Popular Posts

Thursday, January 16, 2014

Fikir = Zikir : Perihal Surat Rayuan



Lewat petang semalam isteri penulis meceritakan kisah seorang rakan beliau yang merasa sedih dan kecewa kerana anak perempuannya yang mendapat keputusan UPSR yang cemerlang dan ditambah dengan kegiatan aktiviti ko-K dan sukan mewakili sekolah (dan juga pemilik sijil menyelam) tidak mendapat tempat untuk belajar di MRSM. Maka khidmat penulis diminta untuk menolong rakan karib beliau... pasangan suami isteri, yang kedua-duanya juga merupakan bekas pelajar MRSM....

Sepanjang masa semasa menderaf sebahagian dari kandungan surat rayuan tersebut penulis terdiam dan merenung panjang... tanpa disedari air mataku menitis.... ya, penulis merasa puas dapat memberikan pertolongan. Takde apa-apa masalah kalau penulis mahu menulis apa jua jenis surat pun. Memang tugasku buat pleadings di mahkamah sebelum ini, maka jika tulis dari hati... akan sampai juga ke hati, Insya Allah. Memang ini tugas peguam as we actually “sell words”. Jika kita menolong orang lain dengan tulus ikhlas, mudah-mudahan orang akan menolong kita dengan ikhlas jua dimasa hadapan. Kalau rayuan ini diterima, Alhamdulillah....

Kenapa penulis terdiam?....

Pernahkah anda merayu kepada seseorang dengan tulus ikhlas tetapi rayuan anda langsung tidak dipedulikan malah sebaliknya anda dihina? Apakah perasaan anda ketika itu?

Sebelum anda terus membaca, penulis ingin mengajak anda agar kita berselawat bersama-sama... 

Allahuma sholli wa sallim ala Sayyidina wa Maulana Muhammad,
A'dda ma bi Ilmillahi Shollatan 
Daimatan Bi Dawami Mulkilahi

(Makna? ... huh.. nanti penulis akan translatekan untuk korang. Solawat ni ada orang pernah ajarkan kepada penulis dan dinamakan Solawat Kiai Haji Ahmad Dahlan. Kalau tak salah penulis, Hj Ahmad Dahlan adalah antara ulama dan pemimpin Sarekat Islam yang menentang penjajahan Belanda di Indonesia zaman dulu. Later ada orang buat nasyid dalam berbagai bahasa. Nanti penulis akan kongsikan nasyidnya sekali). Mai la ziarah page ini lagi ya?|


Penulis memikirkan dari sudut yang lain sebenarnya... ini baru kes nama tak masuk senarai MRSM atau sekolah berasrama penuh idaman dah ibubapa menangis berteriak hiba begini.... bukan apa, sekarang ni boleh nak buat surat rayuan, minta tolong kawan-kawan untuk favours, nak mohon projek, buat busines dan lain-lain perkara. Tapi di akhirat kelak kepada SIAPA yang kita nak minta tolong merayu sekiranya setelah diadili di Mizan yang walaupun kebaikan dan dosa sebezar zarah kita akan lihat... pahala dah la kurang... lepas tu kena potong pula dan hasilnya diberikan kepada orang lain...sebab kita sombong dan pentingkan diri sendiri, kita mengumpat orang, kita percaya kata dusta dan fitnah tanpa usul periksa, kita makan harta syarikat melalui tuntutan palsu, mengular waktu pejabat, bergaduh dengan jiran tetangga, kita tidak menepati janji, berlaku zalim sesama insan dan bermacam-macam ulah yang membawa dosa.....  kita akhirnya jadi MUFLIS dalam catatan amalan baik...sementara catatan amalan buruk kita bertumpuk-tumpuk ... hasilnya kita dapati nama kita TIADA tersenarai di penempatan kita si Syurga dan dah siap tertulis nama kita di pintu NERAKA yang kita pasti masuk ke dalamnya.... sebelum kita dibenarkan meniti SIRAT untuk dijatuhi hukuman, so macam mana? TIADA sesiapa yang dapat memberikan pertolongan selain mengharapkan syafaat Nabi Muhammad S.A.W dan lautan manusia masing-masing sedia menunggu giliran..... (dan juga syafaat dan doa para Malaikat yang telah diizinkan Allah untuk mendoakan kesejahteraan...).

Astaghfirullahal Adzimmm...

"Sesungguhnya, ALLAH dan malaikat-malaikat NYA bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.
(Al-Ahzab ayat 56)

 
"사실, 하나님과 그의 천사는 예언자에 축복. 믿을 수 없긴, 당신은 선지자를 존중하고 그에게 인사하는을 축복.
(- 절로 Ahzab 56)

No comments: