Penulis tertarik hati melihat ada pihak yang mengambil tindakan menyaman Kerajaan Negeri Selangor apabila kandungan manifesto kerajaan Negeri Selangor untuk PRU12 dipertikaikan di mahkamah baru-baru ini. Masih lagi terlalu awal untuk menentukan pihak manakah yang akan menang kes tersebut walaupun bantahan awal pihak Kerajaan Negeri Selangor ditolak oleh mahkamah. Tak mengapa. Baru round pertama. Hari ini penulis akan cuba mengupas isu ini berpandukan kepada kes yang pernah diputuskan oleh mahkamah. Penulis akan hanya membincangkan 1 kes sahaja. Ada banyak kes lagi, kome carilah sendiri. :-)
Umumnya, apabila pilihan raya umum
menjelma, parti-parti politik biasanya akan mengemukakan dokumen yang
mengandungi senarai pembaharuan yang mereka akan laksanakan sekiranya mereka
dipilih sebagai kerajaan. Dokumen ini dikenali sebagai manifesto pilihan raya.
- Persoalannya sekarang adalah adakah pengundi dalam membuat keputusan mempertimbangkan kandungan manifesto parti politik yang dipilih sebagai sesuatu yang amat penting?
- Adakah manifesto parti benar-benar mempengaruhi siapa yang mengundi? dan yang paling utama sekali jika sesebuah parti politik dipilih untuk membentuk Kerajaan, adakah ia berkewajipan untuk mengotakan kesemua janji-janji yang terkandung dalam manifesto?
- Adakah janji yang dibuat oleh parti-parti politik dalam manifesto adalah sah dari segi undang-undang?
Terdapat kes 'precedent' di mana pihak-pihak
yang telah pergi ke mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian mereka yang
berkaitan dengan janji yang dinyatakan di dalam manifesto.
Bromley London Borough Council v
Greater London Borough
House of Lords [1983] 1 AC 768
House of Lords [1983] 1 AC 768
Pada bulan Mei 1981, berlaku pilihan raya bagi Greater London. Sebelum pilihan raya, Parti Buruh
mengeluarkan manifesto. Mereka berjanji bahawa, jika mereka menang, dalam
tempoh enam bulan mereka akan mengurangkan tambang bas dan tube London sebanyak
25 peratus. Mereka menang pilihan raya tersebut. Mereka melaksanakan janji
mereka. Mereka memberitahu London Transport untuk mengurangkan tambang
sebanyak 25 peratus. Orang ramai bergembira dengan hadiah itu. Ia bermakna berjuta-juta
pound dijimatkan tetapi pembayar cukai London perlu menyumbang £69 juta untuk menampung
kos yang terbabit. Greater London Council (GLC) mengarahkan semua 35 London Borough untuk meningkatkan kutipan untuk dana yang diperlukan. Borough London
Bromley mencabar kesahihan prosedur keseluruhan.
Kerana janji pra-pilihan raya, GLC percaya
bahawa ia terpaksa menghapuskan tambang sama sekali atau mengurangkan mereka. House
of Lords memutuskan bahawa GLC terkhilaf dalam menyangkakan ianya terikat untuk
melaksanakan manifesto yang diluluskan oleh Parti Buruh. House of Lords
berpendapat bahawa manifesto yang dikeluarkan oleh parti politik - dalam usaha
untuk mendapatkan undi tidak boleh dianggap sebagai suatu bon yang perlu dilaksanakan. Ianya boleh mengandungi - dan sering mengandungi
janji atau cadangan yang agak tidak boleh dilaksanakan atau mustahil dicapai.
Sangat sedikit daripada pengundi membaca manifesto sepenuhnya. Beberapa orang
hanya mengetahuinya dari apa yang mereka
baca dalam akhbar atau mendengar mengenai manifesto tersebut di televisyen.
Ramai yang tak tahu menahu mengenai kandungan manifesto tersebut. Apabila mereka
datang ke tempat mengundi, mereka tidak mengundi untuk manifesto. Mereka mengundi calon dan bukan mengundi apa yang terkandung dalam manifesto.
Kes ini
menunjukkan bahawa pra-janji pilihan raya dan manifesto parti tidak boleh
dikuatkuasakan di sisi undang-undang, namun ini tidak bermakna bahawa janji itu
adalah sia-sia. Kerajaan perlu mengambil kira janji pilihanraya yang gagal dikotakan pada pilihanraya berikutnya. Mereka juga akan dipertanggungjawabkan
oleh parti-parti pembangkang dan juga oleh pihak media. Walaupun 'judicial precedent' memihak kepada
posisi undang-undang bahawa pra-janji pilihan raya dan manifesto parti tidak
boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang, berkemungkinan juga ada makhluk-makhluk genius yang akan mencari populariti murahan dengan menganjurkan tindakan undang-undang akibat daripada kegagalan kerajaan yang dipilih rakyat melaksanakan janji pra-janji pilihan raya. Impak yang paling besar (sekirany ada) adalah kerajaan yang sedia ada mungkin kehilangan kepercayaan pengundi di pilihanraya berikutnya.
Pada hemat penulis, kalau dah berjanji tu, kenalah tunaikan janji-janji anda walaupun diketahui mengkin ada sedikit masalah teknikal (seperti isu meter air pukal rumah pangsa yang perlu digantikan dengan meter air persendirian terlebih dahulu). Adalah lebih Islami sekiranya mahkamah di Malaysia boleh membuat precedent kita sendiri (dan menjadi kes pertama seumpama ini yang tidak mengikut pescedent di negara Commonwealth) iaitu semua janji dalam manifesto adalah mengikat parti yang mengeluarkan janji tersebut dan ianya mesti dilaksanakan sekiranya parti tersebut memenangi pilihan raya.
Pada hemat penulis, kalau dah berjanji tu, kenalah tunaikan janji-janji anda walaupun diketahui mengkin ada sedikit masalah teknikal (seperti isu meter air pukal rumah pangsa yang perlu digantikan dengan meter air persendirian terlebih dahulu). Adalah lebih Islami sekiranya mahkamah di Malaysia boleh membuat precedent kita sendiri (dan menjadi kes pertama seumpama ini yang tidak mengikut pescedent di negara Commonwealth) iaitu semua janji dalam manifesto adalah mengikat parti yang mengeluarkan janji tersebut dan ianya mesti dilaksanakan sekiranya parti tersebut memenangi pilihan raya.
(Komen peribadi penulis - either way, BN is screwed, big time. Ada banyak juga janji BN yang memenangi pilihanraya puluhan tahun yang tidak ditepati. Sekiranya inilah posisi undang-undang yang akan diputuskan oleh mahkamah, ini merupakan berita baik untuk rakyat Malaysia seluruhnya. It will open the floodgates for all and sundry untuk mengambil tindakan undang-undang bagi setiap dan tiap-tiap janji manifesto yang tidak ditunaikan oleh mana-mana pihak). Tidak mengapa, kerana sama ada anda menyokong Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat.... kes ini akan memberikan harapan baru kepada kita.
RAKYAT DIUTAMAKAN!!!.
RAKYAT DIUTAMAKAN!!!.
No comments:
Post a Comment