Monday, July 27, 2009

KOMUNISME DITENTANG KAPITALISME DITATANG


Note : This is portion of a very long yet interesting article (get it here). I originally got this information from Masjid Negeri Shah Alam recently.

Setelah berjaya menakluk negeri-negeri umat Islam, Barat telah menyuntik ideologi Kapitalisme ini ke dalam umat. Mereka melantik pemerintah dari kalangan kaum Muslimin sendiri sebagai talibarut mereka lalu mereka mengajar pemerintah yang jahat dan khianat ini dengan ideologi mereka. Dengan habuan dunia yang diberi, maka pemerintah ini pun memeluk erat ideologi kufur ini, lalu mereka pun mula memerintah dengan memisahkan agama dari kehidupan. Mereka mula membuat undang-undang sendiri dengan mengenepikan undang-undang Allah Subhanahuwa Ta'ala. Dan kekallah mereka seperti itu hinggalah ke hari ini.

Setelah dunia Timur melihat kebobrokan Kapitalisme yang dibawa oleh dunia Barat, maka muncullah pula ideologi Komunisme, dan ideologi baru ini mula merebak ke seluruh dunia, sehingga sampai ke Malaysia. Namun, kelestarian Komunisme tidak lama apabila negara kuasa besar penganutnya tumbang. Di Malaysia, hancurnya Komunisme dan PKM adalah setelah kedatangan British buat kali kedua. Malangnya kebanyakan rakyat Malaysia tidak sedar bahawa penjajah kuffar British adalah penganut dan pengembang ideoiogi Kapitalis, yang sememangnya musuh kepada Komunisme. Setelah Hiroshima dan Nagasaki dibom, Jepun terpaksa menyerah kalah dan British berjaya menguasai semula Tanah Melayu. Sepanjang penguasaannya ke atas Tanah Melayu, rakyat tidak sedar bahawa British bukan sekadar berjaya menjajah negara, malah mereka berjaya menjajah 'hati dan pemikiran'penduduk Tanah Melayu, khususnya umat Islam, agar membenci ideoiogi Komunisme dan mencintai serta mengamalkan ideoiogi Kapitalime yang mereka bawa.

Berbeza sedikit dengan idea asal komunisme, penganut ideoiogi ini (khususnya PKM) di Malaysia yang berketurunan Melayu masih tetap menganggap Islam sebagai 'agama'. Sebab itulah kita sering mendengar bahawa mereka masih lagi percya kepada Tuhan, menjaga solat, berpuasa dan seumpamanya. Namun Islam hanyalah sebatas 'agama' bagi mereka, dan Islam langsung tidak menjadi 'cara hidup' (way of life) mereka. Hal ini sesungguhnya langsung tidak berbeza dengan ideoiogi Kapitalis yang dipegang oleh para pemimpin umat Islam dan juga sebahagian besar dari umat Islam itu sendiri. Para pemerintah berideologi Kapitalis ini, termasuklah di Malaysia, hanyalah menjadikan Islam sebatas 'agama' di mana Islam hanya dianut mereka sekadar untuk bersolat, berzakat, berpuasa dan menunaikan haji.'Namun mereka tidak pernah menjadikan Islam sebagai way of life mereka. 'Cara hidup' mereka adalah Kapitalisme, yakni satu cara hidup yang memisahkan antara agama dan kehidupan (faslu deen 'anilhayah - sekularisme). Malah mereka akan menentang habis-habisan jika ada usaha untuk mengembalikan kehidupan Islam dalam konteks pemerintahan.

Sesungguhnya pegangan mereka saling tak tumpah dengan komunis dari segi mengingkari Islam sebagai 'cara hidup', malah pemerintah penganut Kapitalis ini jauh lebih berbahaya dari Komunis. Mereka menindas rakyat, memakan harta rakyat, mengaut segala kekayaan negara untuk membuncitkan perut-perut mereka yang durjana itu. Mereka berpakaian kemas dan segak, memiliki kekayaan yang takternilai, tinggal di istana-istana mewah jutaan ringgit, bijak dalam bermanis muka, pandai bermain kata-kata dan licik dalam melakukan pelbagai kemunafikan kepada rakyat. Semuanya demi kuasa, demi pangkat, demi mengaut habuan dunia sebanyak-banyaknya dan demi mengekalkan takhta. Inilah 'jasa dan kebaikan' pemerintah Kapitalis yang cuba menerangkan kepada rakyat bahawa Komunisme adalah satu ideologi yang bahaya dan mesti dihalang!

(sounds interestingly familiar????)


No comments: