Monday, October 12, 2015

Adat basandi Syarak, Syarak basandi Kitabullah

Urang minang sering menegaskan dengan bangganya - Adat basandi Syarak, Syarak basandi Kitabullah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Orang mukmin yang sempurna imannya ialah yang terbaik budi pekertinya dan terlebih lemah lembut terhadap isterinya. Isteri bertanggungjawab mematuhi suaminya selagi mana ianya tidak bertentangan dengan hukum Syarak. Berbuat sebaliknya adalah derhaka kepada suami (Nusyuz). Adakah mana-mana pihak telah dizalimi, adakah sistem penjagaan bergilir yang dicadangkan itu bertentangan dengan hukum Syarak?

Tiada orang yang sempurna, maka carilah yang terbaik yang ada. Suami yang baik pasti mahukan yang terbaik untuk isteri yang dikasihinya. Sanggup berkorban apa saja, masa, tenaga, waima kesihatan diri sendiri untuk memastikan isterinya mendapat keselesaan dan tempat penjagaan yang tenang, selesa, aman dan tenteram. Untuk mengorbankan kerjaya pula bererti mengorbankan kehidupan dan masa depan anak-anak.

Kita tidak tergamak untuk memisahkan kasih ibu dengan anak, adik dengan kakak, tetapi sanggupkah anda memperjudikan atau seolah-olah mahu berusaha sedaya upaya memisahkan kasih sayang suami yang cuma mahukan isteri taat kepadanya dalam usaha mendapatkan penjagaan dan rawatan?

Anda tergamak:
- memberikan saranan agar isteri menurut cakap anda menentang dan menderhaka kepada suami?
- memandai-mandai mengubah aturan jadual pulang pesakit dari hospital?
- mengatur perjumpaan dengan keluarga penulis tanpa pengetahuannya.

Tidakkah pernah anda belajar agama, syurga isteri itu dengan mentaati suami selagi mana perintah suami itu tidak ke arah maksiat?

Kenapakah anda menyamakan penyakit kanser dengan sakit kepala?

Berapa ramaikah ahli anggota keluarga anda (jauh dan dekat) yang bertugas menjadi doktor yang pakar dalam rawatan kanser?

Keluarga dan kerabat anda berkampung dibilik pesakit, keluarga penulis sendiri nak masuk menziarah pun sukar, dah macam pasar sedangkan pesakit perlu berehat dengan tenang. Bacaan ayat suci AlQuran dimatikan atas alasan bising orang kampung nak berborak. Rawatan ruqyah yang kami amal dan laksanakan diperlekehkan. Namun paling malang, atas sikap mementingkan diri sendiri tiada siapa yang mempedulikan anak bongsu kami yang tinggal dirumah tidak berpeluang berminggu-minggu lamanya untuk bertemu dan bermanja dengan pesakit.

Ada banyak buku-buku dan makalah mengenai kanser dirumah penulis yang penulis kumpul bertahun-tahun lamanya. Berapa banyak buku-buku itu anda telah khatam? Atau anda tidak pernah ambil tahu atau mempedulikannya langsung?

Kenapakah anda berfikiran singkat mencabut kain batik yang ikat rentangkan diatas katil pesakit? Bila pesakit dah jatuh dan cedera kelam kabut menelefon agar dicarikan tali!


Dalam apa jua hal pun, keutamaannya adalah keselesaan pesakit jauh mengatasi keselesaan diri kita sendiri. Namun anda berkeras lokasi yang anda pilih lebih baik walaupun ada kerja-kerja renovasi, gegaran dan bunyi yang amat bising. Dan anda berterusan mendera pesakit kerana kejahilan  dan sikap sombong anda. Anda tidak menyedari kelakuan anda diperhatikan oleh para jururawat bertugas dan rakan-rakan penulis? Lalu mereka bertanya: Apakah anda tidak menyayangi pesakit akibat tindakan dan kekejaman anda? Apakah anak-anak mengetahui PENDERAAN yang anda lakukan kepada pesakit? 


Kita berterima kasih dengan sokongan dan bantuan yang kalian berikan selama ini. Kami tetap menghormati anda. Kasih kami kepada anda semua tetap tidak berkurang. Namun anda tidak lagi boleh memaksakan kemahuan anda kepada kami.


Adat tumbuh dari syarak,

Syarak tumbuh dari Kitabullah
Berdiri adat karena Syarak
Syarak mangato, adat mamakai
Tuhan basifat qadim 
Manusia basifat khilaf


Adat basandi Syarak,
Syarak basandi Kitabullah
Ke manakah Kitabullah anda telah campakkan?