Tuesday, September 25, 2018

Friday Rules 2

Update Isnin 24/09/2018



Alhamdulilah. Hari ini Isnin 24/09/2018. Penulis baru pulang dari mesyuarat di Putrajaya. Sampai opis pun dah lunch time. Biasalah isu nego kandungan perjanjian. Masuk aje ke pejabat, tak sabar rasanya nak tengok perkembangan saham yang dibeli Jumaat lepas. Mula-mula check email kerja dulu, dah settle baru kerja dan tenangkan diri, baru boleh tengok maklumat umum yang ada pasal pasaran saham. Suspens juga sebab laporan NST melapurkan siang tadi, Bursa dibuka rendah, tapi takpe, kena yakin dengan ilmu yang tok guru kasi…. Sebenarnya pasaran saham ini ikut emosi pelabur, siapa yang takleh kawal emosi sukar nak berjaya… so meh tengok keadaan pasaran sebenar hari ini mendung ke bersinar… nampak macam ok tapi sebab nak rush buat kerja, penulis tunggu petang sikit utk buat screen capture dibawah ini..


Berdasarkan carta dari Malaysiastockbiz saham kita ni mencanak naik, Insya Allah kalau trend ini berterusan, esok, Insya Allah kita dah boleh menuai hasil. Kalau jual saham sekarang bolehlah kita dapat pulangan RM599 bersamaan dengan 12.28% (sebelum menolak fi broker).

Oh ya… kepada yang bertanya, Malaysiastockbiz adalah portal percuma. Maklumatnya tepat tapi hebahannya lambat sikit. Kalau nak cepat kenalah cari sumber yang perlu dilanggan dan bayar. Bagi pedagang saham tegar, maklumat cepat dan tepat amat diperlukan. Tapi kalau macam pedagang sekali sekala masuk market (depa panggil “Swing trading”) atau suka invest long term macam penulis, yang free ini pun boleh juga digunakan.

Untuk esok hari (selasa 25/09/2018) pelabur akan menghadapi dilemma, sekiranya pasaran saham tetap utuh dalam unjuran menaik sama ada:
(i) nak terus simpan (adjust stop loss) mengharapkan trend akan tetap naik;
(ii) jual separuh; atau
(iii) jual keseluruhannya (mengambil untung).
Kesemua keputusan ditangan pelabur. Nak terjun kapal di destinasi… Berapa tinggi kapal ni boleh membuat lompatan harga?

Ada seorang sister yang bekerja di organisasi yang sama dengan penulis  bertanya… boleh ke kita niaga macam ni? Bukan makan waktu kita kerja jat pejabat…Takde isu integrity ke?

Apa isunya sekiranya:
1.    Bil Internet dan HP kita bayar sendiri or lepak kat kedai mamak tumpang internet kedai mamak (jangan lupa order makanan & minuman ya!). Penulis tak sampai lagi tahap dok kat Cofeebeans or Starbucks if a cuppa will set you back RM15, baik salurkan duit tu sebagai modal;
2.    Transaksi pembelian kita buat masa rehat/lunch time (match atau tak match order kita tu nasib – ada rezeki adalah);
3.    Tak perlu mengadap screen (kita automatekan jual beli) contohnya key in buy/sale order sebelum masuk kerja, so once reach target price yang kita nak, sistem terus jual. Tau-tau bila reach target price, duit terus masuk dalam trading akaun kita!

Oh ya, cara ni memang tak maksimumkan keuntungan. Dan ini bukan skim cepat kaya. Tapi InsyaAllah untung tu tetap ada.  Adat berniaga ada untung, ada rugi ya. Ni time untung, kome nampaklah RM599 kat atas tu boleh digunakan untuk bayor installment kereta kan? kan? kan?..... Silap… jangan berfikir macam tu ya. Menabunglah dahulu. Bukan sapu kasi licin. Ingati dah fahami kisah Nabi Yusuf A.S. … tujuh tahun kesusahan, dikuti dengan 7 tahun kesenangan… kenalah kita bersiap-siap untuk masa kita susah.

Ok guys, to be continued. Zaws 24/09/2018