Tuesday, December 23, 2014

SIapakah yang memilih anda?


Anak-anakku Jamilah dan Husna, di atas ini adalah posting rakan lama ayah, Ustaz Redzuan Khalil yang pernah bersama-sama belajar di Maahad Hamidiah bersama ayah. Dia kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang dan menyambung menuntut ilmu agama dan bahasa arab di timur tengah. Ramai orang berebut-rebut mahukan anak mereka masuk sekolah yang baik untuk menjamin masa depan anak-anak mereka. Ada juga ibubapa yang mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah aliran agama, namun tidak menyekolahkan anak-anak mereka di sekolah agama rendah (dan tidak pula menduduki PSRA dan UPKK). Bagaimana nak memohon ke sekolah aliran agama, melainkan terpaksa pergi ke sekolah swasta?

It boils down to usaha bersungguh-sungguh mereka (anak-anak dan ibubapa) untuk mencuba memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan baru boleh dapat masuk sekolah yang baik. Waima seorang ustaz yang mempunyai anakanak yang fasih berbahasa arab dan faham hukum agama pun tak dapat menjamin anak-anak sendiri untuk masuk sekolah agama yang diinginkan. Maka, hasil usaha kalian yang mengungguli keputusan PSRA 2013 dan 2014 mestilah diteruskan. Bila naik sekolah nanti, berusahalah bersungguh-sungguh untuk mempelajari apa yang diajar sama ada di sekolah atau di asrama.

Sesungguhnya siapakah yang memilih dan menentukan kalian dapat masuk ke sekolah yang baik? DIA lah yang memilihkan dan menetapkan untuk kalian. Maka janganlah sia-siakan peluang yang telah diberikan. Jika peluang yang diberikan disia-siakan sahaja dan kita tidak bersungguh-sungguh menuntut ilmu, fikirkan juga rakan-rakan kalian yang mahu belajar tetapi tidak mendapat tempat disekolah yang dipohon. Bukankah kita menzalimi mereka namanya?

Ingat apa yang ayah pernah ceritakan dahulu, Man jadda wajada - siapa yang berusaha, dia akan berjaya.

No comments: