Tuesday, June 29, 2010

Walimatul Urus Nurmayamin - Ustaz Firdaus

Inilah dia kad jemputannya!

Para jemputan dijemput hadir sekeluarga

Pelan lokasi - siap ada data gps lagi... kalau tak sampai dengan alasan sesat.. tidak boleh diterima-pakai!

Nota : Majlis Akad Nikah akan diadakan selepas maghrib dirumah pengantin perempuan pada 02/07/2010. Ustaz Ismail Kamus telah berbesar hati untuk menyerikan majlis dengan ruangan tazkirah pada majlis tersebut.

Kisah hidup Salman Al-Farisi

Adalah dikisahkan bahawa Salman Al-Farisi, anak kesayangan ayahnya dan menjadi kepercayaan ayahnya seorang majusi untuk menjaga api yang disembah. Pada suatu hari Salman melihat upacara keagamaan orang Nasrani dan tertarik untuk mengikutinya dan meninggalkan api yang dijaganya….bapanya terpaksa mencarinya hingga lewat malam.

"Ketika berada di hadapan bapaku, kukatakan kepadanya: 'Aku melalui suatu kaum yang sedang melakukan upacara ibadah di gereja. Upacara mereka amat mengagumkanku. Kulihat pula agama mereka lebih baik daripada agama kita"

"Aku pun bersoal jawab dan berdiskusi dengan bapaku, tetapi malang akhirnya kakiku dirantai dan aku dipenjara."

"Aku kirim berita kepada orang Nasrani bahawa aku telah menganut agama mereka. Kuminta pula agar apabila datang rombongan dari Syria tolong beritahu sebelum mereka kembali, kerana aku hendak ikut bersama mereka ke sana."

Mengikuti Rombongan ke Syria

"Permintaanku itu mereka tunaikan. Maka kuputuskan rantai kakiku, kemudian meloloskan diri dari penjara bapaku dan menggabungkan diri kepada rombongan yang menuju Syria itu. Sesampainya di sana kutanyakan seorang ahli dalam agama itu, dijawabnya bahawa dia ialah paderi pemilik gereja. Maka datanglah aku kepadanya lalu kuceritakan keadaanku."

"Akhirnya tinggallah aku bersamanya sebagai pelayan, belajar dan melaksanakan ajaran mereka. Sayang paderi itu seorang yang tidak baik keagamaannya, kerana dikumpulkannya sedekah daripada orang ramai dengan alasan untuk dibahagikan, ternyata disimpan untuk dirinya sendiri. Kemudian paderi itu meninggal dunia. Maka mereka mengangkat orang lain sebagai gantinya."

"Kulihat tidak ada seorang pun dalam kalangan mereka yang lebih baik keagamaannya daripada paderi baru itu. Aku pun mencintainya demikian rupa, sehingga hatiku berasa tidak ada seorang pun yang lebih kucintai sebelum itu daripadanya."

"Dan tatkala ajalnya telah dekat, aku bertanya kepadanya, 'Sebagaimana yang tuan telah maklum, telah dekat saat berlakunya takdir Allah atas diri tuan. Maka apakah yang harus aku lakukan, dan siapakah yang sebaiknya harus kuhubungi?' ‘Anakku! Tidak ada seorang pun menurut pengetahuanku yang sama langkahnya dengan aku, kecuali seorang pemimpin yang tinggal di Mosul, ujarnya,"

"Kemudian setelah dia meninggal dunia aku pun pergi ke Mosul dan menghubungi pendeta yang disebutkannya itu. Kuceritakan kepadanya pesan daripada paderi tadi dan aku tinggal bersamanya selania waktu yang dikehendaki Allah”

"Kemudian tatkala ajalnya telah dekat pula, aku bertanya kepadanya siapa yang harus kuturuti selepas itu. Ditunjukkanlah seorang soleh yang tinggal di Nasibin."

"Aku pun segera mengunjungi orang soleh tersebut. Kuceritakan mengenai diriku, kemudian tinggal bersamanya selama waktu yang dikehendaki Allah pula."
"Tatkala dia hendak meninggal dunia, aku bertanya soalan yang sama kepadanya. Maka disuruhnya aku menghubungi seorang pemimpin yang tinggal di Amtma, suatu kota yang termasuk dalam wilayah Rom."

"Aku pergi ke sana dan tinggal bersamanya, sedang sebagai bekalan hidup aku menternak lembu dan kambing. Kemudian dekatlah pula ajalnya dan kutanyakan padanya kepada siapa aku hendak dipercayakannya."

Kebangkitan Seorang Nabi

"Anakku, tidak ada seorang pun yang kukenal serupa dengan kita keadaannya dan dapat kupercayakan engkau padanya. Walau bagaimanapun sekarang telah dekat datangnya masa kebangkitan seorang Nabi yang mengikuti agama Ibrahim secara murni. Dia nanti akan hijrah ke suatu tempat yang ditumbuhi kurma dan terletak di antara dua bidang tanah berbatu-batu hitam.'"

"Seandainya kamu dapat pergi ke sana, temuilah dia. Dia mempunyai tanda-tanda yang jelas dan terang: Dia tidak mahu makan sedekah, sebaliknya bersedia menerima hadiah dan dibahunya ada cap kenabian yang apabila kau melihatnya, segeralah kau akan mengenalinya.'"

"Kebetulan pada suatu hari lalulah suatu rombongan ber-kenderaan, kemudian kutanyakan dari mana mereka datang. Tahulah aku bahawa mereka dari Jazirah Arab."

"'Mahukah kamu membawaku ke negeri kamu dan sebagai imbalannya kuberikan kepada kamu lembu-lembu dan kambing-kambingku ini?' aku membuat tawaran kepada mereka. Baiklah ujar mereka."

Menjadi Hamba kepada Seorang Yahudi

"Demikianlah mereka membawa aku turut serta dalam perjalanan mereka hingga sampai di suatu negeri yang bernama Wadil Qura. Di sana aku mengalami penganiayaan. Mereka menjual aku kepada seorang Yahudi. Di tempat itu aku lihat banyak pokok kurma, aku berharap negeri inilah yang disebutkan oleh pendeta kepadaku dahulu, yakni yang akan menjadi tempat hijrah Nabi yang ditunggu-tunggu. Ternyata sangkaanku meleset."

"Mulai hari itu aku tinggal bersama orang Yahudi yang membeliku sehingga pada suatu hari datang seorang Yahudi daripada Bani Quraizhah yang membeliku puil daripadanya. Aku dibawanya ke Madinah, dan demi Allah baru sahaja kulihat negeri itu, aku pun yakin itulah negeri yang disebutkan pendeta dahulu.

"Aku tinggal bersama Yahudi itu dan bekerja di kebun kurma milik Bani Quraizah, sehingga datang saat yang dinantikan Rasulullah SAW datang ke Madinah dan singgah di Bani Amru bin Auf di Quba.

"Pada suatu hari, ketika aku berada di atas pokok kurma sedang majikanku masih duduk di bawahnya, tiba-tiba datang seorang Yahudi saudara sepupunya yang mengatakan padanya "Bani Qilah celaka! Mereka berkerumun mengelilingi seorang lelaki di Quba yang datang dari Makkah dan mengaku sebagai Nabi.'"

"Demi Allah, baru sahaja dia mengucapkan kata-kata itu, tubuhku pun bergetar kuat hingga pokok kurma itu bagaikan bergoncang dan hampir sahaja aku jatuh menimpa majikanku, Aku segera turun untuk berbicara dengan orang tadi."

"Apa kata saudara tadi?' aku bertanya. 'Ada khabar apakah?' Majikanku mengangkat tangan lalu menumbukku sekuatnya. 'Apa urusanmu dengan persoalan ini, pergi sudahkan pekerjaanmu!' bentaknya."

Menemui Rasulullah SAW

"Maka aku pun segera bekerja semula. Setelah petang, kukumpulkan segala yang ada padaku, kemudian keluar dan pergi menemui Rasulullah SAW di Quba."

"Aku masuk menemuinya ketika Baginda sedang duduk bersama beberapa orang anggota rombongan. Kemudian aku berkata: "Tuan-tuan merupakan perantau yang sedang dalam kekurangan. Kebetulan aku mempunyai persediaan makanan yang telah kujanjikan untuk disedekahkan. Dan setelah mendengar keadaan tuan-tuan, maka menurut pemikiranku, tuan-tuanlah yang lebih layak menerimanya, dan makanan itu kubawa ke sini.'"

"Kemudian makanan itu kutaruh di hadapannya. 'Makanlah dengan nama Allah sabda Rasulullah SAW kepada para sahabatnya, tetapi Baginda tidak menghulurkan tangannya untuk menjamah sedikit pun makanan itu."

"'Nah, demi Allah!' kataku dalam hati, inilah satu daripada tanda-tandanya, bahawa dia tidak mahu memakan harta sedekah."

"Aku pulang semula ke tempat tinggalku, tetapi pagi-pagi keesokan harinya aku kembali menemui Rasulullah SAW dengan membawa makanan."

"'Kulihat tuan tidak ingin makan sedekah, tetapi aku mempunyai sesuatu yang ingin kuserahkan kepada tuan sebagai hadiah katakukepadanya."

"Kemudian kutaruh makanan di hadapannya. Maka sabdanya kepada sahabatnya, 'Makanlah dengan menyebut nama Allah Kulihat Baginda pun turut makan bersama mereka."

"'Demi Allah, inilah tanda yang kedua, bahawa dia bersedia menerima hadiah kataku dalam hati."

"Aku pulang semula dan tinggal di tempatku beberapa lama. Kemudian aku pergi semula mencari Rasulullah SAW dan kutemui Baginda di Baqi', sedang mengiringi jenazah dan dikelilingi oleh sahabat-sahabatnya. Dia memakai dua lembar kain lebar, yang satu dipakainya untuk sarung dan yang satu lagi sebagai baju."

"Kuucapkan salam kepadanya dan kutolehkan pandangan hendak melihatnya. Rupanya Baginda mengerti akan maksudku, maka disingkapkannya kain burdah di lehernya hingga nampak pada bahunya tanda yang kucari, iaitu cap kenabian seperti yang disebutkan oleh pendeta dahulu."

"Melihat itu aku meratap dan menciuminya sambil menangis. Kemudian aku dipanggil menghadap oleh Rasulullah. Aku duduk di hadapannya, kemudian kuceritakan kisahku kepadanya seperti yang telah kuceriterakan sebelum ini."

"Kemudian aku masuk Islam, dan perhambaan menjadi penghalang bagiku untuk menyertai Perang Badar dan Uhud."

"Pada suatu hari Rasulullah berkata kepadaku, 'Mintalah kepada majikanmu agar dia bersedia membebaskanmu dengan menerima wang tebusan"

"Maka kumintalah kepada majikanku sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah, sementara Rasulullah menyuruh para sahabat untuk membantuku dalam soal kewangan. Demikianlah aku dimerdekakan oleh Allah, dan hidup sebagai seorang Muslim yang bebas merdeka, serta mengambil bahagian bersama Rasulullah dalam Perang Khandaq dan peperangan yang lain."

Demikianlah Salman r.a. menceritakan kepada kita dengan kalimat-kalimat yang jelas dan manis, usaha gigih dan perjuangan besar serta mulia untuk mencari hakikat keagamaan, yang akhirnya dapat sampai kepada Allah SWT dan membekas sebagai jalan hidup yang harus ditempohnya.

Monday, June 28, 2010

Pengurusan Projek Mega di dalam AlQuran

Pengajaran dari Surah AlKahfi:

"Kemudian di tempohnya sebuah jalan lagi (92) Sehingga apabila dia sampai di antara dua buah gunung didapatinya di dekat keduanya satu kaum, hampir mereka tidak mengerti perkataan.(93) Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj membuat bencana di muka bumi, sebab itu, mahukah kamu kami beri upah, supaya kamu buatkan dinding antara kami dan mereka?(94) Berkata Zulkarnain: Apa sahaja kekuasaan yang di berikan Tuhan kepadaku lebih baik (dari upah itu), sebab itu tolonglah aku dengan kekuatan (orang dan perkakas), supaya aku bina sebuah dinding yang kukuh, antara kamu dan mereka.(95) Berikan aku beberapa potong besi, sehingga apabila besi itu sama tinggi dengan kedua belah gunung itu, maka Zulkarnain berkata: Tuipkan api! Sehingga apabila besi telah menjadi api, dia berkata: Berikan aku tembaga, supaya aku tuang ke dalam api itu (sehingga besi bercampur dengan tembaga).(96) Sebab itu mereka tidak dapat menaikinya dan tidak dapat pula melubanginya.(97) Berkata Zulkarnain : Ini adalah satu rahmat dari Tuhanku; apabila datang janji Tuhan, dirobohkanNya dinding itu menjadi datar dan adalah janji Tuhanku amat benar.(98)"

Penulis pernah diamanahkan dengan penyediaan perjanjian penswastaan beberapa buah projek. Sesungguhnya diakui bukan mudah untuk menguruskan projek mega. Ada juga projek mega yang menelan ratusan juta ringgit terbengkalai... dan sampai ke hari ini tidak dapat disiapkan. Cost overrun! Syarikat tidak mendapat apa-apa keuntungan, sebaliknya menanggung kerugian. Bila masuk bab projek financing pun... komplikated jadinya terutama sekali apabila negara dilanda kegawatan ekonomi.

Hakikatnya pengajaran kisah yang dipaparkan di dalam AlQuran, bahawa pengurusan projek oleh pemerintah tidak seharusnya membebankan rakyat. Islam tidak menghalang ummatnya untuk terus maju kehadapan dengan wujudnya pembangunan. Usaha dan ikhtiar perlulah dibuat agar perbelanjaan untuk membangunkan apa jua projek mega memberikan nilai tambah sepenuhnya kepada masyarakat - bukannya siapa yang dapat untung atau target kebendaan semata-mata. Teknologi perlu dimanfaatkan agar apa yang dihasilkan dapat menepati maksud projek. Tapi, malang untuk rakyat Malaysia - tak sampai 2 -3 tahun, siap aje projek & tamat aje "defect liability period" (nota: bila tempoh waranti tamat kontraktor boleh ambil balik wang deposit) masa tu... tiang highway mula bergoyang, jalan yang dibina cepat benar rosaknya (soalan : pembinaan jalan ikut spesifikasi tak? - ada atau tidak audit projek dibuat & apakah follow-up dibuat?) atau sekolah/stadium yang dibina runtuh!

Wednesday, June 23, 2010

Good read : Thoughts on Photography

Credit goes to the Malaysian Insider.
http://www.themalaysianinsider.com/print/opinion/turtle-pond-photographers/

I totally agree with the writer. But on the contrary.. ada baiknya depa semua ni gila-gila nak upgrade equipment. These equipment depreciate a lot! Bila depa tolak their gear (still in good, if not pristine condition) maka berpeluanglah people that actually put their thinking cap when photographing ....to get those gears in a pre-owned market, albeit supercheap!)

Halaqah - Sentuhan Qalbu di TV9 (ESQ165)

Click on the image to enlarge.

For those yang tak berkesempatan atau tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk mengikuti training ESQ, ianya kini didatangkan ke kaca TV anda di TV9 setiap selasa jam 10 malam. Wang ringgit boleh dicari... tapi tak dapat disamakan dengan ketenangan hati. Tengok dan ikutilah kuliah yang dipaparkan di TV ini dahulu. Dari program ini, kida dapat mengukur - setajam manalah mata hati anda. Betulkah tatacara perjalanan dan tujuan hidup kita selama ini. Marilah kita bersama muhasabah diri - jika kita kenal diri kita, maka kita akan dapat juga mengenali Pencipta seluruh alam.

As of last night, TV9 telah menyiarkan episod kedua - Pohon Hidup. I am not sure sama ada ianya dicapture dalam Youtube... If you really want to be "a man of action" yang sebenar-benarnya, moh kita tengok ramai-ramai bersama keluarga. Salam 165!

Tuesday, June 22, 2010

Appointment as a con sultan

Petang yang mendung dan sunyi sepi tiba-tiba dikejutkan oleh seorang sister yang tolong menghantarkan sepucuk surat rasmi kepada ku... untuk saya? Haa'ah.. lantas aku terus membukanya - kelihatannya macam tersangat official....biar benor...

Huh!... aku dipilih untuk menjadi ahli panel konsultan... angin takde hujan takde ... heran juga ye... Am I qualified? termenung seketika aku dibuatnya.

Sebenarnya, dari dulu lagi, deeply ingrained in my mind by my former bosses that all consultants must at least have some distinct criteria (kata deme le) -
1. First depa will con you; and
2. then they will insult you.....
Itulah dia asal usul perkataan consultant....

Apakah makhluk ini akan terjebak menjadi con sultan juga... maka after some soul searching, aku teringatkan ayat ini:

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan". Surah Ahzab:72.

Pada masa yang sama aku teringatkan doa yang selalu ku panjatkan...

"Ya Allah sesungguhnya aku telah banyak menganaiya diriku dan hanya Engkau yang dapat mengampuni segala dosa, maka ampunilah aku dengan pengampunanMu dan sayangilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang".

(Note: promise to self - I shall later edit & put the arabic text of this doa in this posting untuk dikongsikan pada anda sekalian, Insya Allah)

Yeah ... right.. obviously I should decline. Tapi lepas telepon sekretariat yang menghantar surat, (just to find put betul ke aku layak menjawat title yang agak menjengkelkan itu... con sultan...) memang confirm... "Sebenarnya Encik memang kami pilih, bukan tersilap.... harapan kami Encik boleh menyumbang untuk kepentingan semua. Sama ada encik menerima atau menolak perlantikan ini, kami harap Encik boleh jawab dengan segera".

A quick run to the boss... memang kita nak contribute to the society and for the country.. so I guess you should accept.... (eh.. lain la pulak ceritanya).

Maka after half of the day had passed, aku memutuskan untuk menerima perlantikan... teringatkan perbincangan antara aku dengan YB Timbalan Menteri MOSTI dulu... Hmmmmm ... dengan tenang dan hati yang terbuka...aku menandatangani surat watikah penerimaan, tempek offical name chop aku faks kepada sekretariat. Ya Allah, dalam hati ...I hope whatever I do, I will be guided... Satria ESQ165... Go! Go! Go!, Fight!, Fight!, Fight! - Win! WIn! WIn!.

Tak sampai sejam telefon aku berdering semula................

Q: Hello... Ini En Z ke? Saya Zul, menelefon dari dari XYZ.
A: Ya saya... kenapa?
Q: Tadi Encik dah faks kepada kami watikah perlantikan... dan kami dah terima
A: iya .. kenapa?
Q: Kami tak tahu sama ada Encik terima atau menolak perlantikan?
A: Huh! kenapa pulak macam tu?
Q: Encik terlupa nak kensel "menerima" atau "menolak" perlantikan!
A: Oh ya ka?.....................hehehheh...(blushing)

(dalam hati : kita jadi neutral pun takleh :-)

Friday, June 18, 2010

Man of action....Am I not?

My organisation is having a poster competition - submission of posters shall include anything to do with nature, environment, green technology and I am planning to send in a single entry... hmm gambor apa nak letak ye..... i have got soo many.. maybe I'll just make a collage out of the many photos that I have... nak guna apa lagi kalau bukan GIMP. That is the only free software yang ada. I know some yang beria-ria guna photoshop... depa tu dah tahap dewa-dewa kot..

Pertandingan ni mencuri tumpuan dan menarik ramai penyertaan - including some sisters in my office. Masing-masing nak tengok apa yang orang lain nak submit and yours truely had shown one of my wannabe entry poster... hahahha.. instead of my poster for submission, depa dok komen gambar kumbang & bunga that I dedicated for my wife....wah romantiknya..... apa petua nak jadikan suami kita romantik? ujar one sister.

Q : You must be a "Man of Action" - first ask yourself - do you feel strongly for your other half?

A : Abg z, Tak faham... mestilah kan, lagipun dia H kita.

Q: Kalau terpaksa berjauhan macam mana? Jujur, jujur, jujur....

A: (diam)...........kalau macam tu kena tengok gak.

Q : Kalau jauh sangat sampai tak dapat nak jumpa langsung yang memakan masa berbulan-bulan, bertahun-tahun, takde khabar berita entah hidup ataupun mati........amacam? Jujur...

A: (....diam yang lebih lama....I can see tears in her eyes.. ) soalan ni tak adil..atau tak logik..

Q: Then, if that is the case, you are being selfish - you do not feel strongly towards your hubby...

A: Then, if that is the case.. macam mana kita nak jadi "man of action"?

(soalan ini mengingatkan penulis kepada ikrar "the Leader's Creed" yang masih disimpan rapi dalam fail sijil-sijil sejak lebih 20 tahun yang lalu. Zaman dulu, sebelum keluar rumah untuk menaiki bas/teksi ke Universiti, memang penulis mewajibkan diri ini membaca ikrar ini sebagai ingatan. Untuk kemudahan pengunjung blog, diperturunkan ikrar "the Leader's Creed" - mudah-mudahan dapat menjadi panduan yang berguna untuk kalian, dan menjadi amal jariah buat diri ini).

Click on image above to enlarge

Tapi sayangnya... untuk menjadi "Man of Action" sahaja sorang-sorang masih tak cukup. One can only change oneself, bukan orang lain. Masih terngiang-ngiang kata-kata yang pernah dileparkan kepada penulis "you talk so much in one breath, but gets nothing done..". Tidak banyak yang boleh dibuat untuk memperbaiki keadaan ketika itu kerana satu demi satu cubaan dan rintangan datang. Heaven Knows.

http://www.dramabeans.com/2009/11/youre-beautiful-episode-16-final/

OTOKAJO (Korean for "What Do I Do?") (the first song on the music list in the jukebox below)

As I let you walk another step away, it brings tears to my eyes As you walk another step away, it brings tears to my eyes I reach out my hand, but you go where I can't approach I can't hold onto you, I can only cry

What should I do? What should I do?
You're leaving
What should I do? What should I do?
You're leaving me and going away
I love you, I love you
I call out to you but you can't hear me,
because I'm only crying out with my heart

All day, I try to erase you but I keep thinking of you
All day, I say goodbye but I think of you again
I reach out my hand, but you go where I can't go
I can't find you, I can only cry

What should I do? What should I do?
You're leaving
What should I do? What should I do?
You're leaving me and going away
I love you, I love you
I call out to you but you can't hear me,
because I'm only crying out with my heart

What should I do? What should I do?
You're still the one for me
What should I do? What should I do?
You're leaving me
What should I do? What should I do?
You're leaving me and going away
I love you, I love you
I call out to you but you can't hear me
because I'm only crying out with my heart.

Licensing : another way to limit liability (Compound/raw materials)

Because the products bearing the Licensed Trademarks sold under this agreement are combined with other ingredients purchased by the Licensee from others than Licensor and the mixing and application of such ingredients are beyond the complete control of the Licensor, it is expressly agreed that the liability of the Licensor shall extend no further than to furnish the Licensee, the Licensor's trade secret compound ordered by the Licensee and any claim by the Licensee for defective material or shortage in weight shall be made before the mixing of the Licensor's compound within thirty (30) days after delivery of the same hereunder. In no event shall the Licensor be liable to the Licensee for any loss or damages of any kind, direct or consequential, arising from the storage or use of the Licensor's compound by the Licensee. The Licensee agrees that the Licensor shall not have any liability for any consequential or incidental damages, nor for product liability, nor for any other liability arising out of the Licensee's manufacture, use, distribution, marketing, and sale of products bearing the Licensed Trademarks. Where any of the Licensor's compound is defective or short in weight due to the fault of the Licensor, the Licensor shall be obligated, at Licensor's option, within thirty (30) days of its receipt of the claim in writing, either to replace the same, or to refund to the Licensee the cost thereof.

Thursday, June 17, 2010

macro shots

This little fellow actually crawled in front of me during a wedding feast last week.
Location - FRIM.

After the rain - contrasting colors - white and green

Mini tiger orchid - location: Parit Buntar Perak

Purple rain

Mini rose... this is really small in size.. about the size of a 20sen coin.

White Hibiscus

Tuesday, June 15, 2010

Thursday, June 10, 2010

Kena "con" by a Contact lens seller..

One of my contract staff - this sis, merasakan dirinya kena con dengan satu kedai yang menjual contact lens... punyalah lama her order tak sampai-sampai....

At last today via a telephone conversation the seller kata .. aiyaaa.. itu order belum sampai... angkat stock dari Kuala Kangsar! Huh?

Biasanya kalau order contact lens biasa tak sampai 2-3 hari... melainkan you have got astigmatism (like me).

So moh pakat tak beli dari kedai ni... the photo of the payment receipt is stated below - siap ada alamat lagi...

Caveat Emptor.. latin for "let the buyer beware!" applies.




Kahwin = Kontrak

Korang ingat senang ke nak deraf agreement? Pening....


Analoginya menarik sekali.. but let me put it this way. Marriage is in reality a contract. Confused?


Say for example, there is to be a collaboration project involving several parties. An agreement is to be signed by an entity with 4 other separate parties but as in life or mariage, unexpected things can happens.

 

A party  yang disangkakan setia, suddenly chicken out leaving three parties willing to forge ahead through thick and thin.

 

To avoid further compications, based on the islamic jurisprudence of "Maslahah" all the signing of the agrement or  if this is a marriage solemnisation ceremony/ akad nikah - had to be conducted at a separate avenue/sessions. Takut depa start nitpicking & bergaduh!

 

Lesson learned (pun is definitely intended): Payah nak "kawin" sekali empat in one session.

 

For me... more paperwork...

Wednesday, June 02, 2010

Trip to Perak May 2010


The writer had, in the olden days used this contraption to catch himself some fish.. majoriti yg kena ikan sepat siam je..Photo taken somewhere in Kuala Kangsar.

Father of the bride... bergaya macam jaga lalu lintas jalan aje... wisel aje yg tertinggal..

Sambil tunggu pengantin datang, sempat ambil gambar ni.. sebelah tent pengantin.


Guess who is in the reflection... ada yg jawab macam ustaz Hadi Awang..

Tuesday, June 01, 2010

I have got the flu..

can't sleep.... I have got the flu... with the erratic weather .. at one time it was all sunshine and warm suddenly being obliterated by the torrential rain and thunderstorms...

Couple of weeks ago, a bro asked me... mi, what is all the faze about Chuno? The ending tak best... tak faham?

A: have you ever read Dicken's A Tale of Two Cities? Let me just quote the last paragraph by the main character Sidney something... tak ingat nama dia... (I actually bought and read the book after one of my former bosses, Mr Low Yong Suan asked me to read it - he said, to me. the character fits my description...huh?). In Chuno, at the end of the story, Lee Daegil was saying (in anguish) something else...but he actually meant the opposite. I guess, bro you had a very happy & smooth sailing life, so I suppose that you would have difficulty to appreciate....life.

"It is a far, far better thing that I do, than I have ever done; it is a far, far better rest that I go to than I have ever known."

Unfortunately bro, I can't tell you the story....you would need to read it yourself.. and I am not selling a tall tale here.