Wednesday, February 19, 2014

Angkot in Bandung

Link to angkot's route in Bandung
http://transportasiumum.com/content/rute-angkot-bandung


and online application to assist your travels via Angkot
http://angkot.tibandung.com/
(Caveat: you must know your destination (street name)).

Wednesday, February 12, 2014

Note to self - Garam Himalaya



Apakah fadilat air garam gunung tepu ni?


Banyak sebenarnya. Penulis dapat merasakan ada perubahan positif tak sampai 3 minggu meminumnya. Cara menggunakannya - minum segelas air yang dicampurkan satu sudu besar air garam gunung tepu sebaik sahaja bangun subuh. Bacalah surah Al-Fatihah atai Ayatul Kursi kalau nak lebih berkah.

Lagi bagus meminumnya setelah selesai berqiamullail. Dulu mati-mati ingat benda ni hanya hoax. The lowly air garam gunung.... rahmat dari Allah sebenarnya. Cuma pastikan anda menggunakan garam gunung yang warna merah jambu tu ya.... Kalau guna garam laut... masuk sepital la kome dek darah tinggi.

Tuesday, February 11, 2014

Sehari dalam kehidupan seorang penasihat undang-undang



[ In the future ]

Anda menerima panggilan telefon daripada salah seorang pengurus organisasi anda bertugas yang terburu-buru memaklumkan anda bahawa ada aduan daripada pelanggan yang mengenal pasti produk anda sebagai sumber yang menyebabkan alergi dan penyakit berjangkit.  Sedang anda santai menonton TV anda dikejutkan dengan berita yang disiarkan bahawa ramai pengguna produk anda dimasukkan ke hospital.  Syarikat anda dinamakan sebagai punca masalah ini!

Hampir serta-merta, anda dipanggil untuk menghadiri mesyuarat tergempar yang  diatur pasukan pengurusan anda. Pihak pengurusan mahu membuat keputusan bagaimana untuk bertindak balas kepada keadaan yang berlaku. Sebagai penasihat undang-undang, anda mesti membantu dalam membuat keputusan itu, yang dalam masa beberapa jam sahaja lagi, akan cuba mengimbangkan kos bagi sesuatu penarikan produk yang akan menelan belanja yang mahal, berbanding dengan risiko tidak mengambil apa-apa tindakan, seperti tuntutan produk liabiliti, denda dan penyitaan oleh pihak kerajaan.

Keputusan yang anda buat akan memberi kesan kepada keuntungan syarikat anda pada tahun ini, dan, mungkin lebih penting, reputasi syarikat pada masa akan datang .....

[ The grim reality in the present ]

Ahh....bosan... kalau dengar komen wakil dari dari Jabatan Perundangan En Helmi, apa pun tak jadi, semua tak boleh buat!!!...macam mana nak berurusan dengan syarikat yang patut menggalakkan bumiputra menceburkan diri berniaga pun tak tahu lah... lesen nak kena bayar, kilang nak kena bina, belum lagi pekerja punya gaji, EPF dan lain-lain... royalti pun menekan kami, bukannya boleh untung banyak pun... ni nak suruh kami bayar insuran la pulak... sekarang kami nak suruh gomen kaji balik jumlah Fi Teknologi yang kami perlu bayar.... ini nak apply geran pun tak cukup... ini semua kemudahan untuk kita orang melayu...

Tapi, itukan kos menjalankan perniagaan – itu adalah risiko yang diambil oleh sesiapapun yang mengkomersilkan teknologi... kalau dikira semua ini, harap puan dapat pastikan bahawa syarikat puan betul-betul berkelayakan, berdaya saing dan berkemampuan untuk menjadi pelesen. Ini “medical device” puan... kalau tak buat betul-betul, pengguna akan mengalami kecederaan... tak sama dengan berniaga jual goreng pisang!!!

Tak apalah... kalau anda semua tak mahu ikut nasihat dan saranan saya, tak mengapa, saya akan rekodkan dalam fail yang saya telah menjalankan tugas dan menunaikan amanah saya, gaji saya masih jalan kalau tuan-puan tak ikut saranan saya, kita tunggu sahaja masa hadapan..... (sambil tersenyum pahit).

Wednesday, February 05, 2014

Back to school

Yes it is back to school for me.... walaupun secara sambilan.

Akhirnya masa yang sesuai untuk menghadiri kursus yang di idamkan dah dapat, registration secara online dan deposit duly paid.... kalau ada matric card alangkah bestnya.... teringat zaman belajar dulu. For the past few years other than official seminars and conferences on commercialisation om intellectual property,  IT matters and on Personal Data Protection...takde masa untuk menghadiri kursus yang diminati... selain all the free workshops on photography I had attended.

Ok... menunggu hari... and the courses will start right after my Bali trip... habih kursus sambung cuti ke Bandung pulak....