Popular Posts

Tuesday, September 11, 2007

Trip to Bukittinggi, Sumatera Barat 2007

It is now August 2007 - and a week before kemerdekaan Malaysia, kami sekeluarga - that means my wife, daughters and their aunty, terbang ke Padang, Sumatera Barat - Agenda - apa lagi kalau bukan balik kampung depa ni - pi vacation.

Flight ke Padang dari LCCT KLIA hanya memakan masa tak sampai sejam. Tapi nak menyampaikannya, fuh... subuh buta dah bertolak from Razif's house in Pinggiran Putrajaya. Dah plan lama dah - tiket dah book from Air Asia 6 bulan lebih awal dari tarikh bertolak. Semuanya dalam RM938 untuk perjalanan pergi dan balik.

Sampai aje di lapangan terbang Minagkabau, Em dah tunggu dgn van. Just for the sake of picking us up, dia tak menambang hari tu. This time kami tak ikut lagi jalan laut naik feri. So dapatlah kami menikmati perjalanan lebih kurang 1 1/2 jam ke Bukittinggi merentas banjaran gunung. Itupun dah kira laju tau sebab jalannya berliku-liku dan sempit. So kali ni semakin kami mendaki, terasa peubahan suhu, dari panas beransur-ansur sejuk, macam Cameron Highlands gitu, but extra sejuk... sampai lelah aku pun datang balik.

Antara aktiviti menarik - apa lagi kalau bukan pi shopping - habis macam-macam jenis kain, telekong sulam, baju budak for Raya Aidilfitri nanti kami borong. Yang paling penting, dgn bantuan Abg Indra, kami menjelajah toko buku - we went hunting buku-buku yang berkaitan dengan perubatan tradisional terutamanya mengenai ubat untuk menyembuhkan kanser. Selonggok jugalah buku yang kami beli - tapi takpe.. semuanya murah dan berpatutan harganya - imagine tukaran matawang masa tu RM375 = Rupiah Sejuta - Pakcik Kayo!!!!

Kepulangan kami disambut dengan mendua dan kenduri oleh nenek. Nenek amat gembira sekali sebab kali ini, little Sakinah ikut sekali. Kan saya dah kata, kami akan datang lagi...

Em bawak kami jalan-jalan ke Padang melalui the famous Kelok 44! Tempat ni namanya camtu sebab berkelok-kelok - siap ada lagu minang lagi pasal tempat ni...bagusnya kalau mat rempit kat Malaysia datang buat konvoi kat situ - mudah-mudahan, silap lap sikit terus masuk ke dalam gaung or timpa kenderaan kat kelok bawah sana.... for me, meine denke, cukuplah setakat tu je datang ke kelok 44 tu sebab horrornya menengok keadaannya - kalau jalan dia baik pun, rasanya tak ndak le datang lalu tempat tu lagi... takde maaf punya... tapi permandangannya fuh punya lah cunnn.

There was one day, me, my wife, Inda & Lily went to Pasar Aur Kuning - kalau korang nak tau - inilah tempat syurga membeli belah. Cuma, kalau yang tyak fasih berbahasa telor minang macam aku ni, toksah la nak bukak mulut nak tawar menawar - di jamin depa terus naik rega or tak leh nak ditawar langsung.

Sempena trip aku nak ke Jepun, negotiate urusan syarikat tak lama lagi, aku pun mengambil kesempatan shop around untuk JACKET KULIT - takle aku esok kesejukan kat Jepang tu nanti. Korang percaya tak kalau aku cakap I bought my leather jacket for less than RM83! Aku dah tengok kat KL - mamat Pakistan tu nak tolak kat aku @ RM450! Tapi yang slacknya, lepas beli jacket baru aku jumpa kasut - Ballly of Switzerland, ori - rasanya seludup punya from Jakarta. Depa kat sini kuasa membeli kurang, so next time round, Insya Allah kasut Bally akan menjadi target utama aku.

3 comments:

Muhibbah Wisata said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Superstage said...

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini.

Para pembaca blog boleh menghubungi saya secara terus sekiranya memerlukan khidmat nasihat pakej termurah dari saya, penulis blog ini sekiranya mereka memerlukan apa-apa bantuan ataupun tips yang berguna yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan lawatan mereka ke Bukittinggi, Padang, Bandung-Jakarta dan juga Florida,USA.

Andrew Ang said...

Ohh Encik Zaws dari Motor Traders ka?
Selamat petang..

I wanted to ask you where did you installed your NGV and would you recommend your installer because I'm planning to buy a Used Waja year 2001 and sent it for installation immediately.