Friday, January 15, 2016

Menilai keberkesanan melalui warna lebam selepas berbekam

Kesan lebam pada kulit selepas berbekam.

Tekanan tarikan vakum oleh pam bekam bertindak menarik kotoran darah bertakung yang mengandungi toksin ke permukaan kulit supaya peredaran darah boleh kembali normal kepada kawasan organ tubuh yang terjejas. Ini membuka ruang untuk oksigen, sel-sel dan nutrien hidup untuk beredar dikawasan yang bermasalah untuk pemulihan yang lebih cepat dimana sumbatan peredaran darah telah dialirkan dari lapisan-lapisan tisu yang terletak lebih dalam kepada permukaan kulit.

Kesan warna di permukaan kulit ini biasanya disalah tafsir sebagai kerosakan kepada kulit dan bukan hasil tarikan darah kotor/toksin ke permukaan kulit. Nampaknya seolah-olah pesakit yang mendapat rawatan bekam telah didera dengan begitu teruk sekali oleh tukang bekam! Tanpa pemahaman yang mencukupi, sesetengah orang akan terkesima/merasa takit apabila melihat kesan yang ditinggalkan.

Pada hakikatnya warna dan corak daripada kesan berbekam bergantung kepada tahap sumbatan peredaran darah di kawasan itu dari warna merah yang cerah ke warna ungu gelap. Ada kalanya bekas bekam tidak hilang sehingga seminggu lamanya dan kadang-kadang jangkamasa yang lebih lama diperlukan jika orang itu mengalami sakit kronok atau tidak menjalani kehidupan yang aktif.  Jika orang yang menerima rawatan selalu berpeluh setiap hari - berkemungkinan tiada sebarang tanda/bekas berlaku kerana pengeluaran peluh adalah sebahagian dari sistem tubuh badan mengeluarkan bahan buangan bertoksik.

Setelah berterusan melakukan bekam, pesakit akan mendapati kesan rawatan susulan bekam akan beransur-ansur menjadi lebih ringan dan tidak seteruk kali pertama menjalankan bekam. Berdasarkan pengalaman peribadi penulis, sekiranya pesakit ada gangguan penyakit kulit, keadaan sakit kulit yang dialami pesakit akan semakin lama semakin membaik kesan daripada pembuangan darah kotor/toksin dari kawasan terbabit melalui proses bekam.

No comments: