My thoughts actually, unfiltered. A place to record and unload things that I stored in my memories and from the circuits of an ageing pc located somewhere in Shah Alam, Malaysia. Gave up updating the website that I had setup earlier. Miene denke der Blog ist schneller...und nicht sweiriech. Ja?
Saturday, July 30, 2011
Trip to Melbourne
Monday, July 25, 2011
Pesanan dari keluarga Presiden SIRIM
Assalamualaikum wrt wbt
Kepada semua anggota kerja SIRIM Berhad dan anak syarikatnya (dan juga orang perseorangan yang mengenali Allahyarham).
Sebagaimana yang tuan-puan sedia maklum, Presiden & Ketua Eksekutif SIRIM Berhad yang kita kasihi telah pulang ke Rahmatullah baru-baru ini.
Sehubungan dengan itu, wakil keluarga Allahyarham ada menyampaikan beberapa amanat dan pesanan kepada anggota kerja seperti berikut - Ahli keluarga Allahyarham menyusun sepuluh jari, untuk dan bagi pihak diri Allahyarham, dengan rendah diri:
- memohon keampunan dan kemaafan daripada keseluruhan anggota kerja/tuan-puan sekalian sekiranya dan jika semasa hayat beliau, Allahyarham ada tersalah dan silap dalam pergaulan seharian Allahyarham semasa bertugas di SIRIM Berhad. Maka haraplah dapat diampunkan segala kesalahan dan kesilapan Allahyarham;
- sekiranya Allayarham ada termakan atau terminum, amat besarlah harapan keluarga Allahyarham agar ianya dapat dihalalkan;
- seandainya tuan dan puan, anggota kerja SIRIM ada memberikan apa jua bentuk pinjaman kepada Allayarham atau sekiranya Allahyarham ada terhutang wang ringgit, barangan atau perkhidmatan, harap dapat datang dan membuat tuntutan terus kepada ahli keluarga Allahyarham; dan
- seterusnya ahli keluarga Allahyarham mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga diatas lawatan dan ziarah yang dilakukan oleh anggota kerja dan orang persorangan/sahabat handai/ kenalan dll kepada Allahyarham semasa Allahyarham terlantar sakit.
Thursday, July 21, 2011
Presiden SIRIM Meninggal Dunia
Jenazah akan di solatkan di Surau Seksyen 6 Shah Alam dan dijangka dikebumikan selepas Asar hari ini.
Allahumahfirlahu warhamhu waafina wa'fuanhu. Wasallahu ala saidina Muhammad Wa ala Alihi wasahbihi wassalam. Amin.
Wednesday, July 20, 2011
Tuesday, July 19, 2011
Doa ganguan/sukar tidur malam
Monday, July 18, 2011
Bismillah 5
Maksudnya:
1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Dengan nama Allah yang menyembuhkan.
3. Dengan nama Allah yang mencukupi.
4. Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.
5. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi maupun di langit, dan Dia yang Maha mendengar lagi Maha mengetahui.
Monday, July 11, 2011
Contoh Surat Amaran - Penyalahgunaan maklumat peribadi (email)
Pihak tuan telah didapati melakukan kesalahan jenayah "spamming" kepada email saya dan juga kepada email anggotakerja organisasi kami yang mana alamat email kami adalah merupakan maklumat peribadi milik kami yang telah pihak tuan salah-gunakan bagi tujuan komersil.
Dibawah Akta tersebut, kami secara kolektif ataupun secara individu boleh melaporkan kesalahan tuan kepada Commissioner of Data Protection untuk siasatan:
(i) mengenal pasti pihak yang telah mendedahkan maklumat peribadi kami untuk diambil tindakan;
(ii) tuan didapati bersubhat dengan pihak yang melakukan kesalahan tersebut;
(iii) dakwaan ke atas tuan kerana mengutip maklumat peribadi tanpa kebenaran dibawah Seksyen 130 (1) Akta tersebut.
Kami percaya bahawa email kami telah tuan ambil dan/atau telah diberikan kepada pihak tuan tanpa kerelaan dan tanpa memperolehi kebenaran kami terlebih dahulu ataupun sekiranya pihak kami telah ataupun pernah memberikan kebenaran, kebenaran tersebut (yang boleh ditarik balik pada bila-bila masa) telah ditarik balik selaras dengan keperluan yang telah ditetapkan oleh Akta tersebut.
Tindakan penyalah-gunaan data peribadi kami tanpa kebenaran adalah merupakan kesalahan jenayah yang boleh dihukum dibawah seksyen 130 (1) Akta tersebut (Penalti – tidak lebih RM500,000-00 atau dihukum penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya).
Oleh yang demikian, sukacita kami agar pihak tuan tidak lagi mengulangi kesalahan tuan, bukan hanya kepada kami tetapi juga kepada sesiapa lagi yang lain pada masa akan datang.
Sekian dimaklumkan.
[ tandatangan ]
Pegawai Perlindungan Maklumat Peribadi
Syarikat ABC
(Ini adalah contoh sahaja. Penulis telah diamanahkan untuk memberikan taklimat kepada kesemua anggotakerja organisasi tempat penulis bertugas mengenai Akta ini) Itulah sebab blog ini seolah-oleh terbiar sepi untuk beberapa lama... terima kasih kepada abang-abang,adik-adik dan kakak-kakak yang sudi berkunjung menziarahi saya di sini.
Insya Allah, saya akan kembali menulis semula secara aktif dalam masa terdekat ini)