Thursday, March 05, 2015

Nikkor 18.5mm f 1.8

Sudah lama penulis bercadang untuk menulis mengenai hasil penggunaan lensa Nikkor 18.5mm f /1.8 sistem Nikon 1.  Jadual tugas yang sibuk menghalang penulis daripada berbuat demikian. Setelah lebih kurang 6 bulan menggunakannya...akhirnya baru hari ini hajat penulis tercapai.

Lensa kecil ini begitu istimewa dalam sistem Nikon 1. Ianya sangat pantas dengan bukaan cahaya yang besar pada f1.8. Penulis membelinya dari tangan seorang fotografer di Pulai Pinang pada harga yang sangat berpatutan - RM350 sahaja. Kalau nak beli baru, gamaknya tak mampu la! Kacau budget lain.

Prestasi yang sangat baik di optik bukaan lebar dan fungsi yang seakan sama dengan lensa 50mm pada kiraan body full frame memang menjanjikan hasil bokeh terbaik. Bayangkan sensor sistem Nikon 1 bersaiz kecil - CX (18.5 x 2.7 = 49.95mm.) Pada harga tersebut, nak membeli lensa dx50mm pun tak dapat! 

Lensa ini begitu ringan. Ya tersangat ringan tau! Macam mainan aje rupanya dan kehebatannya terserlah dalam situasi cahaya rendah. Penulis pun bukannya gemar sangat menggunakan flash. Kalau guna pun sebab terpaksa. Gandingan lensa ini dengan sistem V1 milik penulis yang mempunyai iso yang tinggi memberikan hasil kerja yang memuaskan.

No comments: