Monday, September 22, 2014

Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014

Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 akan berkuat kuasa pada April Fool's day 2015... beberapa bulan sahaja lagi. Sudahkan anda bersiap sedia?

Seksyen 64 Akta tersebut  menyatakan bahawa ianya tidak terpakai kepada Kerajaan untuk apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan yang dibuat oleh ..
 
(a) Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, melainkan jika diarahkan oleh Menteri dalam perintah yang disiarkan dalam Warta;

(b) mana-mana pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun berkenaan dengan fungsi pengawalseliaan dan penguatkuasaannya

...

Jadi dalam kes di atas, sekiranya Kerajaan yang membekalkan perkhidmatan atau barangan, TIADA GST akan dikenakan. 

Namun, tiada pula saya jumpa pengecualian kepada perkhidmatan dan barangan yang dibekalkan kepada Kerajaan dibawah Akta tersebut... maka sekiranya sebuah syarikat yang didaftar dibawah Akta memberikan perkhidmatan atau membekalkan barangan kepada Kerajaan, bacaan saya, syarikat tersebut, wajib mengutip GST daripada Kerajaan.

Benarkah kenyataan ini?

Monday, September 15, 2014

Sumbangan untuk majlis Reunion ANSARA Jasin anjuran Batch 88


Hampir setahun telah berlalu dimana penulis dan Tn Hj Edymainoe di jemput naik ke pentas semasa Reunion kesemua Batch bertempat di Kelab Golf DiRaja Shah Alam untuk menerima turun kuasa dari batch 87. Apa daaa... depa kasi turun kuasa pun sangat simbolik - kasi kukur kelapa manual tu... huhuhuhu.....

This is Exhibit A. Defendan Pertama cuma bersalaman, Defendan kedua, Hj Edy yg sebenornya menerima watikah Kukuq Nyiok tu.
 Di harapkan rakan-rakan batch 88 dapat membuat pembayaran sumbangan ikhlas pada kadar segera. Sesungguhnya penulis difahamkan untuk tahun-tahun lalu, setiap batch akan bergilir-gilir untuk memberikan sumbangan untuk menjayakan majlis ini. Maka tibalah giliran batch kita, Batch yang menduduki SPM 1988, tanpa mengira kalian masuk dan belajar di MRSMJ tahun apa sekalipun.

Kalau nak bagi lebih pun tak apa amat dialu-alukan dan lebih memudahkan pihak AJK menguruskan majlis yang akan dilangsungkan tak lama aja lagi. Inilah masalah kami sekarang... penulis nak jadi AJK tukang kutip duit pun mencuri-curi masa... terhad dek kelas mingguan yang penulis ikuti di ITBN demi mengejar cita-cita dan juga beban tugas sebagai penasihat undang-undang syarikat. Time inilah juga penulis terlibat secara langsung dengan projek yang melibatkan kerja-kerja pemantauan take over dan merger anak syarikat yang belum dapat diselesaikan. Sayang, kengkawanku...ada yang dengar bab duit aje, ada yang terus senyap dan tukar topik perbincangan... cabaran camel betul nih...

Percayalah kalian, dibelakang tabir, ada barisan AJK yang telah bermesyuarat beberapa kali untuk mengatur majlis yang terbaik untuk anda semua. Setahu penulis AJK telah berkerja keras dan masing-masing memberikan idea bernas untuk menjadikan perjumpaan kita sesuatu yang bermakna. Kita tidak tahu bila lagi ruang dan kesempatan masa dan juga usia untuk bertemu muka dengan rakan-rakan dan juga guru-guru yang menabur bakti untuk anak bangsa akan berulang.

Marilah kita beramai-ramai memberikan sumbangan seikhlas hati. Sekiranya ada rakan-rakan senior dan junior yang mahu menyumbang atau sponsor kegiatan ini, harap dapat berhubung dengan Pn. Hajjah Zalina 012-2110634. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Tuesday, September 02, 2014

Merdeka Memancing Trip 2014


Layan rentapan si ikan toman... eh... laut takde si toman... yang ada si tongkol

Tak sabar nak berpijak ke daratan...boleh tergelincir la pulak
Sunset at an undisclosed location

Blue Lagoon wannabe...
Come to papa...

Ikan coral apakenama... khabarnya sodap

Dahsyat juga tarikan (sitongkol) Stonecold ni...
Ini pulak rentapan dari si Kerapu
Sdr KDin tak main ikan kecik-kecik... dia target tenggiri batang je
Tenggiri selamat dinaikkan
Happy faces...
Nampak dasar... bersihnya pulau ini
Stonecold berjaya dijinakkan
Bro... lu jangan tiru wa punya trademark boleh?
sumber gambar dari http://en.wikipedia.org/wiki/Stone_Cold_Steve_Austin

Mizie pun champion juga di bot sebelah
Macam nak bahagi harta pusaka aje..

Blue Lagoon quality
Dah lama penulis tak buat aktiviti snorkeling ni...
The A Team. B Team dah balik dulu.
Kat belakang kami, Ex CEO Proton Dato Syed Zainal enjoying the food

ABC yang best
Bab ni yang menyebabkan tempat makan ni masuk TV
 

Apa macam... biarlah hasil bidikan kamera yang menceritakan segalanya. Ada sesiapa yang berani nak ikut untuk next trip ke lokasi rahsia ini? .... Terima kasih daun keladi kepada organiser, Sdr Azizi Muda, KDin dan kawan-kawan yang lain yang bersusah payah mengajurkan trip ni... memang dah bertahun tak pi memancing. Sangat berpuas hati!!!

Note : the last two photos adalah hasil bidikan camera milik Sdr Hasnul. Shot taken by my wife. Shots straight Out of  Camera (OOC) agak kelam. Penulis dah enhanced sikit gambar asal dan hasilnya quite ok juga for a P&S underwater camera Olympus Tough 820. Settings of the above two shots penulis dah embed kat dalam gambar for evaluation purposes.