Popular Posts

Wednesday, July 15, 2015

Isu perkauman insiden Low Yat dan Pengajaran dari AlQuran



Kes yang terjadi di Plaza Low Yat hanya menampakkan kedangkalan fikiran mob rule seolah-olah tiada cara penyelesaian yang lebih baik dan berhemah boleh dibuat. Akhirnya jalan singkat untuk membuktikan mentaliti "aku yang betul, kamu salah" dipilih - melalui tindakan fizikal tanpa berfikir sedangkan negara ini ada tertib, adat dan undang-undang. Hanya orang yang tidak beradab sopan sahaja yang gemar melakukan cara ini.

"Kita lanyak je dulu, pertahankan hak kita... nanti nak settle kita minta maaflah..." ujar seorang pengunjung pasar seksyen 6 Shah Alam yang membincangkan isu ini semasa memilih ayam untuk dijadikan lauk menyambut Hari Raya yang kian menjelang tiba.

"Dosa tu bang...bab dosa ni macam mana pulak" tegur sipenjual ayam.

"Allah kan Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"... jawab mamat tu selamba.

Penulis terdiam mendengar perbualan tersebut. Apa punya mentaliti ni... patutlah banyak kes lari dari rumah, gaduh laki bini etc. Malang orang Melayu, semua mahu mudah, tak perlu pengorbanan dan berusaha keras. Semua mahu short cut. Amat memalukan sekali!

Jawablah dengan jujur : adakah anda seorang yang mementingkan diri sendiri?

Tuesday, July 14, 2015

Pesanan dari Syair Raja Ali Haji


Dengarkan tuan ayahanda berperi,
kepada anakanda muda bestari,
jika benar kepada diri,
masihat kebajikan ayahanda beri.

Ayuhai anakanda mulai remaja,
jika anakanda mengerjakan raja,
hati yang betul hendaklah disahaja,
serta rajin pada bekerja.

Mengerjakan gubernemen janganlah malas,
zahir dan batin janganlah culas,
jernihkan hati hendaklah ikhlas,
seperti air di dalam gelas.


Jika anakanda menjadi besar,
tutur dan kata janganlah kasar,
janganlah seperti orang sasar,
banyaklah orang menaruh gusar.

Tutur yang manis anakanda tuturkan,
perangai yang lembut anakanda lakukan,
hati yang sabar anakanda tetapkan,
kemaluan orang anakanda fikirkan.

Kesukaan orang anakanda cari,
supaya hatinya jangan lari,
masyurlah anakanda dalam negeri,
sebab kelakuan bijak bestari.

Nasehat ayahanda anakanda fikirkan,
keliru syaitan anakanda jagakan,
orang berakal anakanda hampirkan,
orang jahat anakanda jauhkan.

Setelah orang besar fikir yang karu,
tidak mengikut pengajaran guru,
tutur dan kata haru biru,
kelakuan seperti anjing pemburu.

Tingkah dan laku tidak kelulu,
perkataan kasar keluar selalu,
tidak memikirkan orang empunya malu,
bencilah orang hilir dan hulu.

Itulah orang akalnya kurang,
manyangka diri pandai seorang,
takbur tidak membilan orang,
dengan manusia selalu berperang.

Anakanda jauhkan kelakuan ini,
sebab kebencian Tuhan Rahmani,
jiwa dibawa ke sana sini,
tiada laku suatu dewani.

Setengah yang kurang akal dan bahasa,
sangatlah gopoh hendak berjasa,
syarak dan adat kurang periksa,
seperti harimau mengejar rusa.

Ke sana kemari langgar dan rampuh,
apa yang terkena habislah roboh,
apa yang berjumpa lantas dipelupuh,
inilah perbuatan sangat ceroboh.

Patut juga mencari jasa,
kepada raja yang itu masa,
tetapi dengan budi dan bahasa,
supaya negeri ramai temasya.

Apabila perintah lemah dan lembut,
semua orang suka mengikut,
serta dengan malu dan takut,
apa-apa kehendak tidak tersangkut.

Jika mamerintah dengan cemeti,
ditambah dengan perkataan mesti,
orang menerimanya sakit hati,
barangkali datang fikir hendak mati.

Inilah nasehat ayahanda tuan,
kepada anakanda muda bangsawan,
nafsu yang jahat anakanda lawan,
supaya kita jangan tertawan.

Habislah nasehat habislah kalam,
ayahanda memberi tabik dan salam,
kepada orang Masihi dan Islam,
mana-mana yang ada bekerja di dalam.

Jika hendak mengenai orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa.

Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.

Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.

Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.

Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

(Raja Ali Haji)

Thursday, July 09, 2015

MYEG - pembaharuan pas kerja pembantu rumah

Kerajaan Malaysia perlu mengkaji semula perkhidmatan pembaharuan pas kerja pembantu rumah melalui MYEG atas sebab-sebab berikut:

  1. Perkhidmatan yang tidak effisien/lambat/teramat lewat;
  2. Talian Helpdesk tidak berjawab/panggilan untuk bantuan tidak di angkat;
  3. Seolah-olah tiada Standard Operating Procedure;
  4. Kos tambahan yang membebankan pengguna/rakyat;
  5. Perkhidmatan pembaharuan secara atas talian tidak mesra pelanggan;
  6. Kemungkinan berlaku kesilapan penghantaran  Pas Pekerja Pembantu Rumah kepada orang ketiga (bukan kepada majikan);
  7. Tiada kemudahan “tracking” wakil MYEG mana yang menguruskan penghantaran Pas Pekerja Pembantu Rumah yang telah dikeluarkan;
  8. Apabila ditanyakan persoalan kepada helpdesk, tiada siapa yang mengetahui wakil MYEG yang mana yang menguruskan tugas untuk penulis - amat mudah memberikan jawapan tidak tahu.

Pada awal penghujung bulan Mei 2015, penulis telah pergi ke Pejabat Jabatan Imigresyen Malaysia di Bangunan PKSN Shah Alam untuk membuat pembaharuan Pas Pekerja Pembantu Rumah. Syukur Alhamdulillah, penulis mendapat seorang pembantu rumah dari Medan, Indonesia yang jujur, amanah, cekap, pandai memasak, pandai mengurut, bersifat keibuan dan menyayangi ahli keluarga penulis dan melayan kami seolah-olah kami ini merupakan ahli keluarga beliau sendiri. Penulis sekeluarga bukan sahaja pernah berkunjung dan menginap di rumah keluarga pembantu rumah tersebut, malah tiap kali kami balik kampung di Bukittinggi, Sumatera Barat tiap-tiap tahun, dan juga sekiranya kami sekeluarga pergi melancong didalam negeri, beliau tak pernah kami tinggalkan keseorangan dirumah.  

Tahun ini masuk tahun kesebelas (11) beliau berkhidmat dengan keluarga penulis. Dan dalam tempoh sepuluh (10) tahun ini, penulis tidak pernah mengalami apa-apa masalah untuk memperbaharui Pas Pekerja beliau dibawah seliaan Jabatan Imigresyen Malaysia. Selalunya semua urusan pembaharuan pas pekerja di Jabatan Imigresyen Malaysia dapat diselesaikan pada hari yang sama.

Namun, semua kenangan manis itu berubah menjadi mimpi ngeri apabila Jabatan Imigresyen Malaysia menguatkuasakan arahan/peraturan baru yang mewajibkan kesemua pembaharuan permit kerja mestilah menggunakan khidmat syarikat yang menjadi orang tengah iaitu MYEG. Apabila tiba di kaunter pertanyaan, penulis telah dimaklumkan oleh pegawai yang bertugas bahawa tiada lagi pembaharuan pas pekerja boleh dibuat melalui urusan di kaunter dan mengarahkan penulis untuk ke kaunter sementara yang dijaga oleh pihak MYEG.

Di kaunter MYEG penulis diserahkan dengan kertas yang terkandung panduan arahan pendaftaran akaun MYEG online. Caj perkhidmatan yang agak tinggi sebanyak RM125-00 dikenakan termasuk penghantaran. Bayangkan kalau pekerja sektor perkilangan, kalau nak membuat pembaharuan, sekiranya ada ramai pekerja…. macam mana? Bila kos pengambilan kekerja dan kos pembaharuan permit pekerja asing dinaikkan, mahu tak mahu kilang pun akan menaikkan harga barang yang dihasilkan oleh kilang tersebut…. Jadi ini secara tak langsung menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup. Agaknya cara penghantaran pakai POS KILAT kot, bukan POSLAJU, tu sebab MAHAL… macam sekelip mata boleh dapat…….

Baiklah, penulis akur dengan arahan kerajaan. Pulang ke pejabat penulis di SIRIM BERHAD (yang terletak kira-kira 700 meter dari Bangunan PKNS) penulis terus mencuba untuk mendaftarkan akaun MYEG. Tah apa masalahnya hari tu, kesemua cubaan untuk mendaftarkan akaun tak menjadi. Ada dekat 2 jam penulis membazirkan masa. Cubaan yang gagal. Bersangka baik, mungkin ada kerja-kerja penyelenggaraan kot? Penulis mencuba lagi pada keesokan harinya, namun hampa… masih gagal mendaftar akaun. Bila masuk petang, barulah dapat login, tapi ada masalah pula apabila tidak mendapat kata laluan! Sudahnya penulis meminta isteri tercinta, seorang pakar IT yang bertugas di Mesiniaga untuk membuat pendaftaran bagi pihak penulis. Apabila selesai dan pembayaran telah dibuat, penulis diberikan pengesahan no resit 150649452M. Maknanya pihak MYEG akan menghantar stiker pas kerja pembantu rumah kepada alamat penulis.


Pas Kerja pembantu rumah penulis yang baru adalah berkuatkuasa bagi tempoh 11/06/2015 – 09/06/2016. Entry blog ini ditulis dan diuploadkan pada 09/07/2015. Kalau tambah dua (2) hari lagi, cukup tiga puluh (30) hari lamanya masa telah berlalu tanpa kami memperolehi penghantaran pas kerja dari pihak MYEG!

Apa sudah dah jadi dengan caj yang mahal yang kami bayar sebagai caj proses hari tu?
Bolehkah MYEG memberikan penjelasan yang telus dalam hal ini???

Penulis menggunakan alamat pejabat penulis bertugas seperti berikut:

Jabatan Perundangan SIRIM Berhad
Tingkat 11, Bangunan 5,
Jalan Persiaran Dato Menteri
40700 Shah Alam

Hari berganti hari, minggu pun bertukar ganti. Masuk minggu kedua, penulis dah mula resah… mana tidaknya. Pembantu rumah kami ingin pulang berhari raya bersama keluarga di kampung halaman dan dengan perkhidmatan yang diberikannya yang amat cemerlang, kami sekeluarga tiada mempunyai apa-apa halangan untuk beliau pulang bercuti. Sebagai insan biasa, beliau berhak untuk menyambut hari raya bersama keluarga tersayang. Namun isu pas pekerja yang masih tidak kunjung tiba.

Ada suatu hari tu penulis mendapat mesej sms daripada wakil MYEG, kononnya kata nak hantar permit, tapi apabila ditunggu-tunggu, orangnya tak muncul-muncul. Penulis pernah mencuba berkali-kali menelefon kembali no telefon tersebut tetapi langsung tidak berjawab!

Ada sebabnya penulis memilih pejabat sebagai tempat penghantaran – urusan keluar masuk ke premis SIRIM perlu mengambil pas masuk di mana nama, no. IC serta alamat sipenghantar dokumen akan direkodkan di pejabat pegawai keselamatan. Tambahan pula pejabat penulis tidak pernah kosong dan senantiasa ada pegawai yang boleh mengesahkan penerimaan apa jua dokumen dan dilengkapi system penerimaan dokumen. Maka dengan adanya system tersebut, tiada alasan mana-mana pihak boleh mengatakan bahawa dokumen yang mereka hantar tidak dapat disampaikan, melainkan jika sebenarnya tiada usaha langsung untuk menghantar dokumen dibuat. Mengaku sahajalah ya… jika tiada rekod penerimaan, memang MYEG tak pernah hantar dokumen tu kepada kami. Kalau hantar ke rumah, penulis percaya bahawa MYEG boleh memberikan alasan, pintu pagar berkunci atau tiada orang berada dirumah untuk menerima dokumen.

Kerana keperluan yang mendesak ini, isteri penulis telah beberapa kali menelefon helpdesk MYEG untuk bertanyakan khabar berita tetapi malang, panggilan kami tidak berjawab walaupun dalam masa pejabat. Apa dibulan Ramadan yang mulia ini kesemua staff MYEG pergi bertadarus ke semasa waktu pejabat? Akhirnya isteri penulis menghantar beberapa siri mel elektronik ke system MYEG untuk bertanyakan status penghantaran permit yang tidak kunjung tiba ini. Kesemua mel elektronik tersebut dilampirkan dibawah ini.Supaya senang membacanya kesemua email2 tersebut dilampirkan.

Name: ****
Email: ****@mesiniaga.com.my
Phone: 017*******
--- Message ---
Feedback / Complient in: Delivery Issues
More info:
Message:
I have paid for my maid permit renewal passport number AR 699027 on 9 July but up till now none of MYEG personnel contact me to have the permit delivered. My maid is going back to her hometown before the upcoming raya festival. I appreciate if the delivery can be hasten since more people will be on leave by that time and I need the permit to be printed urgently.


Penulis tidak edit apa-apa kecuali menghitamkan pengenalan nama dan IC penulis sesuai dengan kehendak Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Yang hak MYEG tu penulis tak hitamkan. Kalau ada pemberita sesiapa nak yang original penulis boleh bagi, takde tapis-tapis.

Kat bawah ni jawapan MYEG

MASALAHNYA - kenapakah depa ni hantar pas pekerja kami kepada orang lain!!!! Siapa pulak Ganesan ni? Mabuk ketum ke wakil MYEG ni. I really don't know whether to laugh or to cry. Servis apa macam ni? Baca email dibawah ini.

 

Untuk menentusahkan sama ada wujud anggota kerja SIRIM bernama Ganesan a/l Subramaniam, penulis telah membuat carian di database Jabatan Sumber Manusia SIRIM Berhad secara online, yang terkini. Ternyata orang yang dinamakan tidak wujud sama sekali di SIRIM Berhad! Oh...tadi  kata dah selamat hantar ya? Hantar pada siapa? Tak baik menipu pelanggan di bulan Ramadan. Penulis dan Isteri berhak untuk marah kerana MYEG bukan sahaja tidak cekap tetapi membuat kerja semberono sahaja. MALAYSIA BOLEH! Khabarnya apabila isteri penulis menelefon bertanyakan hal ini, dokumen Pas Pekerja Pembantu rumah penulis kononnya dah dihantar di sebuah alamat di Perak! Excuse me, Shah Alam terletak kat Negeri Perak ya? Ke wakil MYEG yang tukang hantar tu orang Bangla Nation yg tak pernah belajar geografi Malaysia. Cuba bayangkan kalau perkara yang sama terjadi kepada anda.



Baru hari ni aku tahu ada Shah Alam kat negeri Perak? klik untuk membesarkan imej

Berbaloikah caj RM125.00 sekiranya kualiti perkhidmatan hampeh? Wang yang dibayar itu penulis tak redha dan tak halalkan dunia akhirat. Syarikat ni makan duit haram dan pelanggan sah teranaiya. Kalau macam ni patut caj ikut kadar POSLAJU aje. Alah hantar dokumen aje, patutnya tak sampai RM10-00!

Saranan saya kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresyen Malaysia – sila wujudkan kembali operasi kaunter. Beri kebebasan kepada rakyat untuk memilih sama ada menggunakan khidmat kaunter atau MYEG. Bagi mereka yang sibuk dan tidak ada masa untuk mendapatkan khidmat kaunter, bolehlah menggunakan khidmat MYEG. Tiada paksaan kepada rakyat marhaen.

Hakikatnya sehingga ke hari ini penulis tidak mendapat nilai daripada perkhidmatan yang digunakan. Pembantu rumah penulis juga tidak dapat keluar membeli barang keperluan di kedai kerana passport miliknya tidak mempunyai pelekat pas kerja yang sah.


MYEG REALLY SUCKS BIG TIME....

Penulis akan membuat update page ini. Kita akan tengok kesudahan kes ini macam mana. Berapa lama agaknya penulis akan dapat pas pekerja pembantu rumah penulis? Kami sekeluarga juga akan pulang kampung bercuti raya. Kami tak akan menerima alasan dokumen itu tak dapat dihantar sebab cuti hari raya. Sepatutnya dah lama kami dapat. Apa MYEG tak pernah memikirkan kemungkinan pembantu rumah penulis kena cekup dan di tahan pihak berkuasa sebab pas pekerja tak siap-siap sampai lebih sebulan? Jangan bagi alasan runner sesat atau dapat runner PEMALAS nak hantar.


Anggapan yang timbul dalam kotak pemikiran pembantu rumah penulis (yang selalu cuba ditipu oleh agen/wakil pembekal pembantu rumah di Indonesia):

- Betulkah MYEG ni wujud dengan sahnya atau hanya suatu  "program pemutihan"? uang ribuan ringgit dibayar bila ada PEMILU di Malaysia, tapi passportnya ramai ngak dapet.

- tak dapat keluar rumah untuk ke kedai, nanti ditangkap Polisi Malaysia. Baru kelmarin bibik nampak orang tukang simen halaman rumah jiran kita ditangkap dihadapan rumah. Macam kena bayar uang...

- Jabatan Imigresyen Malaysia kayaknya bersekongkol dengan penipu. Di Indonesia orang tengah ni dipanggil "Chalo". Iya.. pak... kami diminta uang agar proses keluar masuk mulus, Korupsi semua itu. Maka ngak ada bedanya dengan apa yang ada ditempat saya!

Nota: PEMILU = Pemilihan UMUM. Bahasa kita, Pilihan Raya.

Tuesday, July 07, 2015

Ketua Daulah Islamiyah Brazil : Zombie/Zumbi

Selama ini ramai daripada kita (termasuk penulis) tidak menyedari atau ambil pot sesungguhnya ada pahlawan/pemimpin kaum muslimin bernama Zombie/Zumbi. Kita hanya menerima bulat-bulat apa yang disogokkan kepada kita oleh orang luar dan tidak mempertikaikan kesahihan sesuatu perkara. Yes we take things for granted. Baru-baru ini ada seorang rakan FB bertanyakan menyenai hal sosok tubuh manusia yang bernama Zombie/Zumbi ini.

Dalam fikiran penulis, perkataan Zombie mengingatkan kepada zombie hantu yang makan orang.. macam dalam filem-filem Holywood Evil Dead, Night of the Living Dead, 28 Weeks Later, World War Z (Brad Pit jadi hero) dan filem/video games Resident Evil dan yang terbaru "the Last of Us". Filem World War Z ni memberikan interpretasi seolah-olah zombie ini adalah Yakjud Makjud. Takut penulis memikirkannya... lokasi pengambaran Baitul Muqadddis. Di negara kita juga ada filem zombie.... ya... Zombie Kampung Pisang! Nampak sangat jahilnya kita ini. Aduss!

Tak lupa juga kepada sebuah buku kisah-kisah seram (tapi berfakta) yang ayahanda penulis hadiahkan sempena penulis mendapat keputusan cemerlang peperiksaan semasa tingkatan 2 dahulu.... ada tertulis di dalam buku tu kisah tukang sihir black magic/vodoo dari Haiti yang menggunakan ilmu hitamnya untuk mengawal fikiran ramai orang bangsa kulit hitam yang telah mati menjadi hamba untuk menjalankan kerja-kerja ladang (rasanya tebu). Dahla takde dibayar gaji, keluarga si mati pun tak tahu apa yang terjadi kepada anggota keluarga mereka yang telah mati tu.

Mayat hidup yang berkerja bertungkus lumus ini tidak ada perasaan, kesemuanya dikawal oleh situkang sihir jahat ini. Maka nak menjadikan cerita suatu hari ada seorang perempuan (orang luar) tiba didesa itu yang tinggal dengan perempuan tukang sihir ni... dan budak ni kasihankan zombie yang banyak buat kerja tu ... so budak baik hati ini telah memasakkan makanan untuk dimakan zombie ramai-ramai tu. Rupa-rupanya sihir zombie ni pantangnya adalah garam. Maka bila terasa sahaja garam, barulah group zombie ini memperoleh kembali kawalan kepada tubuh badan mereka dan juga kesedaran bahawa mereka sebenarnya telah lama mati. Dengan rasa pilu dan rintihan sayu yang teramat sangat, setiap dan tiap-tiap zombie ini berjalan pulang ke kampung halaman mereka. Ahli keluarga mereka amat terkejut apabila saudara mereka yang telah mati ini pulang ke rumah.... tetapi sebenarnya tujuan kepulangan zombie-zombie bukanlah untuk kembali hidup ditengah masyarakat.... mereka pulang ke rumah dan jatuh mati dan mereput. Setelah pengkebumian dilakukan, barulah ahli keluarga zombie terlibat bermuafakat untuk menangkap dan membawa si tukang sihir ke muka pengadilan...

Nota:
  1. Menurut tatacara perubatan Islam yang penulis pernah pelajari, garam yang dibacakan ayat ALQuran digunakan untuk menghalau jin dan shaitan.
  2. Kisah yang penulis kongsikan di atas mengingatkan penulis kepada kisah TV yang sedang ditayangkan "Resurrection" - tapi dalam kes itu, ramai orang yang telah mati dari zaman lampau hidup kembali dan kembali hidup ditengah masyarakat. Bertentangan dengan apa yg Allah maklumkan kepada kita - mati, pergi tak kembali. Boleh pulak kisah macam ni lepas jadi "halal"....
  3. Kat bawah ni ada petikan dari Wikipedia mengenai Zombie. Sila baca perenggan ketiga. (ini ada kaitan dengan entry blog kali ini).
  • Zombies are undead creatures, typically depicted as mindless, reanimated human corpses with a hunger for human flesh. Zombies are most commonly found in horror and fantasy genre works. The term comes from Haitian folklore (Haitian French: zombi, Haitian Creole: zonbi) where a zombie is a dead body animated by magic. Modern depictions of zombies do not necessarily involve magic but invoke other methods such as a virus.[1][2]
  • Zombies have a complex literary heritage, with antecedents ranging from Richard Matheson and H. P. Lovecraft to Mary Shelley's Frankenstein drawing on European folklore of the undead. George A. Romero's reinvention of the monster for his 1968 film Night of the Living Dead led to several zombie films in the 1980s and a resurgence of popularity in the 2000s. The "zombie apocalypse" concept, in which the civilized world is brought low by a global zombie infestation, became a staple of modern popular art. 
  • The English word "zombie" is first recorded in 1819, in a history of Brazil by the poet Robert Southey, in the form of "zombi".[3]   The Oxford English Dictionary gives the origin of the word as West African, and compares it to the Kongo words nzambi (god) and zumbi (fetish)."
Apa yang penulis ingin ketengahkan adalah gambar catatan buku dalam bahasa arab ini. Basic arabic ya - tengok aja tajuknya, bagi yang kurang pandai membaca tulisan arab tanpa baris, baca i'rabnya macam ni: "Rais Daulah Al Brasil Al-Islamiyah : Zombie" maksudnya pemimpin Daulah Islamiyyah Brazil : Zombie".

Orang arab biasanya tak akan menulis dan merekodkan perkara yang karut-marut dalam catatan sejarah. Baca betul-betul ya... Nak singkatkan cerita, tontonlah dokumentari Youtube dibawah ini mengenai Zombie yang sebenar. Sah kita tertipuuuuuuuuuuu selama ini...... Nyatalah kaum kuffar telah menyogokkan kita dengan cerita yg telah "diputar alamkan" seolah-oleh nama pemimpin kaum muslimin yang berjasa di bumi Amerika Selatan ini perlu digeruni, dihina di basmi dan dihapus-musnahkan buat selama-lamanya dari catatan sejarah. Sekiranya sejarah penemuan benua yang diberi nama Amerika pun depa putar kononnya ditemui oleh pelayar eropah tersohor, Amerigo Vespucci (namun sebenarnya telah lama ditemui oleh pelaut muslimin), cubalah kalian fikirkan kisah Zombie ini....

 

Wednesday, July 01, 2015

Di Atas Runtuhan Melaka Lama

Anak-anak muda generasi sekarang rata-rata tidak mengenali siapakah dia HAMKA. Buya HAMKA adalah tokoh agama, ulama', pujangga dan pelopor kesusasteraan melayu kelahiran Maninjau, Sumatera Barat. Penulis membesar dizaman banyak buku-buku agama yang mendapat serba sedikit tempias hasil penulisan beliau. Cubalah anda buka mana-mana buku agama zaman penulis bersekolah dan anda akan dapati rujukan kepada Tafsir AL Azhar, sebuah tafsir AlQuran dari tokoh yang hebat ini. Beliau ini pernah merengkok dalam penjara kerana pendapatnya dari segi politik tidak sehaluan dengan pemerintah. Sumbangan Buya Hamka juga mendapat pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia semasa majlis konvokesyen UKM - kalau tak salah, dalam usaha beliau memartabatkan bahasa Melayu. Di bawah ini adalah nukilan Buya Hamka. Semoga nasihat didalamnya memberikan inspirasi kepada anda, pengunjung budiman blog yang tidak seberapa ini.

Di atas runtuhan Melaka lama
Penyair termenung seorang diri
Ingat Melayu kala jayanya
Pusat kebesaran nenek bahari

Di atas mengenang ketinggian
Penyair duduk termenung seorang
Jauh pandangku ke pantai
sana Ombak memecah di atas karang

Awan berarak mentilau bernyanyi
Murai berkicau, bayu merayu
Kenang melayang ke alam sunyi
Teringat zaman yang lama lalu

Sunyi dan sepi, hening dan lingau
Melambai sukma, melenyai kasihan
Arwah Hang Tuah rasa menghimbau
Menyeru umat tunduk ke Tuhan

Disini dahulu alat kebesaran
Adat resam teguh berdiri
Duduk semayam Yang diPertuan
Melimpah hukum segenap negeri

Di sini dahulu Laksamana Hang Tuah
Satria moyang Melayu jati
Jayaperkasa, gagah dan mewah
Tidak Melayu hilang di bumi

Di sini dahulu payung terkembang
Megah Bendahara Seri Maharaja
Bendahara yang cerdik tumpuan dagang
Lubuk budi laut bicara

Penyair menghadap ke laut lepas
Selat Melaka tenang terbentang
Awan berarak riak menghempas
Mentari turun rembanglah petang

Wahai tuan Selat Melaka
Mengapa tuan berdiam diri
Tidakkah tahu diuntung hamba
Hamba musafir dalang ke mari

Di mana Daulat Yang Dipertuan?
Mana Hang Tuah, mana Hang Jebat?
Mana Bendahara Johan Pahlawan?
Bukankah jelas di dalam babad?

Namanya tetap jadi sebutan
Bekasnya hilang payah mencari
Hanya sedikit bertemu kesan
Musnah dalam gulungan hari

Hanyakah ini bekas yang tinggal?
Umat yang lemah terkantung-kantung
Hidup menumpang tanah terjual
Larat wai larat dipukul untung

Adakah ini bekas peninggalan
Belahan diriku umat Melayu
Lemah dan lunglai tiada karuan
Belahan diriku umat Melayu

Jauh di darat penyair melihat
Gunung Ledang duduk termangu
Tinggi menjulang hijau dan dahsyat
Hiasan hikayat nenekku dulu

Di dalam ku asyik merenung gunung
Di dalam kemilau panaskan petang
Tengah khayal dirundung menung
Rasanya ada orang yang datang

Penyair hanya duduk sendiri
Tepi keliling rasanya ramai
Bulu romaku rasa berdiri
Berbuah warna alam yang permai

Ada rasanya, bisikan sayu
Hembus angin di Gunung Ledang
Entah puteri datang merayu
Padahal beta bukan meminang

Bukanlah hamba Sultan Melaka
Jambatan Emas tiada padaku
Kekayaan hanya syair seloka
Hanya nyanyian untuk bangsaku

Tiba-tiba terdengar puteri berkata
Suaranya halus masuk ke sukma
Maksudmu tuan sudahlah nyata
Hendak mengenang riwayat yang lama

Bukan kuminta jambatan emas
Tapi nasihat hendak kuberi
Kenang-kenangan zaman yang lepas
Iktibar cucu kemudian hari

Sebelum engkau mengambil kesimpulan
Sebelum Portugis engkau kutuki
Inggeris Belanda engkau cemarkan
Ketahuilah dahulu salah sendiri

Sultan Mahmud Syah mula pertama
Meminang diriku di Gunung Ledang
Segala pintaku baginda terima
Darah semangkuk takut menuang

Adakah cita akan tercapai
Adakah hasil yang diingini
Jika berbalik sebelum sampai
Mengorbankan darah tiada berani

Apakah daya Datuk Bendahara
Jikalau Sultan hanya tualang
Memikir diri seorang saja
Tidak mengingat rakyat yang malang

Sultan Ahmad Syah apalah akalnya
Walaupun baginda inginkan syahid
Mu'allim Makhdum lemah imannya
"Di sini bukan tempat Tauhid"

Bendahara Tua Paduka Raja
Walaupun ingin mati berjuang
Bersama hilang dengan Melaka
Anak cucunya hendak lari pulang

Berapa pula penjual negeri
mengharap emas perak bertimba
Untuk keuntungan diri sendiri
Biarlah bangsa menjadi hamba

Ini sebabnya umatkan jatuh
Baik dahulu atau sekarang
Inilah sebabnya kakinya lumpuh
Menjadi budak belian orang

Sakitnya bangsa bukan di luar
Tetapi terhunjum di dalam nyawa
Walau diubat walau ditawar
Semangat hancur apalah daya

Janjian Tuhan sudah tajalli
Mulailah umat yang teguh iman
Allah tak pernah mungkirkan janji
Tarikh riwayat jadi pedoman

Tidaklah Allah mengubah untung
Suatu kaum dalam dunia
Jika hanya duduk termenung
Berpeluk lutut berputus asa

Malang dan mujur nasibnya bangsa
Turun dan naik silih berganti
Terhenyak lemah naik perkasa
Bergantung atas usaha sendiri

Riwayat yang lama tutuplah sudah
Apakah guna lama terharu
Baik berhenti bermenung gundah
Sekarang buka lembaran baru

Habis sudah madahnya puteri
la pun ghaib khayal pun hilang
Tinggal penyair seorang diri
Di hadapan cahaya jelas membentang

Pantai Melaka kulihat riang
Nampaklah ombak kejar mengejar
Bangunlah tuan belahan sayang
Seluruh Timur sudahlah sedar

Bercermin pada sejarah moyang
Kita sekarang mengubah nasib
Di zaman susah atau pun riang
Tolongan tetap dari yang Ghaib

Bangunlah kasih umat Melayu
Belahan asal satu turunan
Bercampur darah dari dahulu
Persamaan nasib jadi kenangan

Semangat yang lemah dibuang jauh
Jiwa yang kecil kita besarkan
Yakin percaya, iman pun teguh
Zaman hadapan, penuh harapan

Bukanlah kecil golonganmu tuan
Tujuh puluh juta Indonesia
Bukan sedikit kita berteman
Sudahlah bangun benua Asia

Kutarik nafas, kukumpul ingatan
Akupun tegak dari renungku,
Jalan yang jauh aku teruskan
Melukis riwayat safhat hidupku

Kota Melaka tinggallah sayang
Beta nak batik ke Pulau Perca
Walau terpisah engkau sekarang
Lambat launnya kembali pula
Walaupun luas watan terbentang
Danau Maninjau terkenang jua

Dipetik dari buku "Kenang-Kenangan Hidup” Prof. Dr. HAMKA