Wednesday, May 08, 2013

Berpetualangan di Negeri di Bawah Bayu

Akhirnya kami menjejakkan kaki di Kota Kinabalu, Sabah...  payah sangat nak singgah ke tempat ni dek kesibukan tugas. Bukan tak pernah sampai, tapi setakat transit kat airport aje.  Dah lama sangat nak ke KK ni sampai termimpi-mimpi.... more than 10 yrs ago, penulis terlibat dengan projek Sabah Mud. Yes, mud... lumpur yang hanya ada di Taman Sabah. Taman Sabah adalah lokasi beberapa tempat yang terletak di pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu yang terkenal dengan aktiviti snorkeling dan island hopping iaitu Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Sulug dan pulau tah apa lagi tah.... Apa rahsianya dengan lumpur pulau ni?... hehehe.. ianya akan tetap rahsia dan takleh cerita kat sini. KK Confidential!

Kami hanya pi berdua sahaja. Dapat tiket pergi-balik RM100. Oklah tu. Makan? Tak masuk... main seludup aje naik kapalterbang. Tak redha nak bayar RM15-00 untuk nasi lemak or RM7-00 untuk sekeping croisant bread.

Landing aje, terus bergegas ke kaunter, malas nak bawa passport, buat permit masuk aje, bila tanya kat kaunter imigresyen, sama aje kalau pakai passport, so baik tak payah guna passport. Iyelah, this is percutian santai, no rush at all... dari rumah naik KTM Komuter aje dan ke LCCT pun kami pi naik bas RM8-00 seorang. Keluar dari airport, tercari-cari kat mana nak ambik bas no 16 ke KK dengan tambang  cuma RM1.50 seorang. (Kalau naik teksi, wajib kena cekik RM30-00). Janganlah harap nak naik bas yang canggih, dah ada penghawa dingin pun dah ok. Bas yang kami naiki lalu dan singgah  di Tanjung Aru... amat cantik permandangan alam ciptaan Illahi ini dan takdelah jauh mana pun Tanjung Aru dengan terminal lapangan terbang... agak boleh berjalan kaki ke sini, no problemo.
Suasana senja Pantai Tanjung Aru
Kenangan di Pulau Sapi

Anak Tausug di Waterfront KK
 Penangan PRU13!

Nak murah dan besar, kenalah ikat sendiri... this place is a hidden gem in KK!
Bas yang kami naiki akhirnya sampai ke destinasi – Terminal Warisan. Dari sini kami berjalan kaki sambil menarik bag luggage (cukup-cukup 7kg seorang yang berisi 1 DSLR dan 1 EVIL Nikon 1 berserta tripod) ke apartment yang telah penulis sewa melalui talian internet – Promenade Apartment. Penulis memilih apartment ini kerana banyak komen positif. (Baik order direct kepada websitenya sendiri, dan bukan melalui Booking.com etc kerana kadang-kadang ada promotion separuh harga). Penulis menempah bilik studio aje... kan datang berdua aje... ada tempat nak masak pun dan kira bagus. Rasanya dah dapat best price dah tu, satu malam RM70, weekdays & week ends RM75. Lokasinya di Api-Api... tersangat strategik kerana terletak berhampiran dengan Centerpoint KK. Turun Apartment aje sebenarnya dah ada restoran mamak 24 hrs dan bermacam-macam kemudahan. Keselamatan terjamin kerana keluar masuk kena melalui pos pengawal.
South sea salt water pearls

Kenapa KK menjadi idaman hati? – Nope, takde kerja aku nak memanjat Gunung Kinabalu tu, tinggi sangat tu!!! Kalau setakat nak panjat gunung, baik aku panjat gunung merapi dan Singgalang kat Bukittinggi tu... kalau untung dapat tengok gunung tu meletus. Baru ada thrill. Ini personal opinion aku aje ye. Kawan-kawan opis yg selalu panjat Kinabalu jangan mare ye!
 Monster sized lobsters!
KK Waterfront open air fish market

 Fresh water pearls
1 hour from departure, sempat lagi berjalan ke sini! (on foot)
Tarikan utama ke KK adalah:
1. Nak makan seafood fresh;
2. Nak carikan south sea pears pearls yang berlambak-lambak ada kat sini (and nope, kami tak beli kat Pasar Kraftangan yang cekik darah tu, ada tempat lain yang JAUH lebih murah);
3. Nak jalan ke pasar ikan fresh;
4. Nak try makanan pelik-pelik yg ada kat sini;
5. Nak menengok depa punya seaweed, yang mana yang asli dan berkualiti;
6. Island Hopping yang “berhantu” sangat tu; and
7. Of course, photography.

No comments: