Popular Posts

Tuesday, March 19, 2013

Banyaknya kisah bani Makhzum di Malaysia

Bahawa orang-orang Quraisy digelisahkan oleh perkara seorang wanita Bani Makhzum yang suka mencuri. Beliau mencuri bukannya kerana miskin. Beliau golongan bangsawan. Tapi beliau mencuri kerana sifatnya memang suka mencuri, lebih-lebih lagi di rumah orang yang miskin. Suatu hari wanita bangsawan ini dapat ditangkap. Masalahnya adalah hadd Allah - sekiranya kesemua syarat / elemen kesalahan mencuri dapat dibuktikan hukumannya adalah potong tangan.

Mereka berkata: Siapakah yang berani membicarakan masalah ini kepada Rasulullah s.a.w.? (untuk memohon kekecualian hukuman).

Mereka menjawab: Siapa lagi yang berani selain Usamah, pemuda kesayangan Rasulullah s.a.w. Maka berbicaralah Usamah kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Apakah kamu meminta syafaat dalam hudud Allah?" 

Kemudian baginda berdiri dan berpidato: 

"Wahai manusia! Sesungguhnya yang membinasakan umat-umat sebelum kamu adalah apabila seorang yang terhormat di antara mereka mencuri, maka mereka membiarkannya. Namun bila seorang yang lemah di antara mereka mencuri, maka mereka akan melaksanakan hukum hudud atas dirinya. Demi Allah, sekiranya Fatimah puteri Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya." (hadis riwayat Muslim)

Apa tindakan seterusnya? 


Thursday, March 07, 2013

Dari mata lensa


 Peaceful demonstration in front of Victoria Parliament

 Photoshoot @ Jenjang 40, Pasar Ateh Bukittinggi, West Sumatra

 Item , inter alia, for sale in Queen Victoria Market, Melbourne

Firestation @ Misfalah, Makkah 



Two is a company, the third is ... Mr. Bean.