Keikhlasan terpancar dari renungan mata, kata-kata dan
amal perbuatan - Ewan's Guest House, lokasi percutian kami di Kota Serambi Makkah ini amat
istimewa dan lain dari yang lain.
Sengaja penulis memilih untuk tinggal di guest house kali ini. Penulis amat
tertarik membaca komentar dan pujian yang diberikan oleh para pelancong luar
negara yang pernah menginap di Ewan Guesthouse di Booking.com. Pengalaman penulis tinggal beberapa kali secara
santai di Bali, Indonesia dijadikan sebagai kayu ukur. Selalunya kalau ke KB penulis biasanya akan tinggal di Kem Kijang @ PCB yang boleh dikongsi beramai-ramai.
Ternyata perkhidmatan yang diberikan oleh Saudara Ewan amat berbeza. Lokasi penginapan agak tersorok dari hingar-bingar kenderaan jalan raya namun cukup strategik berhampiran dengan pusat bandar, Alah jalan kaki tak sampai 6 minit aje dah sampai ke Pasar Siti Khadijah. Kalau berjalan kaki arah ke bandar anda akan melalui ada gerai makanan dan minuman yang senantiasa sibuk melayan pelanggan (Thai Green tea – laziz jiddan!). Maka patutlah lokasi ini digemari oleh pelancong asing dan juga tempatan.

Ternyata perkhidmatan yang diberikan oleh Saudara Ewan amat berbeza. Lokasi penginapan agak tersorok dari hingar-bingar kenderaan jalan raya namun cukup strategik berhampiran dengan pusat bandar, Alah jalan kaki tak sampai 6 minit aje dah sampai ke Pasar Siti Khadijah. Kalau berjalan kaki arah ke bandar anda akan melalui ada gerai makanan dan minuman yang senantiasa sibuk melayan pelanggan (Thai Green tea – laziz jiddan!). Maka patutlah lokasi ini digemari oleh pelancong asing dan juga tempatan.

“Stop being impressed by wealth and status. Instead, be impressed by those who treat other human beings well, in both good times and bad.” Mufti Menk
Sesiapa yang berminat nak menjelajahi gua-gua di Kelantan, melawat Pulau Perhentian untuk scuba diving, jungle trekking ke Gunung Stong, menikmati wacana alam yang damai dan tenteram di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini, carilah serta gunakanlah perkhidmatan Saudara Ewan ini. Kehidupan ini perlu disyukuri. Hakikatnya, Guest House milik Saudara Ewan bukanlah hotel berbintang-bintang. Takde butler, bellboy atau room service yang akan melayan kerenah anda seperti mana layanan yang anda perolehi di hotel. Kerendahan hati, keikhlasan serta kemesraaan yang diberikan oleh Saudara Ewan dan keluarganya sangat mahal dan sukar diperolehi. Sempat juga penulis beramah mesra dengan seorang warga emas rakyat Britain, Mr Collins yang berasal dari Liverpool yang tinggal menetap berbulan-bulan lamanya. Rata-rata yang memilih untuk tinggal lama di sini adalah dari golongan penulis yang datang mencari idea untuk karya penulisan mereka. Menurut Mr. Collins, dia berpindah-randah dari Bali, India, Thailand dan Malaysia... mengambil kesempatan kadar tukaran matawang yang rendah berbanding Pound Sterling.
Trip kali ini sangat santai. Penulis tak mahu jalan jauh-jauh sangat… cukuplah menikmati kuih muih yang ada. Masa kami tiba, kami dijemput di Lapangan Terbang oleh pemilik serta pengusaha Tiram Travel Sdn Bhd, Tn Hj Salam yang baru sahaja pulang dari Turki. Beliau hanya sempat menemankan kami bersarapan di Kopitiam Kita menikmati roti bakar dan telur separuh masak. Kopitiam Kita ini adalah antara tempat menjamu selera yang amat menarik di KB as recommended by adik penulis sendiri dan rakan-rakan group Whatapps. Terima kasih kepada Tn Hj Salam yang selepas menghantarkan kami ke Museum Istana Jahar, bergegas ke pusat servis kereta untuk urusan kerja beliau di Johor Bharu keesokan harinya.


Nota: Bulan Februari adalah musim buah bidara (rasanya diimpot dari negara jiran) dan etok. Etok… nak buka dan makan makhluk shellfish ni kena ada kemahiran sikit, pun sedap juga!
Terima kasih kepada AirAsia yang memberikan perkhidmatan tambang murah yang berpatutan. Di lain masa, Insya Allah, kami akan terbang dan menginap lagi di Ewan's Guest House! Sekiranya pembaca berminat dengan percutian santai, boleh hubungi terus Saudara Ewan di talian 017-906 0605. Ewan... mu tunggu, aku datang!!!