Popular Posts

Friday, August 26, 2016

Nak lari penalti duti setem, dapat bala



Inilah dia trik yg orang selalu buat. Bila nak matikan setem perjanjian yag telah ditandatangani, anjak tarikh ke depan, kononnya boleh elak bayaran penalti setem dokumen lambat. Berbaloi ke? Moh kita tengok....
Akta Setem 1949 menyatakan bahawa suratcara (kecuali bagi suratcara yang dikecualikan daripada disetem - yang ni pun tertakluk kepada wujudnya perintah pengecualian ya) perlulah dimatikan setem dalam tempoh tertentu i.e. 30 hari dari tarikh perjanjian. Kalau terlewat tarikh, kenalah bayar penalti. Tak rugi mana bayar penalti tu... dapat pada kerajaan untuk buat kemudahan untuk rakyat juga!

Masalahnya dalam kes anjak tarikh ni, orang terlupa, sesuatu perjanjian ini melibatkan perkhidmatan yang ditawarkan seseorang atau sebuah syarikat, sebarang perubahan kepada tarikh perjanjian perlulah mendapat persetujuan pihak-pihak dalam perjanjian ini kerana ianya mungkin menyebabkan komplikasi dikemudian hari sekiranya wujud pertikaian yang perlu dibawa ke mahkamah.

Kalau dokumen tak bersetem, tak bererti ianya tak sah ye, cuma takleh digunapakai dalam mahkamah sebagai bukti. Nak kemukakan sebagai bukti, boleh, bayar ajelah penalti dan duti setem yang kena bayar tu....

Contoh:

A menandatangani perjanjian perkhidmatan pada 1/1/2001 dengan Syarikat B. Oleh kerana masalah teknikal dipihak Syarikat B, perjanjian diletakkan tarikh 1/7/2001 dan Syarikat B selesai memberikan perkhimatan dan menuntut pembayaran 100% kerja yang dilaksanakan.  A gagal membayar wang perkhidmatan dan Syarikat B membuat tuntutan mahkamah.
Pada tarikh perbicaraan, wakil A berhujah bahawa A tidak ada menandatangani apa-apa perjanjian dengan Syarikat B dan tidak mahu membayar sebarang tuntutan dengan pelbagai alasan, antara lain:
- A tu CEO, dia tiada di Malaysia untuk menandatangani apa jua suratcara pada 1/7/2001; atau
- A sebenarnya telahpun meninggal dunia pada 1/5/2001!

Persoalan di Mahkamah:
- siapakah yang menandatangani perjanjian pada 1/7/2001?
- sudikah anda yang memandai-mandai menukar tarikh dipanggil menjadi saksi perbicaraan di Mahkamah?
- apakah tindakan menukar tarikh perjanjian adil, wajar, beretika dan patut dibuat?
- apakah perjanjian yang ditandatangani itu diragui statusnya dan seterusnya tertolak sebagai bahan bukti?

So apa macam? Kome nak buat lagi ke kerja gila ni..... 

Tuesday, August 23, 2016

Draf Surat Kemalangan



Draf Surat Perihal Kemalangan     

Terima kasih di atas usaha tuan Nangka Al-Debab dan kuncu-kuncu laksanakan sebagai penaung persatuan lanun setempat membuat pungutan derma kilat secara ihsan penduduk setempat yang prihatin kepada anak saya yang menjadi mangsa kemalangan didalam kawasan taman perumahan  Kg Lipas Laut pada [                          ].

Fikiran dan emosi saya ketika ini sebagai seorang ibu amat terganggu dan hiba melihat anak yang mengerang menahan kesakitan dan memikirkan masa depannya yang ketinggalan pelajaran kerana tidak dapat menghadiri sekolah seperti anak-anak orang lain dan dinasihati agar bercuti selama [………] bulan lamanya. Sekalipun anak saya kelak dibenarkan ke sekolah, saya sendiri yang terpaksa mengorbankan masa untuk keluar dari tempat kerja untuk urusan menghantar dan menjemputnya ke sekolah kerana keadaannya yang tidak dapat menaiki bas, dan tidak dapat menggunakan kerusi roda kerana kesukaran naik-turun tangga di sekolah.

Anak saya amat meminati bidang sukan dan ko-kurrikulum dan kecederaan yang dialaminya menjejaskan masa depannya bergerak cergas dalam bidang yang dia minati. Doktor yang merawat tidak dapat memberikan sebarang jaminan setelah anak saya sembuh, beliau dapat kembali pulih seperti sediakala. Pihak hospital juga tidak dapat menolak kemungkinan komplikasi dimasa hadapan atau keadaan pesakit terpaksa bergantung kepada ubat dan rawatan susulan dari masa ke semasa sepanjang hayatnya.

Buat masa ini kakinya kirinya (yang mengalami kecederaan berat, patah kedua-dua tulang) telah disimen dan diberikan ubat penahan sakit dari masa ke semasa. Terdapat kesan bengkak di bahagian wajah dan juga lengannya akibat kemalangan tersebut. Pergerakannya yang terhad memaksa kami memakaikannya dengan lampin dewasa pakai-buang kerana dia tidak berdaya bangun untuk ke tandas sendiri. Anak saya masih mengalami trauma akibat kemalangan dan saya amat bimbang sekiranya beliau akan mengalami kemurungan berpanjangan dan hidup menyisihkan diri.

Saya sendiri terpaksa mengambil cuti untuk menguruskan keadaan anak saya yang tidak dapat bangun kerana suami bertugas di Lembah Kelang. Suami yang bertugas di Hollywod juga terpaksa pulang ke untuk mengetahui perkembangan keadaan kecederaan dan rawatan seterusnya. Nampaknya kami tiada pilihan lain selain dari menggaji orang untuk menjaga beliau sepeninggalan saya pergi bertugas.
Saya berharap tuan memahami keadaan dan kesulitan yang kami alami. Untuk rekod tuan, saya dinasihati untuk tidak bertemu dengan tuan kerana tuan terbabit secara langsung dalam kes ini sebagai pihak yang melanggar anak saya. Saya juga dinasihati pertemuan yang tuan anjurkan boleh memprejudis dan menjejaskan kes yang masih lagi dalam siasatan polis. Tambahan pula adalah masih pra-matang untuk menerima apa-apa penyelesaian.

Segala urusan tuntutan insuran dan perundangan saya serahkan sepenuhnya kepada pihak polis berdasarkan kepada laporan yang dibuat serta juga melalui bantuan saksi-saksi kejadian untuk menentusahkan pihak yang sebenarnya cuai dalam kes kemalangan ini. Tindakan susulan seterusnya akan dibuat melalui tuntutan guaman sivil termasuk kos penderitaan kesakitan yang dialami, pembelian alat bantuan sokongan, peralatan pakai-buang, kos rawatan penuh anak saya, trauma gangguan mental yang dialami yang kesemua kosnya ditanggung sepenuhnya oleh pihak tuan.
Sekian terima kasih.

Banyak orang mengetam pulut,
Saya seorang mengetam padi;
Ramai orang karam di laut,
Saya seorang karam di hati.

Ramai budak pergi menimba,
Dapat banyak si ikan keli;
Karam di laut dapat ditimba,
Karam di hati susah sekali.

Anai-anai di tanah rekah,
Mari dikais menimba hari;
Masa suka ramai berdekah,
Waktu menangis seorang diri.
S.K. Tetuan Sulaiman Akhlaken, Peguambela Peguamcara

Tuesday, August 09, 2016

Antara ingatan dan tangisan

Peristiwa yang berlaku itu akan tetap berada dalam ingatan ini walau dibuang jauh-jauh. Oleh kerana salah faham, pergaduhan besar-besaran hampir sahaja berlaku. Untung saja penulis membuat screen capture ini, yang jelas menunjukkan bahawa aturcara melaksanakan rukyah untuk arwah isteri sebenarnya telah dibatalkan, namun apabila arwah isteri ternampak Pak Ustaz datang menziarahnya, terus sahaja dia (sipesakit) meminta untuk dirukyahkan. Tambahan pula rukyah yang dilaksanakan sebelum ini amat banyak memberikan kelegaan kepada kesakitan yang dideritai dan ditanggungnya.
 
Fahamilah kesakitan yang ditanggung oleh pesakit kanser. Apakah anda benar menyayanginya?

Patutkah ziarah dibuat pada waktu malam, waktu rehat pesakit? Sedangkan siang yang panjang disia-siakan dengan berjalan round KLCC, berjalan-jalan keliling KL menaiki LRT.

Sedarilah pesakit kanser tahap 4 tidak mempunyai daya tahan/rintangan penyakit akibat rawatan chemo yang dilaluinya. Semua ini penulis pendam dalam hati selama ini. Terima kasih kepada penziarah yang memahami keadaan pesakit yang datang menziarah dan menghiburkan pesakit pada hari sambutan ulangtahunnya (yang terakhir) menurut jadual dan tidak mengganggu rehat pesakit. Thanks a lot to rakan-rakan semua... izinkanlah nama-nama kalian diabadikan disini:

Cikgu Indriaty (kak In) yang datang semasa pesakit sedang tidur dan tidak mengejutkannya. Musliliwati Mustafa, Hazlini Sis Muz dan sekumpulan rakan arwah gang UUM.. maaf penulis tak ingat nama penuh kalian...Yunita Ayub (yang datang dari jaun menaiki pesawat), Has,Halizaton, Tn Haji Puzi Ahamad dan rakan-rakan setugas arwah di Mesiniaga yang membelikan kek ulangtahunnya dan ramai lagi.... yang memahami keadaan kami. Semoga Allah merahmati kamu sekalian. Sehingga ke hari ini, hanya kiriman DOA sahaja yang penulis panjatkan agar kehidupan kalian diberkati, dosa tuan-puan diampuni dan senantiasa dirahmati. Amiin.