Popular Posts

Tuesday, December 23, 2014

SIapakah yang memilih anda?


Anak-anakku Jamilah dan Husna, di atas ini adalah posting rakan lama ayah, Ustaz Redzuan Khalil yang pernah bersama-sama belajar di Maahad Hamidiah bersama ayah. Dia kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang dan menyambung menuntut ilmu agama dan bahasa arab di timur tengah. Ramai orang berebut-rebut mahukan anak mereka masuk sekolah yang baik untuk menjamin masa depan anak-anak mereka. Ada juga ibubapa yang mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah aliran agama, namun tidak menyekolahkan anak-anak mereka di sekolah agama rendah (dan tidak pula menduduki PSRA dan UPKK). Bagaimana nak memohon ke sekolah aliran agama, melainkan terpaksa pergi ke sekolah swasta?

It boils down to usaha bersungguh-sungguh mereka (anak-anak dan ibubapa) untuk mencuba memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan baru boleh dapat masuk sekolah yang baik. Waima seorang ustaz yang mempunyai anakanak yang fasih berbahasa arab dan faham hukum agama pun tak dapat menjamin anak-anak sendiri untuk masuk sekolah agama yang diinginkan. Maka, hasil usaha kalian yang mengungguli keputusan PSRA 2013 dan 2014 mestilah diteruskan. Bila naik sekolah nanti, berusahalah bersungguh-sungguh untuk mempelajari apa yang diajar sama ada di sekolah atau di asrama.

Sesungguhnya siapakah yang memilih dan menentukan kalian dapat masuk ke sekolah yang baik? DIA lah yang memilihkan dan menetapkan untuk kalian. Maka janganlah sia-siakan peluang yang telah diberikan. Jika peluang yang diberikan disia-siakan sahaja dan kita tidak bersungguh-sungguh menuntut ilmu, fikirkan juga rakan-rakan kalian yang mahu belajar tetapi tidak mendapat tempat disekolah yang dipohon. Bukankah kita menzalimi mereka namanya?

Ingat apa yang ayah pernah ceritakan dahulu, Man jadda wajada - siapa yang berusaha, dia akan berjaya.

Monday, December 22, 2014

Photoshoot December 2014

 

Ayah janji nak ajar fotografi masa cuti sekolah ni, tapi tak ada masa nak ajarkan sendiri. Hah! sekarang apa macam? Susah jugakan? Bukan main petik shutter aje. Ayah dah tunaikan janji dan bawa kamu berdua (Jamilah dan Husna) ikut sessi belajar asas photografi yang diadakan secara percuma oleh seorang sifu di Galeri Shah Alam dan kita terus buat photoshoot. Lepas ni ayah nak kamu berdua hasilkan gambar yang best, lebih baik dari apa yang ayah hasilkan. Bolehkan? Nak buat dan hasilkan gambar yang cantik tak boleh malu-malu. Tu sebab majoriti lensa yang ayah miliki kesemuanya prime lens - takleh nak zoom langsung. Kita zoom dengan kaki kita, mendekati subject. Terima kasih kepada Cikgu Adhadi dan tenaga pengajar yang lain yang memberikan tunjuk ajar kepada para peserta semalam.

Wednesday, December 17, 2014

NIkon Picture Control files editor

This is the link http://nikonpc.com/

Tahniah bagi sesiapa yang tahu nak mengguna dan memanfaatkan benda ni dalam gambar-gambar anda... Bagi those yg masih dok faham.... pi belajar lagi ya.




Tuesday, December 16, 2014

Anti Reverse Kekili



Round and round she goes, where she'll stop, nobody knows.

Setiap pengail mahukan kekili  berhenti berputar agar dapat menghentikan tali tangsi yang ditarik keluar oleh ikan yang memakan umpan sebaik sahaja pengail berhenti mengarau tali. Dalam kes penulis ini mekanisma anti-reverse yang ada dalam mesin kekili berfungsi menghalang pusingan kebelakang. Masalah ini disedari ketika dalam perjalanan pulang dari “Pulau Impian“ di Pantai Timur Semenanjung yang dikunjungi bulan lepas semasa bertarung dengan ikan laut dalam. Maka mahu tak mahu, penulis terpaksa memegang kekili sepanjang masa…lagi pun tali tangsi yang ada kesemuanya dah habis keluar hingga ke hujung gara-gara nak sampaikan umpan ke dasar laur… kalau tak pegang, alamat joran dan kili tu akan terkubur ke dasar laut akibat rentapan ganas sang ikan…. tak syok la macam ni…namun walaupun ada masalah pengendalian, penulis masih mampu, albeit slowly, menaikkan tangkapan kira-kira sedozen ikan kerisi.

Syok memancing pada penulis adalah menggunakan light atau ultra light tackle yang memberikan peluang kepada ikan melepaskan diri, drag setting dikunci seminima yang mungkin yang menyebabkan ikan masih boleh menarik tali keluar dari gelendung kekili – barulah ada fight yang lama dan menyeronokkan).

Joran penulis Ryobi Voyager. Memang ringan dan tahan lasak. Dah tak jumpa lagi di pasaran. Ringan dan sedap menggunakannya.

Pasangan Ryobi Voyager adalah Ofmer (tah apa entah) kedua-duanya sama panjang tapi Ofmer bukan carbon fibre dan lebih berat walupun actionnya sama. Jadi kalau memancing, wajib setup Ofmer dulu untuk dipacakkan ke tanah.

Setelah 3 minggu berlalu, barulah penulis teringat masalah kekili yang berlaku itu dan membukanya siang tadi sebelum bertolak ke tempat kerja. Bahagian luar mesin kekili masih berkilat macam baru dibeli… ya ianya dijaga dengan baik sejak memilikinya 16 tahun yang lalu dan tidak pernah sekalipun lagi menghampakan penulis sebelum ini. Segala-galanya macam okay aje….tetapi setelah diteliti,  sistem klutch didapati tidak beroperasi dengan baik.  Spring yang selama ini memastikan “rollers” senantiasa bersentuhan dengan “sleeve” dan “lock ring” ada masalah - wujud ruang kosong menyebabkan klutch tak terkunci – itulah sebab takde anti reverse rupanya. Hakikatnya spring yang ada telah menjadi lemah akibat peredaran masa dan penggunaan yang kerap.

Semasa mencari jalan penyelesaian di internet, penulis terjumpa laman web yang menerangkan problem statement yang berlaku:

"When an anti-reverse goes out, the most common culprit is applying much more drag than the reel was designed to withstand. Anti-reverse failure will most likely happen in the middle of a fight, not from a hook-set."

Betul juga tu….. mesin kekili yang digunakan sebenarnya sesuai dengan ikan tepian pantai atau ikan sungai/kolam, dengan digandingkan tali tangsi nipis maksimum .30mm sahaja, tetapi digunakan untuk acara casting, jigging, trolling dan bottom fishing…bertempur dengan ikan laut dalam.

Mahu tak mahu mesin kekili dibuka dan diceraikan dengan berhati-hati… dan Alhamdulillah setelah dibersihkan, dicuci dan diperiksa, sedikit adjustment dibuat… maka ianya dah boleh digunakan semula… Nampak gayanya kesemua light tackle penulis tidak sesuai dengan pertarungan laut dalam… kalau nak pergi ke sana lagi, wajib membeli tackle baru sebab tidak sesuai dengan lokasi dan ikan yang diburu.

Begitulah juga dengan kita manusia. Jika beban lebih, luaran nampak ok takde apa masalah tetapi sebenarnya yang didalam mungkin dah rosak, sakit atau telah mati. Kita tak akan nampak apa yang ada didalam melainkan sekiranya dibuka dan dipertontonkan untuk diperbaiki (sekiranya masih ada peluang).

Kegembiraan anda bersangkut-paut dengan kegembiraan orang lain



Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar 'Senyumlah' bersama Ustaz Luqman.

Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz Luqman memberikan seorang setiap belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon. Belon yang ditiup besarkan dan diberikan kepada Ustaz Rahim. 

Ustaz Rahim melepaskan 100 belon tersebut ke dalam sebuah bilik. 100 peserta ini disuruh mencari belon yang tertulis nama mereka secara serentak dalam masa 5 minit tanpa memecahkan sebarang belon. 5 orang pertama akan mendapat hadiah.

Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam kabut. Para peserta berebut-rebut, menolak antara satu sama lain untuk mencari belon masing-masing. Suasana cukup melemaskan. 5 minit berakhir, tiada seorang pun dapat mencari belon mereka. 

Ustaz Luqman tersenyum dan meminta para peserta untuk mengambil satu belon seorang dan memberikan kepada pemiliknya berdasarkan nama di atas belon. Dalam masa 3 minit sahaja, semua mendapat kembali belon masing-masing. Ustaz Luqman tersenyum lagi. 

Wahai anakku.. Inilah yang berlaku di dalam kehidupan manusia. Semua orang sibuk mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di mana dan bagaimana. Walhal, kegembiraan kamu bersangkut paut dengan kegembiraan orang lain. Buat orang lain gembira, kamu akan mendapat kegembiraan. 

Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak pentingkan diri sendiri kerana tamakkan hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri. Akhirnya belon milik sendiri akan datang daripada orang lain. Jika semua berebut, suasana akan menjadi kelam-kabut dan akhirnya semua orang rugi. 

Gembirakah orang sekeliling kita bersama diri kita?

Friday, December 12, 2014

Gerimis Mengundang


Pulang ke Bukittinggi


Post by Zawaluhelme Abd Wahab.

Hari ini mula bertugas kembali setelah sekian lama bercuti di kampung.
Damainya suasana kampung yang aman, permai dan indah.
Sehingga bertemu kembali.

Friday, November 28, 2014

Sabah yang murah



Catatan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman penulis untuk trip setahun yg lalu. Trip tahun ni sekeluarga akan dipaparkan dilain waktu.

Pastikan anda naik flight yg 0 fare. Yg kita hanya kena bayar tax aje. Takde checkin luggage. Flight balik semenanjung baru beli luggage.

Kalau payah sangat bab teksi dan lebih suka naik kenderaan sendiri, parkir yg dicadangkan – Terminal Bandar Tasik Selatan. Kos sehari hanya RM3 sahaja. Tambang bas ke KLIA2 RM10 seorang dan perjalanan ke KLIA2 mengambil masa 1 jam perjalanan. Pastikan anda dah check in online dan sampai sekurang-kurangnya setengah jam awal. Kengkadang tu dapat SMS dari AA kata flight jadi cepat… kan ke naya tetiba jadi macam tu. Alternatively kalau nak lagi cepat boleh naik ERL. Pantas selesa dan sepantas wang anda terbangnya.

Jangkamasa penerbangan pesawat 2 – 3 jam. Baik order makanan online. Lebih murah. Kalau order masa penerbangan, nasib-nasib kalau ada baki.

Turun flight AA terus ke kaunter imigresyen – chop passport or dapatkan slip masuk Negeri Sabah kalau guna IC.

Keluar dari terminal terus ke Stesyen Bas di luar lapangan terbang  - keluar terminal jalan ke kanan. Less than 30 meters jauhnya dari terminal (sila tanya org).

Tambang ke KK RM1.50 seorang. Basnya mcm bas mini wilayah dulu-dulu.

Kenapa naik bas? sebab bas akan pusing-pusing beberapa kawasan yang ada permandangan yg menarik kalau sewa teksi tak lalu iaitu kawasan Pantai Tanjung Aru (dlm 1 km from lapangan terbang) melalui kawasan pakir yatch dan kawasan hotel mewah. Destinasi kita adalah Terminal Wawasan (terminal sementara baru) betul-betul berhadapan dengan Hotel Promenade. Area Promenade tu dikenali dengan nama Api-Api Centre. Ini sudah kira bagus sebab Terminal Wawasan yang sedang dibangunkan semula agak jauh sikit untuk berjalan kaki.

Takde la jauh mana pun naik bas… sebab jauhnya dlm 7 km aje. Cuma jalan mungkin sesak aja sikit kalau kena waktu puncak. So pada penulis, tak berbaloi langsung naik teksi yg mahal ya amat tu.

Ada juga perkhidmatan shuttle bas disediakan dalam terminal – sorang kena pow RM5-00. Selesa atau tidak, penulis tak tahu sebab tak pernah cuba.

Tempat tinggal yang dicadangkan adalah Apartment Promenade. Kalau kena masa offer, semalam boleh dapat RM70 sebelum tax. Apartmentnya serba lengkap dan boleh masak. Ya memasak!

Kenapa masak sendiri? Datang nak jalan-jalan! Macam ni – harga barang makanan yang siap masak sangat mahal. Dan tak tentu sedap or tak tentu Halal… so tengok betul-betul sikit ya. Or maybe sebab taste penulis dah tahap dewa-dewa sebab manja dan spoilt dengan masakan maid yg bersahabat baik dengan Chef tersohor Negara. Masakan wife pun apa kurangnya… heheheh…

Try terjah pasar ikan KK (walking distance aje)… anda akan geram dengan ikan yang segar, besar dan murah harganya. Belum lagi tengok ketam dan udangnya. Tambah dengan lobsternya…. So percayalah, kalau masak sendiri anda akan berpuas hati – save wang anda untuk perkara lain..... tu yang kena baca terus...

Dekat area Jalan Sinsuran 4 ada kedai Jamilah Jewellery. Jamu mata anda dengan mutiara air tawar dan air masin. Tapi jangan beli dulu. Pastu pi menjelajah Pasar Kraftangan (dulunya dikenali dengan nama Pasar Filifina) tu… bandingkan harganya…yang boleh mencecah ribu riban tu dan sabar …. Sabar… jangan lepas tu patah balik pergi ke Jamilah Jewellery sebab perlu terjah pasar malam dekat kawasan tu juga yg boleh tawar harga.… tapi kalau nak beli jugak, belilah yang mana anda suka. Nak tahu maklumat lanjut boleh PM saya.

Hehehehe…. Ada kisah “Mutiara Terpendam” yang murah meriah lagi asli (supplier kepada Pasar Filifina) yang mana anda boleh pilih mutiara air masin saiz yang anda suka dan buatlah kalung sepanjang mana yang anda mampu, jauh lebih murah. Ada cara juga nak tengok mutiara ni, sebab takde mutiara yang sempurna, kalau ada yg jumpa sempurna bulat cantik semacam tu either kita tak akan mampu beli walau sebijik ataupun manik plastic je tu!

Kita sambung next entry.