Tuesday, January 15, 2019

ETA 2 minutes




“No worries, dekat aje, just a phone call away”.

“Its okay, Marverick’s on supersonic, ETA 2 minutes to intercept bogey” terngiang-ngiang petikan dari filem Top Gun, filem yang diminati zaman belajar di MH dulu diingatan.

Itulah skrip kehidupan. We have planned for Sakinah to apply for MRSM Ulul Albab, namun oleh kerana kealpaan ayah, ayah rupanya cuma save application form dan terlupa pula untuk menghantar send button. Bila teringat, bergegas sang ayah mencuba login untuk send permohonan tersebut. Namun cubaan untuk logis gagal dan tarikh menghantar permohonan telah pun ditutup.

Sedih pula rasa hati… dalam kesibukan ruang masa, ayah mencuri sedikit masa sementara menunggu mesyuarat bermula untuk membuat surat rayuan, rasanya takde harapan.

Tawaran tunggal yang ada hanyalah SAMTTAJ. Baiklah, ayah tak mahu kesilapan semasa belajar yang dilakukan Uni Jamilah diSAMTTAJ dilakukan juga oleh Sakinah, yang telah gigih berusaha sepanjang 2018 dan membawa pulang all straight As untuk UPSR, Mumtaz untuk PSRA dan bonus diminit akhir, mengondol anugerah peserta perempuan terbaik Kem Tiflun Ana yang di adakan di HQ SIRIM.

Tiada pilihan lain selain menempatkan Sakinah di asrama. Sekurang-kurangnya makan-minum Kinah pasti terjaga.

Maafkan ayah, anakku kerana gagal menyediakan susasana terbaik untuk kamu belajar dirumah.
Semua ini ayah lakukan untuk kebaikan Kinah. Ayah pun tak berapa sihat sangat ni.
“Its okay, Marverick’s on supersonic, ETA 2 minutes”.

Baju seragam untuk pulang dah tempah, tunggu siap. Al Quran terjemahan dan 2 kali ayah hantarkan ke asrama, letak kat ponduk pengawal asrama puteri. Lain kali jangan tertinggal lagi ya, Kinah. Tak perlu bawa pulang, kat rumah kan ada banyak terjemahan AlQuran.

Mak Guard bertugas dah kenal sangat dengan ayah sebab dah selalu menghantarkan barang untuk Uni Jamilah.  Kakak itu bertanya: “Kakaknya, si Jamilah tak daftar masuk tingkatan 6 ke?”
Jawabku, “Entahlah, dia tak minat nak buat STAM”.

“Tak apalah encik, walaupun mamanya dah tiada, encik kan ada….banyak pahala encik dapat”
“kalau boleh, saya nak pahala tu untuk arwah isteri, dan isteri saya sekarang ini” jawabku.

Tiba-tiba telefon bimbitku bergetar, ada panggilan masuk rupanya.

“Ayah… ayah, boleh tak ambil sekarang kat asrama? Una kena allergy, nak jumpa doctor”.

“Baiklah nak, uruskan kebenaran warden ya”, jawabku ringkas”.

Nampak gayanya minggu ini kami anak beranak akan disatukan, semuanya dapat pulang ke rumah bersua muka, berkongsi cerita pengalaman baru mereka.

Hanya orang lama aje yang tahu lagu Allahyarham Latiff Ibrahim yang dipaparkan di blog ini. "Hidup berusaha, pasti akan berjaya". Lagu saduran dari lagu Paul Anka, "Papa". Penulis mengenali beliau yang tersangat humble. Dalam mencari rezeki tak perlu malu, janji kerja kita halal. Selalu juga terserempak dengan beliau zaman belajar di universiti dahulu. Abg Latiff masa tu buat kerja sambilan menjadi konduktor bas untuk perkhidmatan Syarikat BAS SRI JAYA No 244 KL - TTDI. Ada pernah sesekala terserempak dengannya di Restoran Minang kg Baru setahun dua sebelum dia meninggal,


And as for Husna...yang akan mengambil keputusan SMAnya pada 17 Jan 2019 ini...


“Marverick’s on supersonic, jem ke USJ, ETA 20 minutes!”.
 
(Update 2021 - Alhamdulillah, Husna berjaya memperoleh Mumtaz Sofi untuk SMA, berpindah dari SAM Bestari ke SAMTTAJ untuk pelan asal menduduki STAM, sempat diberi penghormatan menjadi Guru Muda STAM, namun memilih tawaran JPA untuk melanjutkan pengajian di Hokkaido Universiti of Education (habis tinggal Bahasa Arabnya - adusss!) dan sekarang berada di bumi Jepun untuk tempoh 4 tahun, the sole Malaysian & Muslim di Universtiti tersebut).

(Update 2023 - Alhamdulillah, Sakinah juga berjaya memperoleh Mumtaz Sofi, maka lengkaplah tiga orang anak padusi ku mengulangi kejayaan yang sama untuk SMA).