Baru-baru ini penulis ditahan di wad kecemasan di salah sebuah hospital swasta di Shah Alam untuk beberapa jam kerana para doktor ingin membuat beberapa ujian dan pemerhatian. Setelah sampel darah dan ujian ECG untuk pemeriksaan jantung dilakukan, penulis telah diarahkan untuk berehat beberapa ketika diwad tersebut. Oleh kerana berasa bosan dengan keadaan wad yang terkongkong dan ubat yang kononnya boleh menidurkan penulis seolah-olah tidak berfungsi, penulis telah mencapai notebook, menyemak email google yang tidak dapat diakses selama masa penulis bercuti bersama keluarga ke luar negara.
Ah...nampaknya ada beberapa email yang penting dan dihantar oleh rakan-rakan bertanyakan khabar (kerana hilang dari tugas buat beberapa ketika) dan juga terdapat 2 email dari seseorang insan yang amat dikenali oleh penulis. Bagai bermimpi sahaja mendapat email sebegini. Apakah gerangan kandungannya? maka tanpa berlengah lagi kedua email tersebut dibuka dan dibaca.
Email penting rupanya...maka mahu tak mahu, penulis terpaksa menjawab email tersebut. Dari pengalaman pahit penulis, sekiranya surat menyurat, email dan/atau panggilan telefon walau dari seberang laut sekalipun dari insan istimewa ini gagal dijawab atau dibalas dalam kadar segera, maka masalah besar akan timbul. Sakit atau sibuk bertungkus lumus menyiapkan kerja dan/atau assignment tidak boleh dijadikan alasan yang boleh diterima kerana pada kacamata dan sudut pandang beliau, ianya hanya alasan remeh semata-mata. Boleh jadi, hanya alasan atau penerimaan berita kematian penulis sahaja yang boleh diterimapakai sebagai alasan yang munasabah. Oleh kerana penulis yang dari dahulu lagi telah menerima segala baik buruk kelebihan dan kekurangan yang ada pada insan istimewa tersebut dan amat memahami kerenah beliau, penulis tiada pilihan selain melupakan seketika kesakitan yang dialami oleh penulis, masalah kesukaran untuk bernafas, demam panas, kesejukan penghawa dingin wad kecemasan hospital, serta sakit akibat tusukan 2 batang jarum drip yang dimasukkan oleh jururawat ditangan kanan dan lengan kiri penulis untuk tujuan memasukkan ubat dan juga kebingitan bunyi mesin ECG yang berdecit-decit membingitkan telinga, penulis dengan perlahan-lahan mengetik keyboard notebook untuk menjawab email penting tersebut.
Persoalan timbul mengenai salah satu kandungan blog penulis. Telah penulis terangkan dengan panjang lebar didalam email namun seolah-olah jawapan yang diberikan tidak menepati kehendak skema beliau. Selaras dengn sabda Nabi S.A.W, sesungguhnya setiap amalan adalah berdasarkan kepada niat orang yang membuat perbuatan tersebut. Sekiranya sesuatu amalan atau perbuatan niatnya baik, maka baiklah juga kesudahannya. Sekiranya dari awal lagi sesuatu perbuatan diniatkan dengan tujuan buruk atau dengan sengaja diniatkan untuk menyakiti atau mengaibkan orang lain, maka buruklah juga natijahnya. Buruklah juga balasannya disisi Allah. Niat terletak kepada pelaku perbuatan dan bukan kepada tanggapan orang lain. Masih terngiang-ngiang ditelinga penulis apa yang diajarkan oleh ustazah Masulang (guru penulis semasa tingkatan 1A di SMKA Maahad Hamidiah)... "antum semua mesti hafal hadis No. 1 ini (innamal a'malu bin niyat..ila akhir hadith... bukan sahaja matan hadis tapii dengan sanad-sanadnya sekali! Kalau tak lancar, pelajar tak kira lelaki atau perempuan akan didenda berdiri atas kerusi!).
Itulah sebahagian dari sketsa kehidupan penulis yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Penulis ridha, pasrah serta insaf dengan kekurangan diri ini, namun akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada, untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara, bangsa dan agama. Sabda nabi juga, "Qullil haq wa lau kana murran" Katakanlah yang benar walau ianya pahit. Pahit itulah penawar. Tiada manusia yang sempurna. Setiap manusia dan juga makhluk ciptaan Allah adalah unik. Ada kelebihan dan kekurangan dan tidak boleh disamakan pukul rata. Sekiranya kita menghakimi dan menyamakan orang lain sama sahaja dengan keperluan dan kehendak diri kita, kemungkinan besar kita akan tersilap sudut pandang dan mudah timbul salah faham. Itulah pesan guruku yang masih ku pegang sehingga ke hari ini.
Sama ada yang pahit atau yang manis akan ku terima dan ku telan juga dengan sabar dan syukur.

Andai kutahu - by Unggu
Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku
Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
*Instrumental*
Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu
Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu
Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga
Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu
Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu
No comments:
Post a Comment