Sewaktu kecil dulu (era 80an) penulis bersama ahli keluarga
menziarahi dan menyaksikan pengakhiran kehidupan moyang perempuan penulis di Kg
Teluk Penadah, Perak dan menghadiri upacara pengkebumiannya.
Ketika itu sebelum balik ke kampung, penulis diberitahu, bahawa moyang boleh bertutur
dengan fasih dalam bahasa arab, iyelah masa tu penulis baru masuk sekolah agama
rendah, dok faham apa, cuma hafal buta.
Penulis meyaksikan sendiri persediaan untuk mengkebumian, upacara mengkafan
& penyediaan liang lahat. Selepas jenazah diturunkan dan kubur ditambun tanah, ahli
keluarga dan orang kampung bersama-sama duduk membacakan tahlil, mendengar nasihat
mengenai siksa dan juga nikmat di alam barzakh yang lama selepas itu penulis
fahami sebagai talkin dan tazkirah. Talkin dan tazkirah adalah pengajaran dan
bimbingan kepada manusia yang masih hidup untuk memilih menjadi manusia berguna
dan beriman. Si mati masih boleh mendengar
talkin namun kebolehupayaan si mati untuk mmenurut tuntunan dan nasihat yang
terkandung bergantung kepada amalannya sendiri semasa hidup didunia. Yang paling
menarik sekali adalah amalan membaca surah Al-Insan.
Surah Al-Insan istimewa. Ianya menjadi amalan hiasan si masjid-masjid dan surau
setiap subuh jumaat. Rakaat pertama, sang imam akan membaca surah Sajadah dan akan
melaksanakan sujud tilawah sementara rakaat kedua diisi dengan surah Al-Insan ini.
Surah ini menceritakan tentang manusia yang diberikan kebebasan pilihan,
pilihan yang baik membawa kepada kenikmatan, pilihan yang buruk membawa
implikasi siksaan.
Pada permulaan asalnya, manusia
diingatkan bahawa suatu ketika dahulu dia tidak wujud.
Permulaan kehidupannya bermula dengan penciptaannya dengan gabungan air mani dan ovum, yang mana ibunya sendiri pun tidak menyedari bahawa dia telah dikandung dan tiada sesiapa yang dapat melihat sel mikroskopik kehidupan awal manusia tersebut, mampu atau berupaya mengatakan bahawa kelak dia akan menjadi seorang lelaki, yang di masa akan datang akan menjadi makhluk terbaik yang hidup di muka bumi.
Manusia juga diberikan
amaran - Bermulalah ciptaan kamu dengan cara ini, Kami telah membangunkan dan
membentuk kamu menjadi apa yang kamu ada pada hari ini untuk menguji dan
mencuba kamu di dunia. Itulah sebabnya, tidak seperti makhluk lain, kamu diciptakan
agar cerdas dan berakal dan diberikan PILIHAN untuk bersyukur atau ingkar. Sama
ada anda menjadi hamba beriman yang bersyukur setelah diuji atau hamba yang
ingkar, tidak beriman serta celaka pengakhirannya adalah atas pilihan anda sendiri.
PILIHAN di tangan anda. Oleh itu, pastikan pilihan anda tepat.
Sekiranya anda masih lalai, segeralah berubah. Berusahalah menjadi lebih baik. Baik di segi akhlak dan juga dari segi akademik.
Tak mampu A atau B……. C pun dah ok. Asal jangan gagal.
Tak usahlah mempertahankan, menafikan perbuatan buruk
anda. Yang menyokong anda, juga diadili serta akan mengalami nasib yang sama.
Sedarlah, orang tua anda tidak akan hidup selama-lamanya menasihati dan membimbing
anda.