Saturday, October 23, 2010

Keberangkatan ke Tanah Suci Makkah

Asssalamualaikum wrt wbt

Kepada para sahabat, rakan taulan, abang-adik-kakak, saudara-mara yang mengenali diri ini (tak lupa juga kepada pengunjung blog yang serba sederhana ini), saya dengan rendah hati memohon keampunan, maaf zahir dan batin. Insya Allah, saya akan berangkat menunaikan fardu haji pagi Isnin 25.10.10 ini. Doakan agar insan kerdil ini dan semua para jemaah ummat Islam yang turut sama berada di Tanah Suci dikurniakan maghfirah keampunan dari segala dosa, diperkenankan segala doa (dan kiriman doa), memperolehi haji yang mabrur, dilapangkan dada, dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat, dimurahkan rezeki, bertambah keimanan serta ketakwaan, bila kembali pulang kekal istiqamah dalam menjalankan suruhan dan ibadah kepada Allah dan dapat berbakti kepada masyarakat, memperoleh sakinah, aman dan bahagia bersama keluarga, dijauhi dari keresahan, diterima segala amalan, dianugerahi sifat sabar dan syukur atas segala nikmat, mati atas dasar La Ilaha Illalah, sempurna Islamnya dan mendapat Khusnul Khatimah, ditutup segala keaiban dan mendapat naungan semasa di Mahsyar, mendapat syafaat dari Penghulu segala Nabi, diberi minum dari AlKautar, menerima suratan amalan dari sebelah kanan, dipermudahkan hisab, dijauhkan dari Neraka dan segala azabnya, masuk dalam golongan Muqarrabin, selamat melintasi sirat, dimasukkan ke dalam Jannah dan diberi nikmat berpeluang melihat ALLAH.

Ingatlah ku dalam doa dan permohonan kalian. Amin Ya Allah. Wassalam.

Sunday, October 17, 2010

Golden Half untuk ke Makkah

Blok 3, SIRIM Berhad

Frame it with leaves!


Photos taken with the Golden Half, a toy camera made mostly out of plastic. These were taken using Kodak ISO400 film (that comes FOC with the camera) developed and scanned at the photoprinter- Location SunPhoto SS2, PJ. Costs involved for developing and scanning directly from the film's negatives - RM15.00. Normally it would only cost you RM12-00. The extra RM3-00 was additional since I was using a half frame camera which doubles the exposures i.e. from a 24 exposure film to 48. In my case, for my first roll of film, I managed to get 52 exposures. (Hint: film SLR (full frame) in the secondhand market now costs next to nothing, and scanning technology getting even better than ever, this is definitely a revival of the film media - so there is no urgency at all to upgrade to full frame DSLR).

Lesson to be learned - a cheap camera does not mean that it is not good. If you still get lousy images, its the camera user that is to be blamed!

The price for the Golden Half is RM190-00. It is supposed to be a lomo camera...and it gives blurry images at its edges due to the imperfection of the plastic lens but I think it is too perfect to be in that category. All photos would need to be taken in bright conditions. Thanks to Adrian of the Click Shop for his speedy help in processing my order. This lame camera will accompany me to Makkah. With more than 5 million people performing the haj this year, I would not want to bring my precious DSLR along. Takut hilang focus untuk nak beribadat nanti!

Monday, October 04, 2010

Jemputan Menjadi tetamu Allah

Surat tawaran telah kuterima dan ku balas melalui 2 media dalam jangkamasa tempoh untuk menjawab iaitu melalui:
1. faksimili; dan
2. e-mail berserta imbasan helaian jawapan yang telah sempurna diisikan;
dan pada setiap kali dokumen jawapan dihantar melalui faks, aku memastikan bahawa terdapat pengesahan ianya telah selamat diterima oleh pihak Tabung Haji (TH) melalui telefon kepada pihak TH.

Namun aku amat berdukacita kerana kemudiannya aku mendapat panggilan telefon dari pihak TH bahawa mereka kononnya
1. aku tidak menjawab tawaran dalam tempoh masa yang ditetapkan;
2. faks yang dihantar sebelum itu telah hilang/tersalah letak & tidak dapat dijumpai sama sekali.
3. Email yang aku hantar hanya boleh dibuka mukasurat 1 sahaja, kononnya mukasurat lainnya hilang secara yang amat misteri!

Oleh itu, aku diminta oleh pihak TH untuk membuat "RAYUAN" agar aku dibolehkan menjawab dalam diluar jangkamasa! Pelik betul. Setelah diamati, didapati bahawa imbasan dokumen tersebut tidak dibuka dengan cara yang sepatutnya. Memang la patut hangpa dapat tengok mukasurat pertama aje - tekanlah butang untuk melihat paparan mukasurat berikutnya! Haru biru blues betul!

Hari berganti hari ...aku tidak mendapat apa-apa jawapan, sedangkan aku adalah waris yang akan menjadi pengiring ayah yang telah disahkan tarikh penerbangannya! Tanpa aku sebagai pengiring, ayah akan mengalami kesulitan. Amat tidak masuk akal sama sekali. Mahu tak mahu atas desakan ayan yang bimbang dengan perkembangan yang tak memberansangkan ini mengesa aku ke HQ TH di KL untuk mendapatkan maklumat lanjut. Alangkah terkejutnya apabila didapati bahawa tiada apa-apa tindakan yang telah diambil oleh pihak TH untuk menyelesaikan perkara ini dan nama aku masih tidak disenaraikan sama sekali. Semuanya adalah lip service semata-mata dan HQ TH tidak tahu menahu kerana rupa-rupanya call/faks centre terletak di Taman Tun Dr Ismail dan maklumat tidak sampai ke HQ TH!

Maka dengan susah payah ayah yang seringkali mengadap TH Uptown mengadukan masalah kami, maka aku diarahkan untuk turut serta Kursus Haji Perdana di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Sabtu yang baru ini aku dan ayah sekali lagi berkunjung ke TH, kali ini untuk mengambil bag dan peralatan yang didermakan oleh badan korporat.

Setelah beratur hampir 40 minit, giliran ku pun tiba, dikhabarkan bahawa sistem untuk check senarai jemaah haji tak boleh diakses pada hari Sabtu/Ahad sebab sistem "down". Kena datang hari lain!. Jawapan ajaib ini membuatkan aku yang saban waktu diamanahkan untuk meneliti perjanjian penyelenggaraan IT berfikir : biasanya sistem tidak akan shut down terutama sekali masa kritikal seperti sekarang ini. (Ok takpe, aku bersangka baik... strike 1)

Maka aku serahkan passport kepada hamba Allah yang mengendalikan kaunter dan dinyatakan bahawa serahan passport, bukan di kaunter ini - encik kena pergi kaunter sebelah sana (wing kanan)... baiklah... kami pun berpecah, aku naik ke tingkat atas (rasanya tingkat 17) untuk mengambil bag sementara ayah yang terdengkot-dengkot bertongkat ke wing sebelah mengambil nombor untuk urusan serahan passport untuk tujuan membuat Visa Haji. Sampai sahaja ditingkat atas, setelah mengambil beg, aku melihat ramai ummat manusia beratur... apa hal ni?... oh untuk suntikan optional - H1N1 dan tah apa lagi tah... kosnya RM150-00 jelas seorang pegawai yang sibuk mengira wang dan menampal pelekat immunisasi pada kad kesihatan para bakal jemaah sambil duduk dengan selesa dikerusi empuk. Baiklah... cuma RM150-00 dan aku terus sahaja membuat bayaran. Permerhatian aku - rata-rata kesemua bakal jemaah adalah orang yang telah lanjut usia. Tiada sebarang kerusi disediakan. Ada bakal jemaah yang beratur sekejap duduk diatas lantai, sekejap bangun untuk ke bahagian depan... masing-masing menceritakan pengalaman mereka untuk sampai ke tahap ini. (Takpe aku masih bersangka baik.... strike 2)...

Dalam tak sampai 10 minit aku beratur, datang pula seorang hamba Allah mengedarkan risalah... apa la pulak ... oh tawaran penghantaran air zam-zam ker rumah pada harga RM135 setong 10 liter! Dah murah sangat dah ni bang, kata budak yang mengedarkan risalah. Setahu aku, kat Malaysia ni memang dah ada gudang menyinpan air zam-zam. Kalau nak kome pergilah ke restoran Nasi Arab di TTDI Jaya, Shah Alam - ada risalahnya disitu, siap ada no telefon hamba Allah yang memberikan pekhidmatan tersebut. kalau nak orde aje - RM90 untuk 1 tong yang berisi 10 liter. Otak business betul depa ni - sama juga dengan ruang legar ditingkat bawah TH Perdana... nak lalu pun sempit dengan barangan keperluan jemaah haji. Heran. (fikir punya fikir... Takpe sabar...aku masih bersangka baik.... strike 3)

Setelah selesai mendapatkan suntikan, aku pun turun dan mendapati bahawa giliran ku baru sahaja dipanggil dan kami mendapati kaunter tersebut memang tidak ada urusan penyerahan passpot! Dari dahulu lagi tak pernah urusan pasport dilakukan dibahagian ini, ini kerja wing sebelah sana jelas pegawai yang bertugas. Berubah wajah ayah... dengan keadaannya yang bertongkat dan berjalan terdengkot-dengkot ayah menggagahkan dirinya mendapatkan penjelasan - tadi cik kata urusan passort pergi ke sebelah sana, tapi wing sana kata dari azali lagi urusan serahan passport adalah tugas sebelah sini - kami dah tunggu 1 setengah jam ni - yang mana satu yang betul ni????? Minta maaf, kami baru mendapat arahan untuk terima passport sebentar tadi. (Nota : awal pagi itu aku mendapati ada notis tertulis dengan jelas : Wing kanan adalah untuk Urusan Jemaah yang belum mendapat surat tawaran, serahan passport dan pengesahan buku kesihatan).

(Takpe sabar...aku masih bersangka baik.... strike 4!!!!)
Aku tidak mengetahui cabaran camel apa lagi yang akan aku lalui sebelum dapat bertolak ke Makkah. Kalau Strike kali ke 5 - tah aku dapat sebungkus Lucky Strike kot??? (Pun intended).

Setakat ini sahaja untuk dikongsikan bersama.
Ya Rabb, permudahkanlah urusan kami. Amin.