Makanan yang wajib pesakit kanser elakkan:
1.Gula
Segala jenis gula kerana gula/pemanis tiruan adalah makanan tumbesaran sel kanser. Kita mahukan bekalan zat makanan diputuskan agar sel kanser menjadi lemah agar proses penyembuhan dapat dipercepatkan. Antara sumber gula/karbohidrat ringkas adalah beras putih, roti, biskut, gantikan dengan dengan beras perang, beras merah atau makanan karbohidrat kompleks seperti ubi atau buah buahan berserat tinggi. Makanan kaya serat melambatkan penyerapan glukosa ke dalam darah. Anda tak percaya? Sila buat carian Google mengenai tatacara mesin mengimbas sel kanser berfungsi. Ketahuilah, mesin mengimbas sel kanser berkerja mengesan sel didalam badan yang banyak menggunakan gula (abnormal).
Ada juga penulis terjumpa artikel mengenai kajian saintifik yang menyatakan bahawa metformin (ubat yang dibekalkan untuk mengawal kadar gula dalam darah pesakit diabetis) boleh membantu melawan sel kanser.
2. Benda-Benda Pekasam/ Makanan dalam tin.
Ikan masin, telur masin, lobak masin, segala makanan yang diawet untuk menjadikannya tahan lama.
seperti makanan Dalam Tin. Kalau nak makan ikan sardin sangat, belilah kat pasar.
Budu, belacan, cincaluk dan lain-lain juga tidak digalakkan.
3. Produk Tenusu
Keju, Mentega, Susu. Bahan yang diperbuat dari susu. Sebenarnya susu baik untuk badan tetapi untuk pesakit kanser, susu akan menghasilkan lendir/mukus di mana ianya juga membantu sel-sel kanser untuk menjadi subur. Ada yang mencadangkan bahawa susu kambing selamat. Entahlah...
4. Daging
4. Daging
Daging merah seperti lembu dan kambing sukar dihadamkan dengan baik. Gantikan dengan memakan Ikan yang TIDAK BERSISIK. Kalau nak makan ayam boleh, pastikan anda membeli ayam kampung, jangan makan ayam injek.... dengan kita-kita sekali dapat ubat injek tu secara tak sengaja.
5. Ikan Bersisik
Khabarnya....ikan bersisik mempunyai asid yang banyak dan ini membantu sel kanser untuk lebih subur. Makanlah Ikan yang tidak bersisik seperti ikan tongkol, ikan yu, ikan salmon, ikan kembung, ikan keli, ikan patin dan ikan-ikan yang lain tidak bersisik kerana ianya mempunyai kandungan OMEGA-3 untuk membekalkan zat melawan sel kanser.
6. Junk Food/Fast Food
Boleh buang ke dalam tong sampah.
Ubahlah cara hidup dan tabiat pemakanan anda. Penulis berdoa agar anda berjaya mengatasi penyakit ini. Allahuma Amin.
Boleh buang ke dalam tong sampah.
Ubahlah cara hidup dan tabiat pemakanan anda. Penulis berdoa agar anda berjaya mengatasi penyakit ini. Allahuma Amin.