Popular Posts

Thursday, March 09, 2017

Memaafkan tetapi tidak melupakan

Note to self: Artikel di bawah ini di perolehi sebagai ahli Group UZAR. Pandangan UZAR selari dengan apa yang penulis pelajari - malang bagi manusia yang tidak menjadikan kesilapan masa lalu sebagai panduan masa hadapan. Lebih malang apabila menyalahkan takdir di atas kesilapan diri sendiri akibat ditipu oleh orang lain. Takdir itu tidak akan berlaku sekiranya kita mengambil iktibar di atas perkara lepas. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda “orang yang beriman tidak akan kena sengat dua kali pada satu liang".

************
Ada yang bertanya, apa pendapat jika kita mampu memaafkan kesalahan seseorang tetapi kita tidak melupakannya.?

Jawabnya

Terdapat beberapa situasi :-

1. Jika yang bersalah MEMINTA maaf dan bersungguh pula, maka yang sepatutnya adalah memaafkan dan turut MELUPAKAN KESALAHAN itu kerana mohonan maafnya dan bersungguh kesal adalah seperti sebuah taubat. Disebut dalam hadis yang sebahagiannya menyebut:-
والتوبةُ تَجُبُّ ما قبلَها
Ertinya: Taubat itu menghapuskan apa yang sebelumnya. (Riwayat Ahmad - sahih menurut As-Syawkani)

2. Jika yang bersalah TIDAK meminta maaf atau tidak bersungguh memohonnya, cuma maaf itu DATANG SENDIRINYA dari mangsa, maka  ketika itu, kemaafan yang diberi adalah sifat yang mulia berdasarkan sifat mukmin yang disebut oleh Allah swt
لَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاء وَالضَّرَّاء وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَللّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Ertinya : orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Al-Imran : 134)

NAMUN dibolehkan untuk MASIH INGATI kesalahannya sekadar sebagai peringatan buat diri dan ambil sikap berhati-hati & ingati kesalahan yang dilakukan apabila berurusan dengannya kelak kerana orang Mukmin tidak wajar terjerumus di dalam lubang yang sama sebanyak dua kali sebagaimana di sebut di dalam hadis nabawi.

3. Jika dalam konteks kerjaya, khususnya yang melibatkan dana awam. Kesalahan seseorang yang lalu terhadap mangsa sama ada telah meminta maaf atau belum, BOLEH diambil kira & diingati semula oleh seseorang yang berhasrat mengambilnya sebagai pekerja. Itu dikira proses yang sihat dalam memastikan dana awam atau amanah kerjaya yang ingin diberi adalah dalam kategori  berisiko rendah. wallahu 'alam.

Dr Zaharuddin Abd Rahman