Friday, May 08, 2015

Register RAE 2015


 Ya, den udah beli voucher dan terus register untuk RAE yang dijadualkan pada 11 Jun ini.  Cuma tak dapat pengesahan lagi melalui email, tak exam nak buat kat mana. Harap-harap dapat venue exam kat Shah Alam ni aje.

Ada gak ajak kengkawan ex-maahad register sama. Tah depa bersungguh revise untuk exam nanti ke tak den tak mahu komen. Alhamdullilah den dah buat beberapa exam online dan ada beberapa kali juga dapat results melebihi 85%. markah lulus cuma 50%, tapi pada hemat penulis, kita kenalah score juga, bukan setakat sekadar mahu sekeping apparatus assignment sahaja.

2 weeks ago, penulis singgah sebuah pekan kecil di Johor, Sri Medan - kebetulan ada pameran amatur radio yang diadakan di kelab amatur radio sekolah tersebut oleh ASTRA. Ada bro yang jaga pameran tu kata mudah aje nak lulus RAE. Kalau org yang berumur lebih 60 tahun pun boleh lulus in one sitting, orang lain tak kan lah takleh....

Insya Allah.... mudah-mudahan den lulus. Takde Morse Code. Cuma revise balik bab subjek fizik on frequency & kiraan V=I x R. Ampere, Ohms law, farad... some electronic stuff. Nothing to it. Probably just a walk in a park.

No comments: