Popular Posts

Wednesday, March 23, 2016

Hatiku cermin diriku

Hatiku cermin diriku
Kadangkala cermin itu - sejernih air di kali
Sejuk segar dan menyegarkan
para pendengar dan pembaca
yang sudi menerima siraman budi
Nukilan jurus kata yang sangat bererti
Khas untuk diri yang mahu menghargai

Acapkali juga cermin itu kabur berdebu
Gelap dan suram dek gerhana dalam diri
Terdapat titik-titik noda di permukaannya
Ada retak dan juga calarnya
Perlu digilap sekurang kurangnya
5 kali dalam sehari
Ya aku sedari - Usianya dinihari
Pembersihan perlu giat dilipatgandakan lagi

Hatiku cermin diriku
Kadangkala riang ria tertawa gembira
 - bangga diri
Selalu juga disinggahi
galau hiba rindu dan sepi
Menanti hadirnya cinta kasih
sebuah kejujuran,
telus dan tulus seikhlas hati.
Mensyukuri cinta yang pergi, tidak kembali
setia menyahut panggilan Illahi.

Bicara doa menyusun kata
Mohon pada Sang Maha Pengasih
Lebih kasih dari lelaki berhati kasih
Tetapkanlah, dan perkasakanlah
iman di hati insan yang lemah ini.

Cermin ini perlu digilap senantiasa
agar kesaktiannya tidak pudar.

Ku hadiahkan cermin sakti ini
kepada sesiapa jua insan yang sudi
Ya. Gratis* sahaja - percuma, tiada tanda harga
Juga bebas GST.

Apakah ianya akan dipertahankan,
dibelai dan dimanja?
Atau akan hanya pecah berderai
tiada berguna, hilang dan pudar
dari lipatan sejarah?

Ah....persetankan itu semua!
Aku sudah tidak ambil peduli.
Semoga cermin sakti ini
dapat mencurah bakti
sepanjang hayatnya
kepada pemilik barunya.

Apakah anda orangnya yang ku nanti-nanti?
Terkesima menunggu jawapan pasti...
debaran hatiku semakin meninggi.
Maka sabarlah diri wahai Sang Penanti.

Zaws @ 23 Mac 2016 2.11am

Nota: *Gratis /ˈɡrɑːtᵻs/ or /ˈɡreɪtᵻs/ is the quality of an action where the action is willingly provided without any requirement by the provider for compensation or monetary remuneration. It is often referred to in English as free of charge (FOC), complimentary, or on the house.

No comments: