Friday, August 26, 2016

Nak lari penalti duti setem, dapat bala



Inilah dia trik yg orang selalu buat. Bila nak matikan setem perjanjian yag telah ditandatangani, anjak tarikh ke depan, kononnya boleh elak bayaran penalti setem dokumen lambat. Berbaloi ke? Moh kita tengok....
Akta Setem 1949 menyatakan bahawa suratcara (kecuali bagi suratcara yang dikecualikan daripada disetem - yang ni pun tertakluk kepada wujudnya perintah pengecualian ya) perlulah dimatikan setem dalam tempoh tertentu i.e. 30 hari dari tarikh perjanjian. Kalau terlewat tarikh, kenalah bayar penalti. Tak rugi mana bayar penalti tu... dapat pada kerajaan untuk buat kemudahan untuk rakyat juga!

Masalahnya dalam kes anjak tarikh ni, orang terlupa, sesuatu perjanjian ini melibatkan perkhidmatan yang ditawarkan seseorang atau sebuah syarikat, sebarang perubahan kepada tarikh perjanjian perlulah mendapat persetujuan pihak-pihak dalam perjanjian ini kerana ianya mungkin menyebabkan komplikasi dikemudian hari sekiranya wujud pertikaian yang perlu dibawa ke mahkamah.

Kalau dokumen tak bersetem, tak bererti ianya tak sah ye, cuma takleh digunapakai dalam mahkamah sebagai bukti. Nak kemukakan sebagai bukti, boleh, bayar ajelah penalti dan duti setem yang kena bayar tu....

Contoh:

A menandatangani perjanjian perkhidmatan pada 1/1/2001 dengan Syarikat B. Oleh kerana masalah teknikal dipihak Syarikat B, perjanjian diletakkan tarikh 1/7/2001 dan Syarikat B selesai memberikan perkhimatan dan menuntut pembayaran 100% kerja yang dilaksanakan.  A gagal membayar wang perkhidmatan dan Syarikat B membuat tuntutan mahkamah.
Pada tarikh perbicaraan, wakil A berhujah bahawa A tidak ada menandatangani apa-apa perjanjian dengan Syarikat B dan tidak mahu membayar sebarang tuntutan dengan pelbagai alasan, antara lain:
- A tu CEO, dia tiada di Malaysia untuk menandatangani apa jua suratcara pada 1/7/2001; atau
- A sebenarnya telahpun meninggal dunia pada 1/5/2001!

Persoalan di Mahkamah:
- siapakah yang menandatangani perjanjian pada 1/7/2001?
- sudikah anda yang memandai-mandai menukar tarikh dipanggil menjadi saksi perbicaraan di Mahkamah?
- apakah tindakan menukar tarikh perjanjian adil, wajar, beretika dan patut dibuat?
- apakah perjanjian yang ditandatangani itu diragui statusnya dan seterusnya tertolak sebagai bahan bukti?

So apa macam? Kome nak buat lagi ke kerja gila ni..... 

No comments: