Popular Posts

Monday, March 24, 2014

Pesanan untuk Anak

Anakku AlMuqarrabin,

Patuhilah Allah dan Rasulnya dalam tindakan mu
Janganlah pula kau lupakan jasa ibumu yang melahirkan, mendidik dan mengasuhmu
Dirikanlah solat dalam waktunya

Anakku,

Hidup ini penuh dengan ujian dan cubaan
Untuk  kaum Adam, ada tiga TA yang perlu diperhatikan
TakhTA (kuasa)
WaniTA
HarTA

Pesan arwah Opah mu dulu,
Bila kecil ditimang ibu, bila dewasa dilambung gelombang
Bersabarlah menghadapi ujian-ujian tersebut

Setiap hari -
setiap teguk air
setiap suap nasi
nafas udara yang kau hirup
kekuatan, kebijaksanaan dan keyakinan diri
kesemua apa yang kita sangkakan milik kita
adalah sesungguhnya milik Allah secara total.
Tiada daya dan kuasa melainkan ianya hak Allah jua.

Anakku,

Ayah amat gembira dengan kehadiran mu dalam hidup ini.
Semoga dikau menjadi anak yang soleh dan berguna.
sesungguhnya Ayahmu amat menyayangimu!

No comments: