Tuesday, August 04, 2015

Sessi Teh Tarik radio amatur

Ada rakan dan kenalan semasa penulis beramah mesra untuk mendapatkan signature 9M2 di Andalas, Kelang kelmarin khusus bagi tujuan permohonan lesen radio amatur bertanyakan kepada penulis - awak ada ke ringkasan Akta SPRM pasal rasuah ni?...

Ini dia, pemahaman ringkas penulis. Baca sekali lalu aje sebab walaupun bukan bidang kerja utama penulis, baru aje ari tu penulis pi kursus pasal transparency dan rasuah.  In fact dalam kursus tu Tan Sri SPRM (juga alumni ESQ) mengalu-alukan peguam luar, kalau ada yang berminat nak join SPRM, cepat hantar resume untuk dipertimbangkan. Mereka mahukan kepakaran luar untuk membantu mereka menghapuskan rasuah. Tone suara beliau jelas memberikan impressi harapan beliau dizahirkan dengan ikhlas. Tu sebab penulis baca la juga Akta tu dulu.... tapi memikirkan banyak sangat cabaran camelnya dan mengingatkan ancaman yg ayah penulis pernah hadapi dulu... tak tahu sama ada sanggup terima kerja macam tu.

Secara ringkas aje ya. .
 
Seksyen 3 Tafsiran:

“suapan” ertinya—
(a) wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
..
..

Berurusan tentang, menggunakan, memegang, menerima atau menyembunyikan suapan atau faedah berhubungan dengan apa-apa kesalahan


26. Mana-mana orang yang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, sama ada secara langsung atau tidak langsung, sama ada bagi pihak dirinya sendiri atau bagi pihak mana-mana orang lain, membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa urusan berhubungan dengan apa-apa harta, atau selainnya menggunakan atau menyebabkan digunakan, atau memegang, menerima atau menyembunyikan apa-apa harta atau mana-mana bahagiannya yang menjadi hal perkara suatu kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 18, 20, 21, 22 atau 23 melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Kalau baca seksyen 38, harta suapan tu boleh kena sita!

Seksyen 40 kata kalau ada pendakwaan dan didapati bersalah - kena lucuthak! dan kalau mahkamah mendapati org yg didakwa tak bersalah, tapi bukan pemunya harta suapan tu, kena lucuthak juga!

Seksyen 50 lagi ganas - orang kena tuduh dianggap menerima rasuah, jadi kerja peguam bela adalah untuk membuktikan kliennya tak buat kesalahan tu didalam mahkamah.

I make no judgement. Penulis bukan mahkamah, hanya rakyat marhaen, bukan full fledged lawyer macam dulu. Pendapatan hanya cukup untuk memenuhi keperluan keluarga. Teringin juga kalau ada orang yang mendermakan wang masuk akaun bank penulis. Bolehlah meringankan beban sikit.

No comments: