Monday, June 10, 2013

Kuantan.... dan ingatan berkekalan

Lama tak pulang ke tanah kelahiran, Kuantan Pahang... asalnya tiada niat pun untuk ke Kuantan...

 Mini reunion ex-MRSM Jasin@ majlis walimatul urus Sdr A Razak
Selepas menghadiri walimatul urus sahabat lama Sdr Abd Razak Majid dan jadi mini reunion ex-MRSMJ, niat sebenarnya adalah untuk membawa keluarga berkelah - menginap di Janda Baik.... akan tetapi memandangkan Kuantan hanya 120km sahaja lagi dari tempat kenduri... redah ajelah... dan anak-anak pun mula bising dan bertanyakan... "ayah, kita nak ke mana ni?"
 Una di Pantai Teluk Chempedak.... tempat memancing lagikan dikenang
Kuantan amat berbeza sakali, zaman dah berubah.... banyak bangunan dan mall. Sempat melawat tempat kediaman lama keluarga kami di Tok Sira (depan MRSM) dan Quarters kerajaan Jln Abu Samah (Taman Gelora), Pejabat Pos Besar pun tak jumpa jalannya lagi.... penulis sempat lalu kawasan tempat penulis bermain basikal di Teluk Cempedak.... tempat ni pun dah berubah menjadi semakin komersil. Laut lepas memanggil-manggil untuk kami bermain digigi air... sudahnya terjun kesemuanya ke dalam laut!
Rindu nak merasa Mee Chalong Beserah... tapi tiada kesempatan masa.... akhirnya kami ke Tg Lumpur singgah solat maghrib di Masjid yang indah dan nak pekena sea food yang khabarnya sedap dan murah.
Nak jadikan cerita, terjumpa an old man dok sebelah meja kami, kami berborak bersama.... macam dah berjanji nak berjumpa, kereta kami pun diparkir bersebelahan....dan pakcik tersebut membahasakan dirinya sebagai "Aki" kepada anak-anak penulis..... cerita punya cerita, dia bertanyakan penulis berasal dari mana....  penulis menceritakan dengan jujur asal usul penulis dan kenapa nak sangat singgah ke Kuantan ini....kat jabatan mana ayah bertugas dan nama-nama rakan ayah - arwah Uncle Rahim, arwah uncle Dahlan, uncle Dawami, uncle Wahab ..... rupa-rupanya pakcik tersebut tak lain tak bukan adalah sahabat lama ayah penulis sendiri... habis semua kisah dia dan ayah dikeluarkannya... pengalaman dia pi menunaikan haji dan umrah dgn my parents diceritakannya in vivid details (jadi blurr for a few hours, nak mengingatkan kembali siapa sebenarnya pakcik tu - sebab dia kasi nama penuh). Jenuh memerhatikan rupa pakcik tersebut tapi penulis ingat-ingat lupa... macam pernah jumpa, tapi dimana ya???
Kami bertukar-tukar no telefon. Rupanya no telefon ayah memang dah sedia ada dalam HP pakcik tu! Ingat nak ambil gambar seafood yang kami order dan juga nak bergambar dengan pakcik tu... tapi hampa, bateri DSLR habis.....

Kos makan ikan siakap 3 rasa, udang laut sambal, sotong bakar, nasi untuk 6 orang dan minuman itu ini malam itu berjumlah RM66-00. Tak dapat macam ni... fresh dari laut lagi! Kalau nak lagi best kena pergi ke Kota Kinabalu... tapi ini pun dah puas hati.
.... Still blurr... continued to drive balik ke Shah Alam sambil memikirkan wajah pakcik tu.... berehat sekejap di restoran mamak di Temerloh, tak tahu kenapa terasa sangat nak minum A&W Root Beer..... Penulis bukannya boleh minum atau makan benda yang manis sesuka hati... tapi teringat sangat... belilah setin, buat bekal dan kongsikan dengan isteri dan anak-anak.
Semalam menziarahi ibu di TTDI den menceritakan kisah pakcik tersebut.... dan my mother menyebut nama panggilan Pakcik tu "Che Kamar"..... barulah memori itu singgah kembali.... patutlah penulis tetiba teringin sangat nak minum Root Beer semasa memikirkan siapkah gerangan pakcik tu.... kisahnya masa penulis kecil-kecil dulu kami sekeluarga pernah ke rumah pakcik Kamar berhari raya di Keramat AU2, dia jamu bertin-tin A&W Root Beer 325ml, rasanya 6 atau 7 tin penulis minum, siap pakcik tu dengan baik hatinya dan senyuman dimukanya memberikan bekal untuk dibawa pulang.... memory through association dan ingatan tersebut kesemuanya yang indah-indah belaka.

Penulis amat-amat berharap dapat mempertemukan kembali ayah penulis dengan Pakcik Kamar....

Ayah pun dah gaduh...Heiii!!! Mee Chalong! Sedapnya!!!
Penulis sendiri tak berkesempatan membelikan Mee Chalong untuk ayah... hahahaha!!!

No comments: