kepada majikan. Majikan yang jahat kepada pembantunya tidak akan masuk surga!
Dari Abu Bakar, dari Rasulullah Saw bersabda: "Tidak masuk surga orang yang berbuat jahat kepada pembantu." (HR. At-Tirmidzi).