Friday, November 20, 2009

Warisan


Generasi baru meneruskan
perjuangan,

Yang telah pergi selamanya tetap
tidak dilupakan.

Kerana peninggalan mereka yang telah pergi
meninggalkan warisan untuk dikuti.


Yang muda mencontohi yang tua,Yang tua membimbing, mengajar dan mendidik.
Hormat menghormati, adab budi perkerti,
menjadi sanjungan yang abadi
menuntun kita setiap saat
agar mengingati
Kebesaran dan rahmat Ilahi.

This reminds me of an old song entitled Warisan - yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan




Friday, November 06, 2009

Airasia's "Con fee"??



Recently I bough a ticket for a trip to Padang, West Sumatra for relief efforts i.e. assisting the local populace there whom are still badly affected by earthquake strike. Unfortunately, it seems that Airasia has conveniently introduced the "convenience fee" i.e. they will charge you RM5-00 for one way trip. The million dollar question is that - what is this "Convenience fee" is all about?

Depa ni sejak bila la pulak terlibat dengan "con" ni. Lain macam aje bunyinya. Cuba tuan-tuan sebagai pengguna jawab... kita semua kena "con" ke? Malangnya kita rakyat Malaysia, banyak "con job" "conman" "con artist"... tiap-tiap hari kita dihidangkan di dada-dada akhbar tempatan dengan kes perbicaraan di Mahkamah.. balik-balik cerita yang sama. Kalau jumpa kawan-kawan yang masih praktis law pun ... asyik-asyik cerita yang sama je.

Wednesday, November 04, 2009

Daddy yang ku kenali

Daddy yang ku kenali,
sebenarnya seorang pejuang.
Berjuang menegakkan martabat bahasa,
berjuang demi kemashalatan keluarga.
Beliau arif tentang prosa melayu klasik,
pabila aku dihadapkan dengan manuskrip thesisnya,
Lantas beliau tersenyum - aku bisa memahami dan menafsirkan perenggan-perenggan ayat Melayu lama.
Ku katakan, dahulu aku gemar membaca Hikayat Hang Tuah nukilan Tun Sri Lanang,
membaca dan terus membaca,
tulisan Shahnon Ahmad, Arenawati, Keris Mas & Tongkat Warrant.
tambahan pula banyak kosa kata manuskrip Melayu lama bersadurkan perkataan-perkataan,
yang dipinjam dari bahasa arab dan sanskrit.

Daddy yang ku kenali,
mengangguk, setuju dengan jawapan yang ku berikan.
Baca, membaca, membaca, membaca dan terus membaca dan barulah boleh menulis.

Daddy yang ku kenali,
pernah berpesan kepadaku -
Raihlah kecemerlangan diri.
Bak kata-kata hikmat Pak Guru Daddy sendiri,
"A untuk dewa-dewa,
B untuk saya,
C - layaknya milik kalian semua".

Daddy yang ku kenali,
banyak menyimpan derita diri.
Pertemuan dan perbincangan kita buat terakhir kali di Restoran Endang USJ,
Akan ku kenang selama-lamanya.

Alfatihah untuk Daddy, Hj Mohd Khalid bin Said,
semoga ruhnya dicucuri rahmat Ilahi.

Cukai RM50 untuk setiap kad kredit - adil?



Rather than imposing a blanket rule of RM50-00 per credit card owned by credit card holders, the government should instead consider taxing consumers based on the maximum aggregate credit limit of the credit cards.

For instance, a gold card provides a maximum aggregate credit limit of RM10k, then a taxable fee of RM50-00 should be charged. For silver card, the taxable fee should be half of the charges paid by gold card users.

Nowadays owning a credit card is considered a necessity & kemudahan. But I guess, memang rakyat didahulukan dalam segenap perkara... come to think of it, ini sebenarnya bukan cukai, tapi merupakan penalti kepada pemegang kad kredit. Siapa suruh hangpa berhutang...liat nak bayar ...dah la kena bayaq bunga, la ni gomen nak kenakan "penalti". Syukurlah, aku ini dalam golongan pengguna bijak, bayaq penuh setiap bulan & berupaya kensel kesemua kad kredit yg aku miliki... tapi since aku selalu pi overseas, takde credit card susah gak... hah memang menyusahkan!!!

Debit card gomen tak kenakan cukai, tapi pengalaman aku dengan debit card diluar negara amat mengecewakan. Masa kat Florida & Atlanta hari tu, aku dengan konfiden swipe debit card AlRajhi untuk pembelian kecil.. ceh... depa tak recognise & reject... walaupun duit aku masuk kat dalam tu lebih dari mencukupi. Poorah... bersemangat lagi aku hantar email sebelum pi ke US ari tu untuk memaklumkan aku nak gunakan debit card aku tu kat overseas (ikut agreement kata kena buat) & bersemangat juga depa reply email kata tak perlu maklumkan. Bila aku call customer service tanya beria-ria depa kata boleh pakai & aku dapat janji manis kononnya debit card AlRahji diterimapakai satu dunia....



Jawapan Rajhi Bank yg bertentangan dengan apa yg depa cakap dalam agreement

Itu baru problem kat luar negara. Kat dalam negara kita ni, kome cubalah beli petrol kat stesyen minyak menggunakan debit card. Katakan anda membeli RM30-00 worth of petrol, bila dapat statement of usage, baru anda akan nampak apa yang terjadi... stesyen minyak akan sapu RM150-00. Lepas 3 hari baru amount baki dari actual penggunaan RM30-00 dipulangkan kembali ke dalam akaun debit card anda! Maknanya anda kehilangan hak untuk menggunakan wang sebanyak RM270-00 selama beberapa hari... kalau wang anda banyak dalam akaun tu mungkin tak mengapa.. kalau time tu tengah sengkek... macam mana? Macam aku ni lain la... aku isi gas NGV... biasa kena dalam RM7-00 ..paling penuh pun cuma RM9.80, semua bayar cash... good for at least 140km - 180km.

Jadi sebenarnya tiada inisiatif untuk mengalakkan penggunaan kad debit dipam minyak! Debit card hanya layak digunakan untuk membeli belah di pasaraya sahaja.

Note : what about those privileged few who have platinum cards... It would only be fair that they should be made liable to pay a higher tax!!.