Popular Posts

Tuesday, May 27, 2014

Musings

We were discussing Buya Hamka's work that day. 

You asked, "Kenapa gamaknya buku Tengelamnya Kapal Van der Vijk" tak ada dipasaran dalam bahasa inggeris. Kalau ada pasti meletup laris. Bayangkan berapa besar pasaran buku ini for those english readers. And then you know their language dan budaya..tau suasananya. You have been to all the small towns mentioned dalam buku tu.... bukan senang orang luar yang tak faham adat dan budaya as compared to you yang dah tengok dan rasakan sendiri. You could be the modern Zainuddin...". 

(Terdiam seketika.. me? a modern version of Zainuddin, the main character..the person depicted as Zainuddin in the book might well be Pak Hamka himself.. huhuhu ... sedihnya!!!). Teringat... earlier, I had another similar discussion with my collegues in ITBN baru-baru ni....

Well...pertanyaan ini susah nak dijawab. 

Probably sebab takde siapa yang ambil inisiatif untuk translate buku ini to the english language. We need to check with other translators in Indonesia - manalah tahu they had done it, cuma mungkin tak muncul dalam radar kita. Ya, saya selalu juga ke Sumatra Barat. In fact pernah singgah ziarah ke rumah Buya Hamka di Maninjau. Memang cantik tempat tu. 

Tapi buku ni... sungguh. Mungkin terlalu berat untuk saya translate. But I really can't wait to watch the movie. Ingat nak cari DVDnya bila ke Bandung bulan depan ini.

"Demikianlah perempuan, ia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walau pun kecil dan ia lupa kekejamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya." 

"Kau yang sanggup menjadikan saya seseorang yang gagah berani. Kau pula yang sanggup menjadikan saya sengsara selamanya. Kau boleh memutuskan pengharapanku. Kau pun sanggup membunuhku." 

- Buya Hamka, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck-

Monday, May 26, 2014

Translators may own copyright in their work

Last saturday morning, during our tea break with En Amir Muslim, the issue of whether translators could own copyright for their work was raised. 

Source: Akta Hak Cipta 1987

AKTA HAK CIPTA1987 (Akta 332)
Sebagaimana pada 1 Julai 2012

Karya terbitan

8. (1) Karya terbitan berikut adalah dilindungi sepertimana karya asal:

(a) terjemahan, penyesuaian, susunan dan perubahan lain karya yang layak bagi hak cipta; dan

(b) koleksi karya yang layak bagi hak cipta, atau penyusunan data semata -mata sama ada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin atau bentuk lain, yang menjadi suatu hasil ciptaan intelek oleh sebab pemilihan dan susunan kandungannya.

(2) Perlindungan karya yang tersebut dalam subseksyen (1) hendaklah tidak menjejaskan apa- apa perlindungan kepada karya yang tersedia wujud yang digunakan.

******

Clause 8 (1) of the Copyright Act is clear. Copyright do exist in translation work. If this is the correct position, translators, may own copyright.

Thursday, May 22, 2014

Sejuk Mata Pedang Dingin Hati

Sejuk Mata Pedang - Dingin Hati tidak ada kena mengena dengan tulisan entry blog hari ini. Ianya adalah nama jurus pedang tertinggi Nie Feng, si Penjejak Badai dalam siri komik Pedang Setiawan. Kalau tak adikku Fizi dan my old buddy, Dino, memperkenalkan komik-komik ni gamaknya aku ini buta komik kot?


Bukan niat penulis nak bercerita pasal komik, tapi mengenai pesan seorang tua, arwah Datuk Prof. Dr. Nik Abd Rashid Nik Abd Majid (lebih mesra disapa sebagai Pak Nik, yang merupakan bekas pensyarah di Kulliyyah Undang-Undang UIA) antara sifu subject Land Law kepada penulis dan rakan seangkatan..selain dari Prof Hunud "the Indeafesible" (2 tahun lepas dia datang ziarah rumah parents penulis), Kak Bashiran, Mdm Jamilah Hussain dan siapa lagi ye??? Oh... dah lebih berpuluh tahun juga lamanya. Pantas masa berlari pergi. Namun memori indah bersama Pak Nik masih menggamit ingatan kepadanya.

Pak Nik mewariskan ilmu undang-undang tanah dan equiti, tapi pesan Pak Nik, ilmu undang-undang ni kita kena layan macam ilmu bertempur dengan pedang juga. Dah tau ilmu ni, kena rajin membaca dan juga kemudiannya berlatih menulis. Dengan menulis kita menyampaikan ilmu kepada orang ramai. Dengan menulis juga kita boleh membunuh orang.

"Sesungguhnya sekuat dan setajam mana pun sebilah pedang, ianya boleh dipatahkan dengan kekuatan tulisan sebatang pena. Jadilah orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara dengan ilmu kalian perolehi di UIA ini", lebih kurang begitulah pesan Pak Nik dalam khutbah jumaatnya yang terakhir kali kami dengari sebagai mahasiswa di Masjid AlMalik Faisal, UIA PJ. Sungguh sayu keadaan jemaah masjid ketika saat itu. Pesanan padat yang disampaikannya seolah-olah Pak Nik mahu pergi jauh.

Hari itu adalah hari terakhir kelas tutorial kami bersama Pak Nik sebelum minggu peperiksaan bermula. Jumaat itu juga adalah hari terakhir Pak Nik berkhidmat sebagai tenaga pengajar di UIA. Rakanku Wan Zainol sempat bertanya "Pak Nik nak ke mana?" Katanya dia dilantik jadi penjaga barang-barang antik (mula-mula kami berdua tak berapa faham) rupanya Pak Nik dilantik jadi Ketua Pengarah Museum Melaka. Pak Nik kelihatan amat bergaya sekali mengenakan baju melayu warna krim, lengkap bersamping dan bercapal bagai seorang panglima melayu lama.


Perhatikanlah nukilan Raja Ali Haji dalam mukaddimah bukunya Bustan AlKatibin:

Segala pekerjaan pedang itu -
boleh dilaksanakan dengan pena
Adapun segala pekerjaan pena itu
tak dapat dibuat dengan pedang
Dan beberapa ribu dan laksa pedang yang siap terhunus
Dengan segores pena kembali tersarung

Kata pena, akulah Raja ini dunia!
Sesiapa yang mengambil aku dengan tangannya
Akan ku sampaikan pekerjaannya.


Beberapa bulan kemudian, semasa menjalani latihan dalam kamar untuk menjadi peguam, penulis mendapat panggilan telefon dari seorang sister...  "Zaws... Pak Nik meninggal.... jom kita ikut majlis kebumi beliau di Bukit Kiara... dekat ajekan dengan your house".

AlFatihah untuk Pak Nik, arwah guruku. Anak muridmu ini masih lagi bertatih jurus paling asas - Menggaris Pena, Menikam Sukma!

Jawapan Ustaz pasal isu Panda

Komen seorang rakan Ustaz:

"Ostad, apa hukum mengeluarkan wang yang banyak untuk memelihara panda? Adakah ia termasuk pembaziran?" ........

Jawapan Pak Ustaz "Tuan, oleh kerana ia melibatkan isu nasional, sila tulis surat kepada Jabatan Mufti mohon jawapan. Saya khuatir pendapat peribadi saya akan menjadi fitnah. Sekian"

........ Aduh..panda.

Wednesday, May 14, 2014

Pantun Kapal tertinggal sauh

Dah lama penulis tak mengarang pantun. Tiba-tiba hari ni idea datang mencurah-curah... macam ditiup angin hahahaha.... terus berangin satu badan. Probably berpunca sebab terkena penangan kapal layar. Terima kasih kepada Commodore Afiq Ehsan yang telah menjualkan kapal layarnya kepada aku. Confirm aku jadi orang angin.... Tak lupa untuk anak-anakku - ayah dah belikan juga layang-layang. Nanti kita terbangkan bersama ya!

Belayar laju menongkah arus
Bayu bertiup salah haluan
Ku lihat tampan pedang terhunus
Benarkah aku ini kapten Magellan?
(masa ni tengah berangan mengemudikan kapal layar sendiri... uikksss.... kapal masih tersadai tak siap buat rigging lagi. Kapal layar moden mungkin boleh menongkah arus...tapi tak akan terdaya melawan tujahan mata angin (no go zone). Kena buat tacking secara menyerong untuk bergerak ke hadapan).

Sauh dibongkar ribut pun datang
Pulang camar terbang melayang
Asal rindu katakan sayang
Kasih hati terbakar hilang

(Sekali sekala den terdengar lagu di Klasik FM "Camar yang pulang"...)

Sauh dibongkar kapal pun hanyut
Hanyut laju ke muara Linggi
Pandangan mata walaupun luput
Cinta dihati tetap disini

Angin menderu gelora di laut
Badai menghempas ombak ke pantai
Bila berkasih manis di mulut
Nyata hempedu jatuh ke lantai

Kembang layarku memacu arah
Haluan dituju ke Pulau Andalas
Pantun ku ini terang dan jelas
Malang cintamu tak dapat ku balas
(huhuhuhu...kalau den mampu dan memang suka gila lainlah ceritanya. Agak-agak kome tahu tak kat mana letaknya Pulau Andalas ni? Sesungguhnya Andalas adalah nama lama bagi Pulau Sumatera).

Pewangi bunga harum baunya
Dijual oleh nyonya Melaka
Warkah ku kirim dengan kurier
Sudilah dijawab dengan SEGERA
(Masa ni tengah hot.... mana taknya...klien takde reply kasi arahan lanjut)

Berburu di hutan menembak rusa
Rusa tak dapat kaki terluka
Kasih yang pergi biarkan sahaja
Tertuna hati perolehkah bahagia?

Memancing udang di tepi Kuala
Umpan dicagut teramat galak
Bunuh diri amat berdosa
Nanti diazab diakhirat kelak
(errr... dik... jangan tulis kata nak bunuh diri lagi ya... den dah tak larat kasi nasihat dah ni)

Awan mendung petang gerimis
Kapal belayar menuju dermaga
Sabarkan hati keringkan tangis 
Pohon perteguhkan iman di dada

Tuesday, May 13, 2014

Translation exercise

Buku : Idea Mapping : Jamie Nast
***
Preface
 
Are you there, buried somewhere underneath that mountain of papers and work that needs to be done? Are you overwhelmed with everything you need to accomplish?

Do you have a difficult time organizing your thoughts? How would you rate your ability to create new ideas, plan, communicate your thoughts, learn, think strategically, develop and deliver presentations quickly and with excellence? If there were an easy tool that could save you time, increase your efficiency, and help you get your arms around large, complex issues (and it was fun!), would you be interested?

Oh there you are! I can see you now. 

Idea Mapping is a powerful tool that can help you do all this and more. This book uses a no nonsense approach to teaching a new skill to all individuals in all positions in work and life. 

Years ago, I picked up a book on memory—thinking that it would help me improve my own. Do you know there was nothing in that book that taught me to improve my memory? I thought, “what a waste of time.” Well this book is just the opposite. 

There is virtually no time spent in this book on theory or fluff. In the following pages are exercises, instructions, examples, stories, processes, and applications that you can use to learn how to create idea maps.
 
*****
Terjemahan:

Kata Pengantar

Adakah anda kini berada dibawah timbunan kertas dan tugas yang perlu dilaksanakan? Adakah anda berasa tertekan dengan tugas yang anda perlu sempurnakan? Adakah anda menghadapai kesukaran untuk meguruskan masa untuk menyampaikan buah fikiran anda? Bagaimanakah anda menilai keupayaan anda mengemukakan idea-idea baru, merancang, menyampaikan idea anda, belajar, berfikir secara strategik, membangun dan memberikan taklimat dengan cepat dan cemerlang?

Jika ada suatu cara yang mudah yang bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan meningkatan kecekapan, membantu anda memahami isu-isu kompleks dengan mudah (dan ianya amat menyeronokkan!) adakah anda berminat untuk mengetahui caranya?

Oh anda ada di sini rupanya! Barulah saya dapat lihat wajah anda.

Pemetaan Minda adalah alat yang berupaya membantu anda melakukan kesemua ini dan banyak lagi. Buku ini menggunakan pendekatan yang mudah untuk mengajar kemahiran baru kepada semua individu tanpa mengira jawatan, pelaksanaan tugas dan ianya boleh digunakan dalam menjalani kehidupan.

Dahulu saya pernah membaca sebuah buku mengenai cara berfikir - saya merasakan buku itu dapat membantu saya meningkatkan kemampuan diri. Sebaliknya saya mendapati buku itu tidak mengandungi apa-apa maklumat yang mengajar saya untuk memperkukuhkan ingatan saya. Saya berfikir, "Buang masa sungguh!". Baiklah, buku ini adalah sebaliknya.

Buku ini tidak membuang masa untuk menerangkan hal teori atau perkara-perkara remeh. Pada halaman berikut adalah latihan, arahan, contoh, cerita, proses dan aplikasi yang anda dapat gunakan untuk mempelajari cara untuk membuat peta minda.

Friday, May 09, 2014

Khasiat Labu dari sudut perubatan


Yes, the lowly labu pun power sebenarnya. Kalau dapat labu masak lemak & kena dengan ikan masin.... best in the word tau!

Tuesday, May 06, 2014

Tingginya bahasa budi kita



Seorang pemuda berpakaian kemas, berkod dan bertali leher menjamu selera di kafetaria kami. Kelihatan sebuah folder berisi dokumen di atas meja beliau. Pemuda itu tersenyum dan menghulurkan tangan bersalaman dengan kami yang kebetulan mahu menumpang meja untuk makan dan dia seterusnya memperkenalkan dirinya sebagai seorang tunakarya lulusan universiti tempatan.

"Wah! hebat betul kerjaya kamu tu", tegur seorang rakan.

"Tentu banyak menjana pendapatan. Zaman sekarang ni kita perlu berusaha lebih sedikit baru boleh hidup dengan selesa", ujar rakanku tersebut.

Muka pemuda itu kelihatan merah padam....

****

Takrif tunakarya - tidak mempunyai pekerjaan, tidak bermata pencarian, menganggur.


Nope, I am talking about bahasa budi (bukan budi bahasa). Bahasalah yang melambangkan budi perkerti kita. Kalau main hentam sahaja ikut sedap mulut beginilah jadinya. Kalau kita dikenali sebagai seseorang yang kasar perbuatan dan percakapannya, sering menggunakan perkataan yang kasar, kesat dan lucah, janganlah esok kita mengadu kenapa ya ... orang yang mendampingi kita pun sama sahaja tutur bicaranya dan kita tidak dikenali sebagai seorang yang ... ehemm... romantik dikalangan kawan-kawan yang berlainan jantina.

Nah... itu dia jawapan penulis kepada pertanyaan kalian. Penulis takde menyimpan apa-apa rahsia kenapa boss lebih senang menghantar penulis ke mesyuarat yang dipengerusikan oleh seorang wanita. Masih tidak percaya? Cubalah telefon Jabatan tempat penulis bertugas dan tanyakan sendiri. Lepas ni kalian ubahlah tutur kata kalian. Semoga mudah urusan kerja kita apabila kita dihormati dan disayangi.