Popular Posts

Friday, January 22, 2016

Being alone and confused

Ok Fineee!

High level of tolerance

Emosi yang baik

D'greatest husband in the world

Thank you so much!

Jujur berkata, bersatulah nyawa..


Wow.... didn't realise that I had so much vocabulary to condense....



Friday, January 15, 2016

Menilai keberkesanan melalui warna lebam selepas berbekam

Kesan lebam pada kulit selepas berbekam.

Tekanan tarikan vakum oleh pam bekam bertindak menarik kotoran darah bertakung yang mengandungi toksin ke permukaan kulit supaya peredaran darah boleh kembali normal kepada kawasan organ tubuh yang terjejas. Ini membuka ruang untuk oksigen, sel-sel dan nutrien hidup untuk beredar dikawasan yang bermasalah untuk pemulihan yang lebih cepat dimana sumbatan peredaran darah telah dialirkan dari lapisan-lapisan tisu yang terletak lebih dalam kepada permukaan kulit.

Kesan warna di permukaan kulit ini biasanya disalah tafsir sebagai kerosakan kepada kulit dan bukan hasil tarikan darah kotor/toksin ke permukaan kulit. Nampaknya seolah-olah pesakit yang mendapat rawatan bekam telah didera dengan begitu teruk sekali oleh tukang bekam! Tanpa pemahaman yang mencukupi, sesetengah orang akan terkesima/merasa takit apabila melihat kesan yang ditinggalkan.

Pada hakikatnya warna dan corak daripada kesan berbekam bergantung kepada tahap sumbatan peredaran darah di kawasan itu dari warna merah yang cerah ke warna ungu gelap. Ada kalanya bekas bekam tidak hilang sehingga seminggu lamanya dan kadang-kadang jangkamasa yang lebih lama diperlukan jika orang itu mengalami sakit kronok atau tidak menjalani kehidupan yang aktif.  Jika orang yang menerima rawatan selalu berpeluh setiap hari - berkemungkinan tiada sebarang tanda/bekas berlaku kerana pengeluaran peluh adalah sebahagian dari sistem tubuh badan mengeluarkan bahan buangan bertoksik.

Setelah berterusan melakukan bekam, pesakit akan mendapati kesan rawatan susulan bekam akan beransur-ansur menjadi lebih ringan dan tidak seteruk kali pertama menjalankan bekam. Berdasarkan pengalaman peribadi penulis, sekiranya pesakit ada gangguan penyakit kulit, keadaan sakit kulit yang dialami pesakit akan semakin lama semakin membaik kesan daripada pembuangan darah kotor/toksin dari kawasan terbabit melalui proses bekam.

Monday, January 11, 2016

Musnah sukma pembuat nista

Kering air mata akibat kata
Musnah sukma pembuat nista
Jujur bahasa bersatu nyawa
Hati sentosa bahagia bersama

Denai berliku jenjang meninggi
Panas mentari mendingin hati
Menyulam mimpi laksana sakti
Malam membara munculnya sang putri

Muafakat dicari mulut terkunci
Jemari menari didinihari
Memanjat syukur Yang Maha Tinggi
Muncul kini sang pengganti!

Jujur dan ikhlas mematri hati
Terpana kalbu menyerah diri
Menunggu hukuman bakal diberi
Terkesima hati menyerlahkan mimpi

Ayam berkokok mengasah taji
Terkejut hamba ditengah hari
Berkelip mata sesal dihati
Bukan realiti, sekadar bermimpi

Apakah daya hamba yang alpa
Putri Duyong kini tiada
Hendak dijala tiada terdaya
Disambar buaya Pekan diRaja!

Zaws @ Riverview Pekan,
Pahang Darul Makmur
09 Januari 2016

Friday, January 08, 2016

Tolong-menolong

"Sesiapa yang memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan, maka Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan di Akhirat, dan Allah sentiasa menolong seorang hamba selama mana hamba itu sentiasa menolong saudaranya".
[Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari & Muslim]

Huraian hadis:

Sesungguhnya Allah SWT sangat suka melihat hambaNya saling tolong menolong sesama mereka. Tetapi setiap manusia diciptakan Allah SWT dengan hati dan perwatakan yang berbeza sebagai ujian kepada diri masing-masing. Bantulah sesama manusia dengan penuh keikhlasan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
[Ringkasan Riyadhus Shalihin Imam An-Nawawi]

Thursday, January 07, 2016

I want to hold your hands forever

An American man walked into a restaurant in London. As soon as he entered, he noticed an African man sitting in the corner. So he walked over to the counter, removed his wallet and shouted, "Waiter! I am buying food for everyone in this restaurant, except that black African guy over there!"
So the waiter collected the money from the man and began serving free food to everyone in the restaurant, except the African.

However, instead of becoming upset, the African simply looked up at the American and shouted, "Thank you!" That infuriated the man. 

So once again, the American took out his wallet and shouted, "Waiter! This time I am buying bottles of wine and additional food for everyone in this bar, except for that African sitting in the corner over there!" So the waiter collected the money from the man and began serving free food and wine to everyone in the bar except the African.

When the waiter finished serving the food and drinks, once again, instead of becoming angry, the African simply smiled at the American man and shouted, "Thank you!"
 
That made the American man furious. So he leaned over on the counter and said to the waiter, "What is wrong with that African man? I have bought food and drinks for everyone in this bar except him, but instead of becoming angry, he just sits there and smiles at me and shouts 'Thank you.' Is he mad???"
 
The waiter smiled at the American and said, "No, he is not mad. He is the owner of this restaurant.
 
 May your enemies work unknowingly in your favour.
πŸ’¬ Stay away from Anger..It hurts ..Only You!
πŸ’¬ If you are right then there is no need to get angry,
πŸ’¬ And if you are wrong then you don't have any right to get angry.
πŸ’¬ Patience with family is love,
πŸ’¬ Patience with others is respect.
πŸ’¬ Patience with self is confidence and Patience with GOD is faith.
πŸ’¬ Never Think Hard about thePAST, It brings Tears...
πŸ’¬ Don't think more about the FUTURE, It brings Fear...
πŸ’¬ Live this Moment with a Smile,It brings Cheer.
πŸ’¬Every test in our life makes us bitter or better,
πŸ’¬ Every problem comes to make us or break us,
πŸ’¬ The choice is ours whether we become victims or victorious.
πŸ’¬ Beautiful things are not always good but good things are always beautiful
πŸ’¬ Do you know why God created gaps between fingers?
πŸ’¬ So that someone who is special to you comes and fills those gaps by holding your hand forever.
πŸ’¬ Happiness keeps You Sweet..But being sweet brings happiness.

Tuesday, January 05, 2016

To do : Presentation at a Business Forum



Penulis memulakan lembaran baru dengan tugas menyiapkan presentation slides untuk satu wacana intellektual bertaraf antarabangsa. Tiap tahun macam inilah kerja penulis... kalau tak siap bersedia, naya nanti... sebab soalan yang akan dikemukakan kebanyakannya power-power. Tak ada pilihan selain dari banyak membuat kajian dan memikirkan cara yang berkesan untuk menyampaikan maklumat yang diperolehi. Ok here it is, untuk projek suku pertama tahun ini. 

Masalahnya slides tahun-tahun dulu yang penulis sediakan payah nak recycle kembali.... kalau cerita dan contoh yang diberikan sama aje, takut para pendengar boring. Harta Intelek bukannya mudah nak diterangkan kalau yang datang tidak mempunyai asas pengetahuan yang betul.

Positioning IP as a strategic Business Enabler: Devising the right IP Approach

  1. Understanding and implementing IP audit best practices as a foundation for business grow
  2. Communicating the worth of IP to the rest of the business – how to sell your valuable IP
  3. Encouraging collaboration across functions (legal, sales, technical and marketing) for a proactive stance to drive IP Commercialization