My thoughts actually, unfiltered. A place to record and unload things that I stored in my memories and from the circuits of an ageing pc located somewhere in Shah Alam, Malaysia. Gave up updating the website that I had setup earlier. Miene denke der Blog ist schneller...und nicht sweiriech. Ja?
Monday, May 07, 2018
Tips ke Bandung, Jawa Barat
Kalau boleh pi naik AirAsia janji dapat tiket murah. Balik naik Malindo Air. Free 25kg. Ikut pengalaman dulu, pernah dapat tiket AA pi RM60. Balik pun RM60.
Turun Bandara, toksah naik teksi… almaklum jalannya mahcet 24 jam.
Kami jalan kaki dari exit Bandara dlm 800 meter ke Tugu Hussein Sastranegara. Depan sikit dari tugu tu kita boleh ambik Angkot ke St Hall (sebutnya Station Hall). Sila rujuk Googlemaps. Jangan pulak berhenti kat Station. Station aje bermaksud stesyen keretapi. Cakap kasi jelas "stasyiun hall".
Pilik untuk menginap di Fabu Hotel Jalan Kebun Jati atau hotel yang berdekatan. Kawasan ni sangat dengan Station Hall. Kalau sampai awal pagi boleh terus titip baggasi kat Hotel. Banyak kedai makan kat area ni. Depan Hotel (seberang jalan ada Alfamart kedai swalayan, harga ok). Lepas titip baggasi, terus berjalan ke Pasar Baru Bandung. Beli pisang salai dan jamu mata serta bersarapan.
ST Hall adalah terminal angkot yg besar. Dari sini boleh naik Angkot ke Lembang. Cari je yg tulis ST Hall – Lembang atai Cemahi-Lembang. Tambang murah aje. Ari tu naik 2 org RP25k dari St Hall dan turun kat entrance Floating Market Lembang. Jalan kaki aje ke Floating Market.. tak jauh. Jangan percaya pujuk rayu tukang ojek yang kata jauh nak mampus. Tak sampai 5 minit berjalan santai dah sampai ke tempat beli tiket entrance Floating Market. Seorang kena Rp20k unuk tiket masuk. Setiap tiket boleh exchange untuk minuman panas or sejuk kat mesin air tempat nak masuk tu.
Lembang ni dah keluar Kota Bandung. Kalau naik Angkot ST Hall – Lembang, jalur perjalanan akan melalui Sukajadi dan jalan Setiabudi. Antara tempat menarik kat Setiabudi adalah Amazing 3D world. Betul-betul terletak sebelah dgn rumah saudara arwah kak neny… (adik, Ezhy, Eza…)Amazing 3D world ni lebih kurang sama dgn yg ada kat Langkawi with a few added items. Tiket masuk utk kesemua hall berharga Rp100k. (dlm RM28 aje, jauh lebih berbaloi dari yg kat Langkawi). Pastikan anda datang hari siang waktu org kerja. Else menunggu lama utk bergambar sebab ramai sangat orang. Sebemum masuk lebih baik pi toilet freshen up dulu (toilet yg bersih ada kat luar) dan Ideally kalau datang bertiga lebih bagus sebab ada 3d art yg ramai-ramai org masuk dalam gambar… nak minta org lain tolong ambilkan gambar… payah sangat… kalau dah habis pergi semua gallery bolehlah keluar dan pi makan kat Warung Makan UNIMAS… kalau warung dah buka operasi la..(Bukan Universiti Malaysia Sarawak ya)… Uni adalah cakap minang bermaksud Kakak, Mas tu nama akak tu. Uni Mas adalah sedara dekat arwah kak Neny. Selalu ke Malaysia. Suaminya, Pak Zakir pun asal Bukittinggi dan bekas anak murid Buya Hamka.
Untuk Amazing 3D World ni bawa kamera yg lensnya wide angle. Penulis Cuma bawa SLR Nikon D40 dgn kit lens aje. So ada satu gallery takleh ambil gambar langsung sebab low light sangat. Berat nak bawak lens 35mm f1.8. SLR yg ada better ISO capabilities is much better. Dalam gallery keadaannya suram dan kebarangkalian gambar tak cantik atau gegar kalau pakai camera phone. Penggunaan FLASH apa jenis pun dilarang dalam gallery (termasuk camera phone).
Atas sikit dari Amazing 3D ada kawasan yg jual sate kelinci (arnab) di tepi kiri kanan jalan. Memang laziz jiddan. Kalau nak merasa turun aje dari angkot… sebut kuat-kuat (KIRI-KIRI)… kalau hangpa cakap berenti, depa tak faham or tahu kome bukan org local. Jangan risau kalau nak turun, Angkot yg lalu lalang banyak. Semasa jalan mendaki ada satu tempat bernama Lembang FarmHouse. Penulis tak turun tengok sebab malas. Next trip ada lagi. Please google it. Khabarnya ada Hobbit house situ.
Trip ke Maribaya Lodge untuk mandi aor panas tak kesampaian sebab malas nak tunggu Angkot dari Pekan Lembang ke Maribaya Lodge. Maribaya Lodge ni heaven… ada taman yg cantik dan kolam Mandi air panas private. Harga murah dan ekslusif. Nanti bila penulis buat trip solo, ini akan jadi agenda utama, InsyaAllah. Yang famous tu air panas Ciater, tapi tu jauh sangat dan kena sewa kereta.
Lokasi Hotel kami dekat dgn tarikan pelancong. Dari ST Hall boleh naik angkot yg tulis Kalapa Ledeng - BIP. BIP bermaksud Bandung Indah Plaza yg terletak di Jalan Merdeka. Dalam Mall ni ada shopping complex Matahari. Kalau kena sale dia, memang berbaloi. Tapi yg paling utama untuk penulis adalah Gramedia yg terletak seberang jalan dari BIP yg menjual buku-buku. WAJIB singgah. Damage done ari tu dalam Rp1.3 million, but well worth it. Dari Gramedia boleh berjalan kaki ke Jalan Riau kalau nak terjah Secrets Factory Outlet dan macam-macam FO lagi. Yg ni tak sempat nak buat hari tu.
Pecah Undi di Shah Alam
Shah Alam - Pilihanraya Umum 2018
Mengapakah jadi begini? Kome pecah undi... maka terpaksalah kami memilih calon yang terbaik.
Subscribe to:
Posts (Atom)