Friday, December 13, 2013

Menyerlah jauh dari yang biasa



Dah lama nak update, tapi penulis tahun ini teramat sibuk dengan tugas. Haa..... inilah dia piala yang menjadi rebutan .... Alhamdulillah. Terima kasih anakku, Zahratul Jamilah yang berjaya memperolehinya dan juga ...... disebabkan penyampaian anugerah khas tersebut, mama dan ayah dijemput serta menaiki pentas bersama (walaupun tidak dapat diabadikan dalam bentuk foto, iyelah photographer pun kena naik pentas sekali!). Terharu sungguh bila biodata dan cita-cita anak sulung ku dibacakan dan kami tiga beranak dijemput naik ke pentas untuk mengambil anugerah khas ini. Update: akhirnya ada gambar kami bertiga!

Tahniah juga diucapkan kerana berjaya memperoleh sijil mumtaz untuk PSRA 2013. Sekiranya Opah masih ada, sudah tentu dia akan turut berbangga dengan pencapaian Jamilah.


Mewakili sekolah dalam pertandingan pidato



Tahun hadapan, diharapkan dan didoakan agar Husna pula dapat mengikut jejak langkah Jamilah yang walaupun sakit dan penuh kepayahan, berjaya meraih anugerah pelajar Mithali ini.
Husna, don't worry, you are almost there... tahun ni anda pun dapat No. 1 dan juara bertahan pertandingan bercerita selama 3 tahun berturut-turut. Tahun depan tukar penyertaan boleh? Pi masuk pertandingan pidato atau bahas pulak. Haa.. udah tu ye.. jangan banyak main-main lagi, pi sambung hafazan Al-Quran tu. Video dibawah adalah untuk anak-anakku bertiga - Jamilah, Husna dan Sakinah yang kesemuanya memperoleh mumtaz dalam peperiksaan akhir tahun mereka baru-baru ini.

Thursday, December 12, 2013

Kisah sebuah rumah

Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi. Dia terus berleter.

“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “

Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara.

"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”

Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.

“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”

Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab.

“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“

Wahai anakku,
Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain.

Manusia hari ini suka sangka-sangka...

Ada sangka baik

Ada sangka buruk

Orang beribadah disangka riak

Orang rileks disangka malas

Orang berpakaian baru disangka menunjuk

Orang berpakaian buruk disangka hina

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sedikit disangka diet

Orang yang senyum disangka mengejek

Orang yang bermuka masam disangka merajuk

Orang berbincang disangka mengumpat

Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang menawan disangka menggoda

Orang yang ceria disangka mengada

Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang bermasam muka itu kerana mengenang dosanya yang lalu

Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat

Mana tahu yang diam itu kerana beribadah

Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya

Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya

Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru itu….
 

Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka


Jangan terlalu bersangka-sangka

Jauhi sikap sangka-sangka

"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
(AlHujurat:12)


Perkongsian oleh Ustaz Mohamad Redzuan Mohd Khalil, sahabat lama di SMKA Maahad Hamidiah yang tidak mahu mengambil sebarang credit kerana katanya dia memperolehinya dari perkongsian rakan whatapps.

True Love