Monday, January 16, 2023

Tugasan Hidup

Shared, yeah my own writing, moons ago year 2022 dalam FB penulis.

Pagi ini, seorang hamba Allah berkongsi pengalamannya hitting rock bottom in life.

Allah Maha Berkuasa Maha Bijaksana yang mengatur segala sesuatu.

Hamba Allah budiman ini berkongsikan kisahnya mengikuti suatu kursus yang membuka minda untuk berfikir. Ku catatkan disini sebagai tanda ingatan, agar kekal terpahat dihati perkongsian ilmu yang amat bererti dan mahal nilainya.

Agak fizikal kursus ini, anda dipasangkan dengan orang yang anda tidak kenali atau baru sahaja dikenali, semasa tugasan diberikan. Tugasan amatlah mencabar. Anda dilantik sebagai ketua dan anda berdua perlu melalui perjalanan di suatu jalan yang pada mulanya landai keadaannya namun ada pendakian bukit yang tinggi menjulang dikawasan yang terpencil, jauh dan sunyi dari tempat kebiasaan orang berkumpul.

Anda dan pasangan yang anda baru kenali itu diberikan tiga (3) biji batu bata tiap seorang, yang perlu dibawa bersama. Agak berat juga beban yang perlu dibawa ke puncak. Untuk berjaya dua-dua perlu naik dan sampai ke destinasi bersama.

Hakikatnya keadaan fizikal peserta tidaklah sekuat zaman muda. Ada yang mengidap sakit pinggang, ada yang memang sedia ada sakit-sakit lain dan ada yang sebenarnya baru sahaja keluar hospital, dengan kecederaan patah kaki dan dalam keadaan bertongkat. Dah sampai ke lokasi ternyata bukit  tinggi yang perlu didaki - very unforgiving. Peserta terpaksa melalui vertical wall, dan tak ada tempat untuk berpaut…..bagaimanakah caranya nak tarik pasangan kita naik ke atas?

Maka terbayang dalam fikiran ku, filem Vertical Limit yang pernah ku tonton lebih 20 tahun yang lalu. Sehingga ke hari ini masih terbayang keadaan seorang pendaki, seorang ketua keluarga, berada dalam keadaan bahaya tergantung dengan safety rope kerana secara tiba-tiba anchor tali telah terlucut, sementara kedua orang anaknya berada di atas juga bergantung nyawa kepada tali yang sama. Menyedari tali itu tidak dapat menampung berat mereka bertiga dan kesemua anchor pin yang masih terlekat dicelah rekahan dinding nyaris terlerai keseluruhannya, maka si ayah yang kasihkan anak-anaknya segera mengarahkan anak sulungnya untuk memotong tali (melepaskan beban ayahnya, kematian yang pasti) Sekurang-kurangnya, anak-anaknya dapat diselamatkan dari maut. Si anak tiada pilihan selain dari memotong tali agar dia dan adiknya selamat.

Tugasan yang diberikan memerlukan anda menarik pasangan anda agar sama-sama dapat naik ke atas melalui segala rintangan dari jalan yang landai sehinggalah berbukit dan akhirnya teropaksa melalui steep vertical climb yang dibawahnya jurang yang amat dalam.

Dalam tugasan ini, untuk berjaya, masing-masing perlu mengetahui kekurangan dan kelebihan pasangan masing-masing. Perlulah jujur berterus terang mengenai kemampuan dan had masing-masing agar objektifnya dapat dicapai secara bersama dengan selamat walaupun kemajuannya amat perlahan, sakit maupun perit. Apa yang mampu di buat, apa yang tak boleh buat. Perlu sensitif mengenai kekurangan pasangan. Tak boleh buat tak tahu or takde apa, ok aje  atau tidak mempedulikan masalah yang dihadapi pasangan. Perlu setia bersama dalam keadaan senang ataupun susah untuk berjaya bersama.

Keadaan fizikal peserta tidak kuat. Batu yang diberikan melambangkan beban yang sedia ada yang sedang ditanggung, ianya mungkin bererti hutang, anak-anak yang sering menimbulkan bermasalah, masalah di tempat kerja, tanggungan-tanggungan lain yang hanya kita sahaja mengetahuinya. Ya batu ini tidak boleh dibuang dan perlu dibawa bersama setiap masa sama ada ketika naik mendaki dan serta ketika turun pendakian!

Pendakian disertai sorakan dan jeritan kata-kata keji, makian, teriakan agar gagal… melambangkan suara-suara sumbang dalam kehidupan yang tidak membina motivasi untuk meneruskan pendakian tetapi hanya melemahkan kommitmen para peserta. Melambangkan si batu api, pendengki atau orang berkepentingan, hanya tahu mengarah dan mencari salah. Hanya teriakan dari belakang mengenai perpecahan dan kegagalan yang dicanang-canangkan. Tiada cadangan alternatif yang dikemukakan orang-orang begini, mereka bermasalah tapi tidak pernah mengakui masalah yang  mereka hadapi.

Para peserta diberikan pilihan, tiada paksaan untuk melaksanakan tugasan, namun peserta perlu menandatangani surat akuan bersetuju memilih untuk tidak turut serta dalam aktiviti tersebut. Mengaku kalah, terus meyerah tanpa sebarang usaha. Bila ada pasangan yang menolak, rigid, tak mahu bertolak ansur, enggan ikut naik bersama melaksanakan tugasan, anda juga dikira gagal. Tentu ada cerita disebaliknya.

Kisah ini sarat dengan nasihat. JazakAllahu Khairan Jaza’, ku ucapkan kepada Hamba Allah yang sudi berkongsi kisah ini. Semoga perkongsian ini memberi iktibar dan keinsafan kepada semua.

Siapakah dan apakah peranan anda dalam naratif ini? Berjaya atau gagal adalah atas pilihan diri anda sendiri. Apa pun yang terjadi, tak boleh tidak, orang akan menilai berdasarkan sejarah terdahulu. Ada yang akan hanya mendengar cerita sebelah pihak sahaja. Namun, seandainya punca dan kisah sebenar diketahui, mungkin ianya amat mengaibkan. Wallahu a'lam.