Popular Posts

Monday, February 22, 2016

Berikan manfaat dan teruskanlah memberi


Benih yang baik itu jika dicampakkan ke laut menjadi pulau, tempat berlindung haiwan dan burung waima segala makhluk ciptaan Allah, tempat kapal dagang berlabuh mencari ketenangan dari kekalutan pukulan angin ribut yang datang.

Jika benih itu jatuh ke darat, nescaya jadilah ia gunung yang besar, pasak bumi yang amat kukuh  gagah ia merintangi deruan angin taufan kencang yang datang dan sebagai penghadang gegaran gempabumi.

Jika terlontar jauh walau sampai ke angkasa sekalipun, tetaplah ia menjadi bintang bersinar terang, setia dan ikhlas, memberikan pedoman tunjuk arah tujuan kepada musafir ditengah kelikatan gelap malam, walaupun hanya dari kejauhan kiraan jutaan tahun cahaya jaraknya.

Jika ianya jatuh ke tanah yang subur, tumbuhlah sebagai pohon rendang yang berbuah, sekecil dan selemah mana pun, akan tetap memberikan manfaat kepada makhluk yang menumpang kehidupan dan kasih di sekelilingnya.

Sesungguhnya inilah intipati hadith Nabi Muhammad S.A.W. yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani.

Maka tanggungjawab kita adalah untuk menjadi benih yang baik itu. Rebutlah peluang selagi masih mempunyai kesempatan masa - selagi nyawa dikandung badan. Tingkatkan potensi kita agar dewasa nanti, walau apapun kerjaya kita, apapun juga yang terjadi, masih berupaya memberikan sepenuh manfaat dan khidmat kepada makhluk sekeliling kita. Itulah sebenarnya amal jariah yang sangat berkesan, memberikan banyak manfaat dan amat terpuji disisi Allah. Biarlah orang tak nampak, tersembunyi dan tidak diketahui orang sekalipun. Bukan orang-orang ini yang akan menghisab amalan kita kelak.

Sila klik link ini untuk mengetahui cara menjana modal melalui derma

Tuesday, February 16, 2016

New vocabulary : fait accompli

fait ac·com·pli
noun: fait accompli; plural noun: faits accomplis
 
a thing that has already happened or been decided before those affected hear about it, leaving them with no option but to accept. An accomplished fact; an action which is completed before those affected by it are in a position to query or reverse it. Something that has already ​happened or been done and cannot be ​changed.

Origin : French phrase which literally means "an accomplished deed". Nearest English equivalent is a "done deal".

Wednesday, February 10, 2016

Belajar dari pemerhatian

  1. Orang yang tidak tahu menghargai sesuatu, biarpun diberi gunung emas pun tidak akan dapat
    merasakan kebahagiaan.
  2. Orang yang tidak tahu erti toleransi, seberapa banyak teman pun dia miliki, akhirnya semua akan meninggalkannya.
  3. Orang yang tidak tahu bersyukur, seberapa pintar pun, tidak akan berjaya.
  4. Orang yang tidak dapat bertindak dengan jelas, seberapa cerdas pun akalnya tidak akan tercapai cita-citanya.
  5. Orang yang tidak boleh bekerjasama dengan orang lain, seberapa giat dan rajin bekerja pun tidak akan mendapatkan hasil yang maksimum.
  6. Orang yang tidak boleh menabung, meskipun mendapatkan rezeki, tidak akan mungkin menjadi kaya.
  7. Orang yang tidak pernah merasa puas, seberapa kaya pun tidak akan hidup bahagia dengan kecukupan.
  8. Orang yang tidak menghargai nikmat kesihatan,  tidak mungkin dia berusia panjang.
  9. Orang yang hidup mewah dengan bermalas-malasan, sampai kiamat pun akan tetap kekal begitu keadaannya, tetap menyalahkan keadaan nasibnya tanpa berusaha. Kalau dia berusaha sekalipun, hasilnya seperti melepaskan batok ditangga.
  10. Janganlah sibuk mencari kesalahan orang, sedangkan aib diri sendiri tak dapat ditutup.

Thursday, February 04, 2016

Hidup untuk memberi


Beberapa hari yang lalu, dalam pertemuan semula dengan sahabat lama, Tn Hj Naim Shauqy yang juga tinggal di Shah Alam, penulis telah diperkenalkan dengan suatu sistem berasaskan derma/sedekah yang pada hemat penulis amat telus dan tidak meragukan statusnya. Tak ada cara orang boleh "game" sistem itu. Modal permulaan yang amat rendah dan yang paling bagus sekali... kita perlu betulkan niat kita, memberi sedekah dengan ikhlas dan Insya Allah, sedekah yang kita berikan akan kembali kepada kita.

Sebenarnya agak lama juga penulis tidak bersua muka dengan sahabat lama ini. Kali terakhir semasa mengerjakan fardhu haji dulu.... Wah! Sudah 5 tahun lamanya kami tak berjumpa dan selama ini cuma berbual melalui FB. Harap-harap sahabatku Hj Naimlah yang akan mengiringi grup keluarga kami mengerjakan umrah dalam masa terdekat ini.

Kenapa penulis mengatakan ianya telus dan tidak meragukan? Penulis melihat dari sisi penerima derma, no akaun bank dan jumlah yang diperlukan untuk kita sumbangkan kepada individu tersebut menurut level kita dapat diketahui dengan jelas. Pra penyumbang tak boleh mendaftar lebih dari sekali. Kalau nak kata ini sistem cepat kaya tidak juga sebab ianya lebih kepada perkongsian untuk bantu membantu, melainkan sekiranya sistem ini "down" tiba-tiba. Itu pun masih tak kuat untuk menyatakan bahawa terdapat elemen gharar yang membimbangkan. Yang penting sekali, pastikan wang yang kita dermakan (pasang niat ikhlas untuk membantu) bersumberkan rezeki titik peluh sendiri yang halal. 

Penulis masih lagi berada di Level 1. Tak sampai 24 jam mendaftar, penulis telah pun balik modal semula dan sekarang masuk Level 2. Kalau ada rezeki lebih dari program ini bolehlah digunakan kalau nak infak kepada mana-mana tempat yang lebih memerlukan. Pada penulis amat bagus sekali program ini. Bayangkan kalau dahulu semasa penulis menjadi peguam, hampir tiap-tiap hari penulis menyediakan saman dan penyataan tuntutan menuntut hutang. Ada juga defendan yang penulis bankrapkan. Tak kurang juga syarikat yang terpaksa digulung kerana salah urus modal kerja. Namun hakikatnya tiada satu pun diantara mereka ini yang penulis dapat sebenar-benarnya bantu untuk sekurang-kurangnya mengurangkan masalah kewangan yang mereka hadapi. Apalagi nak menghulurkan sedikit wang untuk tolong... sekadar tolong tengok dan dapatkan penghakiman bertulis sahaja dimahkamah! Rasa malu pun ada bila penulis mengenangkan ini semua. Ahhh.... akukan hanya menjalankan tugas sahaja sebagai peguam, kata hatiku cuba memujuk jiwa yang lara.

Bayangkan bank semua nak lelong harta defendan, defendan nak pinjam wang untuk membayar hutang, mungkin nama dia dah dimasukkan ke dalam senarai hitam peminjam atau dah dihukum bankrap! Atau anda mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan dizaman ekonomi yang tidak menentu ini, terpaksa... sebab mahukan rezeki yang halal untuk menyara anak isteri.... tapi anda bermasalah sebab tiada orang yang mahu memberikan modal. Maka kalau ada kemahiran bagus pun, tanpa modal kita tetap tak dapat mengorak langkah untuk memulakan perniagaan yang ingin diceburi.

Jadi sekarang, kalau kita istiqamah menderma, Insya Allah orang lain akan bersama-sama menolong kita juga. Dalam jangkamasa panjang, kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada spesis peminjam wang tak berdaftar/haram/along yang mengenakan caj bunga yang tinggi!

Jangan anda salah tafsir ya! Ini bukannya skim cepat kaya. Dan kes 2.6 billion yang heboh tu tak diperolehi menggunakan cara ini. Yang salah tu kalau rasuah, kalau menderma takpe (pun is intended here... hahahaha).Siapa yang berusaha dan banyak menderma, Insya Allah banyak juga yang akan anda terima. Menarik hati anda untuk mencuba.... kan? Cuma pastikan niat anda ikhlas.

Sebagai seorang duda yang baru sahaja kematian isteri, setiap perbelanjaan diperhatikan dan diperhalusi. Anak-anak menjadi keutamaan saya, amanah dari arwah isteri untuk mendidik anak-anak yang kini berstatus yatim ini dengan sebaik-baiknya. Apa jua bantuan dan usaha yang boleh membantu saya untuk mencapai objektif ini amat dialu-alukan.

Sekiranya ada pertanyaan, anda boleh ketik link di atas untuk mendapatkan penerangan lanjut.
#‎charityid‬

Sehingga ke hari ini penulis merasa hairan kerana ada ramai umat manusia yang hanya mahu berpeluk tubuh mengharapkan rezeki turun sendiri dari langit tanpa berusaha! Anda bagaimana?