Monday, July 16, 2012

Marhaban Ya Ramadhan & Petua amalan penulis

Ramadhan semakin hampir...

Amat terasa sekali.

Alhamdulillah cuti separuh hari setiap hari jumaat pagi sempena bulan yang mulia ini telah boss luluskan. Macam mana nak kejar masa di usia yang semakin berkurangan ini? Tak ada pilihan lain lagi.

Last saturday my wife attended a conference held in Putrajaya. The speaker is no other than Dr Muhaya. Antara perkara yang dikongsi bersama adalah mengenai petua bagaimana untuk memperoleh wibawa dan kepercayaan dari anak-anak. Kisah ini diceritakan oleh seorang wanita india yang turut berkongsi pengalaman. Wanita india ini tinggal berjiran dengan seorang imam masjid. Beliau ada meminta nasihat dari Pak Imam mengenai perkara diatas.  

Cerita my wife, petuanya mudah sahaja. Suapkan anak-anak kita makan.

Penulis terdiam seketika. 

Teringat nasihat arwah Tokwan mengenai perkara yang sama dan masih penulis diamalkan sehingga ke hari ini. Ianya bukan sahaja diamalkan hanya pada anak-anak penulis tetapi juga kepada kawan-kawan penulis. Anda mungkin salah seorang dari mereka!

Itulah sebenarnya signafikasi upacara suap-menyuap makanan diantara pengantin diupacara perkahwinan. Sayang sekali ramai yang hanya memandangnya sebagai simbolik romantika antara pengantin sahaja & untuk tujuan sessi fotografi sahaja, tanpa mengetahui tujuan asalnya.

Yes, without fail, sejak zaman sekolah lagi, penulis akan sentiasa mencari peluang untuk menyuapkan makanan, be it keropok, fries, ayam KFC, roti, minuman etc kepada kawan-kawan. Mungkin masa tu tangan mereka kotor sebab bermain bola or tangan mereka penuh sebab angkut barang dan macam-macam hal. For my wife, little that she know that I had did that great many times to her. Hanya dia aje dah terlupa! Syaratnya hanya satu sahaja - Jangan lupa baca basmallah dan niat ikhlas kerana Allah. hehehe... jangan risau, penulis tak pernah amalkan jampi-jampi, mengarut kerja khurafat shaitan je tu. These people yang kita suapkan makanan dan minuman pastikan puncanya dari sumber yang halal, tak ambil harta atau hak orang lain. Lebih baik lagi sekiranya ianya datang dari usaha dan kerja keras kita sendiri. Insya Allah, walaupun mungkin ada perbezaan pendapat, anak-anak dan rakan-rakan kita akan mendengar dengan teliti dan mempertimbangkan kata dan nasihat kita. Sama ada depa ikut atau tidak, itu tak jadi soal sebab mereka boleh fikirkan sendiri.

Bahkan orang bangsa Inggeris pun ada idiom "bite the hand that feeds you" yang bermaksud "to treat someone badly who has helped you in some way, often someone who has provided you with money etc". Hakikatnya, hanya makhluk yang tak ada atau kurang akal fikiran sahaja atau under undue influence / tak dapat membuat keputusan dengan bebas sahaja yang akan berbuat begitu.

Sempena menyambut kedatangan Ramadhan ini, doakanlah semoga kita semua dikurniakan kesihatan untuk menjalani ibadat sempena bulan yang dirindui ini. Amiin.

No comments: