Popular Posts

Tuesday, July 17, 2012

Resepi Steamboat AKU punya!




Gambar-gambar  diatas adalah hiasan sahaja. Adalah satu hari tu penulis bawa dapur gas portable yang banyak berjasa ke pejabat untuk menjamu hidangan steamboat sempena persaraan Kak Habsah. Memang konpirm saentero President Office kehebatan steamboat penulis. Terbau-bau harum sampai ke tingkat-tingkat lain!

Alkisah...dah lebih 10 tahun penulis tak menjejakkan kaki ke Restoran Steamboat. Sebabnya - senang sangat nak buat steamboat sendiri. Resepi ni penulis dapat hasil membodek chef restoran Johnny. Sekali makan 4 org kena paling kurang RM40.00 terbang. Kalau banyak kali makan... hah.. macam mana! So apalagi kita tanyalah killer ingredient steamboat ni apa dia. Rahsianya terletak pada akar ketum dan minyak bijan (satu sudu kecil yang dimasukkan sebelum steamboat mendidih).

APA! Akar pokok KETUM?

Betul ke apa yg aku dengar ni Zaws?

Iya...

KETUM!... KETUM!

Sungguh! aku tak bohong!
..

..

..

Ketumb-AR la!!! (apa korang ingat aku dah gila letak benda kasi korang khayal). Insya Allah semuanya halalan thoyyioban. La ni masa entry ini ditulis, orang kat opis tengah merasa steamboat yang aku masakkan utk depa.


Ramu Steamboat

Daun ketumbar
Akar ketumbar racik halus (paling penting sekali)
Sotong/ udang/ayam – stok
Ikan bilis segenggam diblender
Cili segar 6 biji tumbuk halus or cili serbuk
Bawang putih 2 ulas potong halus
(rebus sampai mendidih)

(dah tak perlu garam ye - sebab bahan-bahan steamboat bila direbus akan keluar rasa masinnya).

Lepas mendidih baru kome masuk bahan-bahan steamboat yg berbagai-bagai jenis tu.Sayur daun last sekali. Sayur bila layu baru dah boleh makan, tak sedap!.

Optional - letak bawang goreng.

Peringatan: kalau pakai sotong, jangan kome rebus sotong lama sangat. Nanti liat komplen tak sedap. Setakat keluar bau tu keluarkan sotong tu.

Sos Steamboat

6 biji cili merah segar
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos ikan
3 sudu besar minyak bijan
1/4 cawan cuka
1/3 cawan air
Garam dan gula to taste secukup rasa
(Blend semua di atas)

1/2 sudu kacang tanah (tabur atas sos)
Bijan tabur
Daun ketumbar racik halus - tabur

3 comments:

Gongzhu84 said...

Assalammualaikum... sos tu mcm mana cara masak nye ye? Guna cili boh boleh ke?

Superstage said...

Walaikumussalam.

Sos ikut citarasa sendiri pun boleh.

Kalau malas beli aje sos salsa ataupun sos Mae Pranom (sos thailand). Tapi pada saya sos Mae Pranom tu banyak gula, so sangat manis, pandai-pandailah adjust (tambah air). Kalau pandai buat sendiri, pakai sikit cuka organik pun ok.

Gongzhu84 said...

tu la..sy dah try wat...memang rasa Johnnys., terima kasih share resepi ni :)..tp sos tu x reti nk buat...sos Johnnys memang sedap :D hehehe