Popular Posts

Thursday, November 23, 2017

Buruj di langit

Sepatutnya, penulis berangkat ke Padang subuh jumaat 17 Nov 2017 hantar si Husna yang beria-ria nak ikut uncle dia baik kampung a few days later dan atas saranan boss yang mahukan penulis berehat... rest and recuperate, ambil masa untuk berubat, maka penulis pun mengambil cuti, mengetahui ada tempat yang berpotensi untuk merawat sakit yang dialami penulis, dan Husna boleh ikut temankan ayah dia ni berubat, sementara menunggu uncle dia sampai, namun perjalanan tersebut dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Tak pernah dalam sejarah penulis membatalkan perjalanan bila tiket dah dibeli. Sesungguhnya hanya pada tarikh tersebut ada tiket berharga murah untuk dua orang, unlike trip-trip sebelum ini yang kesemuanya dibeli setahun awal, murah meriah, satu keluarga boleh ikut serta dan amat berbaloi dengan budget yang ada. Ya kita patut bersyukur dengan apa yang ada. Perkara diluar kawalan tu, penulis pulangkan kembali kepada Allah untuk membuat penilaian, bukan kepada manusia. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan, dan perancangan Allah tentunya terbaik.

Pada jam 030am, kami mendapat berita, abg sepupu penulis Abg Gie (Tarmizi), meninggal dunia di hospital Teluk Intan dan akan dikebumikan di Tapah, Perak, maka keutamaan adalah untuk menziarahi keluarga terdekat. Banyak kekangan untuk penulis ke pulau seberang. Tak ada masalah, kami akan ke tempat orang yang lebih memerlukan kita. Salam takziah diucapkan untuk keluarga Muza, Kak Siah dan Faridah, anak-anak Mak Yong penulis. Semoga ruh Abg Gie diampuni dan ditempatkan bersama golongan orang yang soleh. Jenazah disolatkan di Masjid Daerah dan dikebumikan selepas solat jumaat.

Usai solat jenazah, kami mengiringi  jenazah ke kubur dan selepas itu berehat sebentar di rumah kak Siah yang terletak berhampiran dengan Tanah Perkuburan. Penulis mengambil masa untuk tidur sebentar. Iyalah... malam sebelumnya penulis tak boleh melelapkan mata, bersiap-siap untuk packing barang ole-ole untuk keluarga seperti mana yang selalu dibuat dengan arwah isteri yang selalunya terdiri daripada rempah masakan yang sukar didapati di Bukittingi.

Kami berpamitan mengundur diri dari rumah Kak Siah dan.... alang-alang tak dapat berangkat ke Bukittingi, kami pasrah mendaki jalan berliku menuju ke Cameron Highlands. Terjah sahaja. Cameron Highlands merupakan destinasi pilihan penulis untuk berehat, sejak sebelum penulis menjadi peguam lagi. True to my belief, expect the unexpected, trip ini langsung tidak dirancang, maka tiada persediaan seperti baju sejuk yang kami bawa. Kami menyewa sebuah homestay dengan harga yang amat berpatutan di Kg Sedia. Lokasinya betul-betul dibelakang restoran Abg Strawberi.

Malam itu langit terang benderang. Buruj Pemanah/Belantik/Orion jelas dapat dilihat dengan mata kasar. Amat menakjubkan sekali susasana dimalam itu. Kami menghabiskan masa hampir 10 minit menikmati keindahan malam yang dingin.



Three kings (atau Orion's Belt) yang terdiri dari bintang Zeta, Epsilon dan Delta ...kalau disambungkan akan membentuk garis lurus tepat menembusi bintang Sirius and Aldebaran anda akan dapat petunjuk arah timur dan barat. Penulis pernah mendengar kisah Three Kings ini, tapi tidak mempunyai maklumat yang sahih - dapat pun dari cerita filem tah apa tah... kononnya lokasinya pada bulan dan tarikh tertentu sama kedudukannya dengan lokasi 3 piramid terbesar di Mesir. Nama pun cerita fiksyen - Transformers (tak ingat yang mana satu).

Three Kings juga boleh dijadikan panduan kasar menunjukan arah kiblat. Tapi kena TUNGGU waktu subuh baru boleh pakai ya sebab bumi berputar dan kedudukan buruj ni tunjuk arah lain pada masa lain, tah ke mana korang tala nanti...

Kalau kalian mengikuti kisah Harry Potter, Sirius Black adalah ayah angkat Harry. Dan dalam filem itu dikisahkan bahawa Sirius boleh menjelma sebagai seekor anjing. Bintang Sirius juga sebenarnya dikenali sebagai "Bintang Anjing".

Aldebaran pula adalah bintang dalam buruj Taurus (Lembu).

Jadi the big picture....untuk senang anda ingat - seorang pemanah, dibelakang pemanah adalah anjingnya dan sang pemanah sedang membidik panahnya tepat ke badan Lembu.

Utara dan Selatan? haaa senang aje. Petunjuk arah selatan adalah Bintang Rigel (Rijl - bahasa arab).
Riljun adalah perkataan bahasa arab untuk kaki. Kaki kiri buruj Pemanah adalah Bintang Rigel. Kaki sebelah kanan dinamakan Saiph (pedang dalam bahasa arab). Macam mana bintang tu dapat gelaran pedang, penulis tak tahu!

Arah utara pula petunjuknya adalah Bintang Betelgeuse (cara sebutannya : "beteljuice").

Dalam buruj Orion ni ada bintang Bellatrix.... kisah Harry Potter lagi!... dah malas nak cerita. I bet the writer takde idea nak bagi nama apa pada character jahat ni so dapat ilham dari nama-nama bintang ajelah.

Tahun lepas, penulis berkesempatan menziarah museum yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi. Antara fakta yang diketengahkan adalah lokasi dan saiz bintang-bintang utama - yang penulis masih ingat, bintang Rigel dan Sirius. Menurut ahli falak, saiz kedua-dua bintang ini besarnya ratusan kali ganda berbanding dengan saiz matahari sistem solar kita. Subhanallah!!!

Bila memandang buruj pemanah ini, teringat perbualan penulis dengan arwah isteri... penulis mencintai surah AlBuruj dan mengamalkan pembacaannya dalam solat berjemaah bersama ahli keluarga. Arwah isteri pernah memberikan komen, dia merasa sedih, sayu - teringat kepada arwah Abang Majid tiap kali penulis mengakhiri pembacaan surah ini.

Alhamdulillah, yang penting sekali, trip kami ke Cameron Highlands ini berjaya merapatkan ikatan kekeluargaan penulis dengan  anak-anak.
Semoga maklumat yang dikongsikan ini memberikan manfaat kepada anda.

No comments: