Popular Posts

Monday, November 23, 2015

Email Neny - Tips menghafal AlQuran (emphasis on Surah AlMulk)

Kebetulan hari ini ulangtahun kelahiran arwah mama. Tapi tema entry ini berkairan dengan kedua-dua wanita yang penulis cintai, mama dan Neny kekasih hati ku yang telah pulang ke Rahmatullah. From:Neny Bustamal To: aida_ariff71@yahoo.com, hasya167@tganu.uitm.edu.my, haslawati@yahoo.com, lizajazz@yahoo.com, yusnitaayub@yahoo.com Date: 07/13/2014 09:01 PM Subject: Kaedah Jibril -Sharing Assalamualaikum kawan2, Ni some tips dari Ustaz Asraff masa nak hafaz 1. Nak hafaz sentiasa guna Quran yang sama. Jangan tukar2 Quran sbb kita akan ada photographic memory page yg sedang kita hafaz 2. Kalau susah betul nak hafal, tulis ayat balik dgn tangan kiri. 3. Ada sparring partner nak hafaz. Challenge each other. 4. Berdoa banyak2 nak hafaz sbb kita perlukan istiqamah. Boleh baca doa yang dalam slide ni. Kalau mood merudum nak hafaz take a break and lancarkan yg dah hafal dulu. Lepas tu sambung balik. Personal experience Neny, hafaz satu atau 2 surah then concentrate ulangan sampai boleh baca fluently mcm kita baca Al-Fatihah. Baru sambung surah yang seterusnya. Mula2 hafaz mungkin masa 30 minit tu tak cukup, mungkin jadi 40 minit takpe lama-lama otak kita dah training boleh hafal lebih cepat dr setengah jam. Neny beli Quran yang ada satu juz satu juz so senang bawak ke mana-mana 1 juz yang ada surah yang Neny tengah hafaz. Paling utama hafaz surah Al Mulk ya. Ada hadis sahih Rasulullah 30 ayat yang boleh mengelakkan seksaan Qubur ialah surah Al Mulk and kalau boleh RAsulullah nak semua umat dia hafaz surah Al-Mulk. Jadi pastikan ahli keluarga kita hafaz surah Al-Mulk ni.

No comments: