Saturday, April 09, 2016

Persamaan atau perbedaan?

Suatu masa dahulu
kita sama-sama bertaaruf
kenal mengenal mesra memupuk cinta
mencari titik persamaan dan kesatuan
walaupun masing-masing punya latar belakang
keluarga yang amat berbeda

Suatu masa dahulu
Kita tidak ambil peduli semua itu
Kita penuhi sukma kehidupan kita dengan berkasih sayang
Merapatkan yang jauh di mata
Tapi dekat dilambaian hati nurani
Mendidik dan membangunkan keluarga ini
dari punca hasil rezeki halal lagi Islami.

Sekian lama kita layari bahtera ini
digoncang gelora sukar
dan arus tenang yang senang
antara fikir, dikir dan zikir
Kita hadapi bersama dengan sabar dan setia
Hanya kami yang bisa mengerti
Besarnya erti hidup mandiri
dan damainya kebebasan autonomi.

Mengapakah kini
takrifan orang lain mengenai kebahagiaan
di pukulkan kepada kami?
Siapakah engkau dihadapan Illahi
yang mahu memaksakan semua ini?

Hati ini pilu dan sendu
Yang ku temui
di penghujung pelayaran kita
hanyalah kata-kata nista
Menzahiri hakikat
hebatnya jurang perbezaan
dan perkiraan kebendaan
yang tak pernah ada dalam fikiran kita.

No comments: