Popular Posts

Monday, September 15, 2014

Sumbangan untuk majlis Reunion ANSARA Jasin anjuran Batch 88


Hampir setahun telah berlalu dimana penulis dan Tn Hj Edymainoe di jemput naik ke pentas semasa Reunion kesemua Batch bertempat di Kelab Golf DiRaja Shah Alam untuk menerima turun kuasa dari batch 87. Apa daaa... depa kasi turun kuasa pun sangat simbolik - kasi kukur kelapa manual tu... huhuhuhu.....

This is Exhibit A. Defendan Pertama cuma bersalaman, Defendan kedua, Hj Edy yg sebenornya menerima watikah Kukuq Nyiok tu.
 Di harapkan rakan-rakan batch 88 dapat membuat pembayaran sumbangan ikhlas pada kadar segera. Sesungguhnya penulis difahamkan untuk tahun-tahun lalu, setiap batch akan bergilir-gilir untuk memberikan sumbangan untuk menjayakan majlis ini. Maka tibalah giliran batch kita, Batch yang menduduki SPM 1988, tanpa mengira kalian masuk dan belajar di MRSMJ tahun apa sekalipun.

Kalau nak bagi lebih pun tak apa amat dialu-alukan dan lebih memudahkan pihak AJK menguruskan majlis yang akan dilangsungkan tak lama aja lagi. Inilah masalah kami sekarang... penulis nak jadi AJK tukang kutip duit pun mencuri-curi masa... terhad dek kelas mingguan yang penulis ikuti di ITBN demi mengejar cita-cita dan juga beban tugas sebagai penasihat undang-undang syarikat. Time inilah juga penulis terlibat secara langsung dengan projek yang melibatkan kerja-kerja pemantauan take over dan merger anak syarikat yang belum dapat diselesaikan. Sayang, kengkawanku...ada yang dengar bab duit aje, ada yang terus senyap dan tukar topik perbincangan... cabaran camel betul nih...

Percayalah kalian, dibelakang tabir, ada barisan AJK yang telah bermesyuarat beberapa kali untuk mengatur majlis yang terbaik untuk anda semua. Setahu penulis AJK telah berkerja keras dan masing-masing memberikan idea bernas untuk menjadikan perjumpaan kita sesuatu yang bermakna. Kita tidak tahu bila lagi ruang dan kesempatan masa dan juga usia untuk bertemu muka dengan rakan-rakan dan juga guru-guru yang menabur bakti untuk anak bangsa akan berulang.

Marilah kita beramai-ramai memberikan sumbangan seikhlas hati. Sekiranya ada rakan-rakan senior dan junior yang mahu menyumbang atau sponsor kegiatan ini, harap dapat berhubung dengan Pn. Hajjah Zalina 012-2110634. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

No comments: