Friday, May 29, 2015

Jemputan Peperiksaan RAE 2015



huhuhuhu... dah dapat jemputan untuk menduduki peperiksaan. Nampaknya den akan ke lokasi mengambil peperiksaan dengan menapak aje sebab dekat sangat dengan salt mine... jangan hujan sudah! Aduss... mesin kira (yeah, I am not good in maths), pensil, pemadam .... teringat masa zaman boss hantar belajar nak faham financial statements public listed companies sebab handle kes floatation of shares kat KLSE, mergers dan acquisitions, bonds and warrants issuance... 

*************

KEPUTUSAN PERMOHONAN UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN RADIO AMATUR (RAE) PADA 11 JUN 2015

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengucapkan terima kasih di atas permohonan yang dikemukakan dan berikut adalah keputusannya.

Keputusan Permohonan
:
LULUS
No. Indek :
1234
No. Pengenalan Diri
:
XXXXXXXXXXXX
Nama Pemohon
:
XXXXXXXXXXXXX
Pusat Peperiksaan
:
TENGAH
Tarikh/Masa Peperiksaan
:
11 Jun 2015, Jam 2:00 Petang
Tempat Peperiksaan
:
GRAND SHAH ALAM
SHAH ALAM CONVENTION CENTRE
4 JALAN PERBADANAN 14/9
40000 SHAH ALAM
SELANGOR

Bersama ini dilampirkan dokumen bertajuk 'Radio Amateur Examination (RAE) Rules' sebagai panduan dan peringatan. Sila bawa surat ini, bukti sah pengenalan diri dan alatan tulis seperti pensil 2B, pen, pemadam dan mesin kira (calculator) dihari peperiksaan.

Sila hubungi Encik Kamarool Ariff Mahzan (Tel: 03-8688 8202, emel: kamarool.ariff@cmc.gov.my) atau Puan Nadia Hazwani Yaakob (Tel: 03-8688 8164, emel: nadiahazwani.yaakob@cmc.gov.my) untuk sebarang pertanyaan atau perbetulan rekod sekiranya berlaku kesilapan ejaan atau sebagainya pada butiran di atas.

Sekian dimaklumkan dan terima kasih.

Yang benar,
ABC

Friday, May 08, 2015

Register RAE 2015


 Ya, den udah beli voucher dan terus register untuk RAE yang dijadualkan pada 11 Jun ini.  Cuma tak dapat pengesahan lagi melalui email, tak exam nak buat kat mana. Harap-harap dapat venue exam kat Shah Alam ni aje.

Ada gak ajak kengkawan ex-maahad register sama. Tah depa bersungguh revise untuk exam nanti ke tak den tak mahu komen. Alhamdullilah den dah buat beberapa exam online dan ada beberapa kali juga dapat results melebihi 85%. markah lulus cuma 50%, tapi pada hemat penulis, kita kenalah score juga, bukan setakat sekadar mahu sekeping apparatus assignment sahaja.

2 weeks ago, penulis singgah sebuah pekan kecil di Johor, Sri Medan - kebetulan ada pameran amatur radio yang diadakan di kelab amatur radio sekolah tersebut oleh ASTRA. Ada bro yang jaga pameran tu kata mudah aje nak lulus RAE. Kalau org yang berumur lebih 60 tahun pun boleh lulus in one sitting, orang lain tak kan lah takleh....

Insya Allah.... mudah-mudahan den lulus. Takde Morse Code. Cuma revise balik bab subjek fizik on frequency & kiraan V=I x R. Ampere, Ohms law, farad... some electronic stuff. Nothing to it. Probably just a walk in a park.