Monday, April 12, 2010

Pecah Beling @ Jin Batu

Pagi yang sungguh mandom ini dikejutkan oleh seorang hamba Allah datang ke Jabatan tempat penulis bertugas dan bertanya – siapa tau camna nak ubat sakit batu karang – secara traditional?

Maka sekalian makhluk opis pun menundingkan tangan ke arah penulis… hah.. aku ni technology lawyer, bukan bomoh, ujar penulis, tapi melihatkan muka orang yang bertanya punyalah bersungguh-sungguh, maka jawab penulis (menurut apa yang penulis tahu melalaui pembacaan dan pengalaman penulis yang pernah melihat herba berkenaan (yang juga ditanam dirumah ayahanda penulis) - mudah aje… pi cari daun pokok Pecah Beling.. nama lainya Keji Beling/Kaca Piring/Jin Batu (bukan Jin Notti tau!) Jangan ditanya kenapa nama herba tersebut demikian rupa – penulis tak boleh menjawabnya. Ambil daunnya jemur hingga kering dipanas matahari. Bila dah kering dan layu, ambil daun tersebut dan buat teh… amalkan minumnya setiap hari. Insya Allah batu karang akan hancur dengan sendiri – tak perlu operation. Itulah petua orang-orang tua. Ini cara yang asli.

Semasa memetik apa-apa tumbuhan bagi tujuan perubatan, jangan lupa untuk membaca basmallah, berselawat atas Nabi Muhammad S.A.W. dan salam kepada Nabi Ilyas (Salamun ala Ilyas fil a lamin) dan niatkan agar tumbuhan tersebut dapat dimanfaatkan untuk berubat.

Kita hidup dizaman sains & teknoklogi. Sewajarnya pengguna memilih untuk mendapatkan herba tersebut yang telah diproses melalui teknologi moden. Ada juga khabarnya dijual di pasaran (boleh didapati di farmasi). Seingat penulis, herba ini bukan sahaja boleh memecahkan batu karang tetapi juga berpotensi untuk mengubat kanser dan kencing manis. Wallahua'lam. Cubalah carian di google. Kalau tak salah UPM atau MARDI ada membuat kajian ke atas herba ini.

(Nota: pokok pecah beling yang ada dirumah ayahanda penulis amat popular… org dari jauh dan dekat selalu datang bertanya dan meminta minta daunnya. Kami kasi free aje – saham akhirat).

Rupa dia macam mana? Mai sini datang ziarah ayahanda penulis or carilah kat Internet. Kalau lapang, penulis akan ambil gambarnya & tempek kat sini.

No comments: