Monday, September 22, 2014

Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014

Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 akan berkuat kuasa pada April Fool's day 2015... beberapa bulan sahaja lagi. Sudahkan anda bersiap sedia?

Seksyen 64 Akta tersebut  menyatakan bahawa ianya tidak terpakai kepada Kerajaan untuk apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan yang dibuat oleh ..
 
(a) Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, melainkan jika diarahkan oleh Menteri dalam perintah yang disiarkan dalam Warta;

(b) mana-mana pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun berkenaan dengan fungsi pengawalseliaan dan penguatkuasaannya

...

Jadi dalam kes di atas, sekiranya Kerajaan yang membekalkan perkhidmatan atau barangan, TIADA GST akan dikenakan. 

Namun, tiada pula saya jumpa pengecualian kepada perkhidmatan dan barangan yang dibekalkan kepada Kerajaan dibawah Akta tersebut... maka sekiranya sebuah syarikat yang didaftar dibawah Akta memberikan perkhidmatan atau membekalkan barangan kepada Kerajaan, bacaan saya, syarikat tersebut, wajib mengutip GST daripada Kerajaan.

Benarkah kenyataan ini?

No comments: