Tuesday, February 26, 2013

Manifesto Pilihan Raya dan Harapan Rakyat

Penulis tertarik hati melihat ada pihak yang mengambil  tindakan menyaman Kerajaan Negeri Selangor apabila kandungan manifesto kerajaan Negeri Selangor untuk PRU12 dipertikaikan di mahkamah baru-baru ini. Masih lagi terlalu awal untuk menentukan pihak manakah yang akan menang kes tersebut walaupun bantahan awal pihak Kerajaan Negeri Selangor ditolak oleh mahkamah. Tak mengapa. Baru round pertama. Hari ini penulis akan cuba mengupas isu ini berpandukan kepada kes yang pernah diputuskan oleh mahkamah. Penulis akan hanya membincangkan 1 kes sahaja. Ada banyak kes lagi, kome carilah sendiri. :-)

Umumnya, apabila pilihan raya umum menjelma, parti-parti politik biasanya akan mengemukakan dokumen yang mengandungi senarai pembaharuan yang mereka akan laksanakan sekiranya mereka dipilih sebagai kerajaan. Dokumen ini dikenali sebagai manifesto pilihan raya.
  1. Persoalannya sekarang adalah adakah pengundi dalam membuat keputusan mempertimbangkan kandungan manifesto parti politik yang dipilih sebagai sesuatu yang amat penting?
  2. Adakah manifesto parti benar-benar mempengaruhi siapa yang mengundi? dan yang paling utama sekali jika sesebuah parti politik dipilih untuk membentuk Kerajaan, adakah ia berkewajipan untuk mengotakan kesemua janji-janji yang terkandung dalam manifesto?
  3. Adakah janji yang dibuat oleh parti-parti politik dalam manifesto adalah sah dari segi undang-undang?

Terdapat kes 'precedent' di mana pihak-pihak yang telah pergi ke mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian mereka yang berkaitan dengan janji yang dinyatakan di dalam manifesto. 

Bromley London Borough Council v Greater London Borough
House of Lords [1983] 1 AC 768

Pada bulan Mei 1981, berlaku pilihan raya bagi Greater London. Sebelum pilihan raya, Parti Buruh mengeluarkan manifesto. Mereka berjanji bahawa, jika mereka menang, dalam tempoh enam bulan mereka akan mengurangkan tambang bas dan tube London sebanyak 25 peratus. Mereka menang pilihan raya tersebut. Mereka melaksanakan janji mereka. Mereka memberitahu London Transport untuk mengurangkan tambang sebanyak 25 peratus. Orang ramai bergembira dengan hadiah itu. Ia bermakna berjuta-juta pound dijimatkan tetapi pembayar cukai London perlu menyumbang £69 juta untuk menampung kos yang terbabit. Greater London Council (GLC) mengarahkan semua 35 London Borough untuk meningkatkan kutipan untuk dana yang diperlukan. Borough London Bromley mencabar kesahihan prosedur keseluruhan.

Kerana janji pra-pilihan raya, GLC percaya bahawa ia terpaksa menghapuskan tambang sama sekali atau mengurangkan mereka. House of Lords memutuskan bahawa GLC terkhilaf dalam menyangkakan ianya terikat untuk melaksanakan manifesto yang diluluskan oleh Parti Buruh. House of Lords berpendapat bahawa manifesto yang dikeluarkan oleh parti politik - dalam usaha untuk mendapatkan undi tidak boleh dianggap sebagai suatu bon yang perlu dilaksanakan. Ianya boleh mengandungi - dan sering mengandungi janji atau cadangan yang agak tidak boleh dilaksanakan atau mustahil dicapai. Sangat sedikit daripada pengundi membaca manifesto sepenuhnya. Beberapa orang hanya mengetahuinya  dari apa yang mereka baca dalam akhbar atau mendengar mengenai manifesto tersebut di televisyen. Ramai yang tak tahu menahu mengenai kandungan manifesto tersebut. Apabila mereka datang ke tempat mengundi, mereka tidak mengundi untuk manifesto. Mereka mengundi  calon dan bukan mengundi apa yang terkandung dalam manifesto. 


Kes ini menunjukkan bahawa pra-janji pilihan raya dan manifesto parti tidak boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang, namun ini tidak bermakna bahawa janji itu adalah sia-sia. Kerajaan perlu mengambil kira janji pilihanraya yang gagal dikotakan pada pilihanraya berikutnya. Mereka juga akan dipertanggungjawabkan oleh parti-parti pembangkang dan juga oleh pihak media. Walaupun 'judicial precedent' memihak kepada posisi undang-undang bahawa pra-janji pilihan raya dan manifesto parti tidak boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang, berkemungkinan juga ada makhluk-makhluk genius yang akan  mencari populariti murahan dengan menganjurkan tindakan undang-undang akibat daripada kegagalan kerajaan yang dipilih rakyat melaksanakan janji pra-janji pilihan raya. Impak yang paling besar (sekirany ada) adalah kerajaan yang sedia ada mungkin kehilangan kepercayaan pengundi di pilihanraya berikutnya.

Pada hemat penulis, kalau dah berjanji tu, kenalah tunaikan janji-janji anda walaupun diketahui mengkin ada  sedikit masalah teknikal (seperti isu meter air pukal rumah pangsa yang perlu digantikan dengan meter air persendirian terlebih dahulu). Adalah lebih Islami sekiranya mahkamah di Malaysia boleh membuat precedent kita sendiri (dan menjadi kes pertama seumpama ini yang tidak mengikut pescedent di negara Commonwealth) iaitu semua janji dalam manifesto adalah mengikat parti yang mengeluarkan janji tersebut dan ianya mesti dilaksanakan sekiranya parti tersebut memenangi pilihan raya.

(Komen peribadi penulis - either way, BN is screwed, big time. Ada banyak juga janji BN yang memenangi pilihanraya puluhan tahun yang tidak ditepati. Sekiranya inilah posisi undang-undang yang akan diputuskan oleh mahkamah, ini merupakan berita baik untuk rakyat Malaysia seluruhnya. It will open the floodgates for all and sundry untuk mengambil tindakan undang-undang bagi setiap dan tiap-tiap janji manifesto yang tidak ditunaikan oleh mana-mana pihak). Tidak mengapa, kerana sama ada anda menyokong Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat.... kes ini akan memberikan harapan baru kepada kita.

RAKYAT DIUTAMAKAN!!!.

Kenapa mata terbeliak?

Wednesday, February 13, 2013

Sherrina Nur Elena v Kent Well Edar Sdn Bhd

Sherrina Nur Elena v Kent Well Edar Sdn Bhd (K22-187-2009)

Plaintif adalah pemenang pertandingan ratu kecantikan antara tahun 1992 dan 1994 dan telah pernah memenangi gelaran ratu dan beberapa anugerah lain. Pada bulan November 2008, beliau mendapati bahawa gambar beliau semasa memasuki suatu pertandingan telah digunakan pada pembungkusan produk milik Defendan dalam kes ini dan gambar beliau juga dipaparkan di papan iklan yang besar di Kota Kinabalu.

Plaintif mendakwa bahawa dia adalah pemilik yang sah gambar tersebut dan mendakwa bahawa Defendan telah melanggar privasi dan melanggar hak cipta dengan menggunakan gambar beliau untuk tujuan komersil tanpa keizinan beliau. Plaintif juga mendakwa bahawa tindakan Defendan telah menjejaskan antara lain reputasi beliau dan memohon gantirugi sebanyak RM1 juta daripada Defendan dan juga menuntut ganti rugi teladan untuk ditaksirkan oleh mahkamah.

Defendan menafikan liabiliti dan sebaliknya mendakwa bahawa hak cipta kepada gambar itu dimiliki oleh penganjur pertandingan kecantikan atau jurugambar yang mengambil gambar tersebut, dan ianya bukan hakcipta milik Plaintif. Defendan juga mendakwa bahawa Plaintif tidak mempunyai kausa tindakan untuk mengekalkan tindakan ini kerana tidak mempunyai locus standi.

Diputuskan oleh Mahkamah bahawa : Di bawah Akta Hakcipta 1987, kerja-kerja seni layak mendapat perlindungan hakcipta dan gambar foto dianggap tergolong sebagai karya seni. Walau bagaimanapun, orang yang mencipta/mengambil gambar adalah pemilik hakcipta. Defendan bukan jurugambar dan dia tidak dapat membuktikan pemilikan gambar. Tambahan pula, tidak ada isu pencerobohan privasi kerana gambar itu diambil di tempat awam di mana Plaintif adalah seorang peserta sukarela. Gambar tersebut adalah dalam domain awam dan tidak boleh terjumlah kepada pencerobohan privasi. Tambahan pula gambar tersebut telah disiarkan di akhbar selepas tamat pertandingan dan juga dalam buku pelancongan Negeri Sabah.

Maksudnya: siapa yang ambil gambar, hakcipta gambar itu adalah milik jurugambar (melainkan sekiranya jurugambar mempunyai kontrak kerja yakni diupah untuk mengambil gambar).

Wednesday, February 06, 2013

Contoh email jawapan kepada spammers (Personal Data Protection Act)


(Nota: just cut and paste the text below as a reply to spammers and change the name and designation below. I am not sure whether requesting RM10-00 to forget the whole matter is legal... tapi kalau dah geram, hantam sajalah! You are FREE to copy and use this draft. Let this be a lesson to all spammers. Let us have our privacy back).

The Personal Data Protection Act, aimed at preventing abuse of personal data of citizens for commercial purposes, would come into force on Jan 1, said Information, Communications and Culture Deputy Minister Joseph Salang Gandum.

He said the Act, which was passed by Parliament in 2010, would play a crucial role in safeguarding the interest of individuals, and made it illegal for corporate entities or individuals to sell personal information or allow the use of data by third parties.

Many quarters, he said, felt that the enactment of the Act was timely as it would facilitate the transfer and transmitting of personal and often very important information seamlessly.

"It gives the public more control over their personal data. Whenever consent is required for data processing, it'll have to be given expressly rather than impliedly or be assumed," he said in his keynote address at the Second Annual Personal Data Protection Summit in Kuala Lumpur, today.

Under the Act, offenders were liable to be jailed for up to two years or fined RM300,000, or both, if convicted.


I did not give any consent to your organization to use of my email address for any marketing purposes. In any event, the Malaysian Legal Fraternity is looking forward to have a test case/precedent on this subject matter. It also affords a good income stream to the government and hopefully with all the prosecutions and fines collected, we can look forward to have a lower rate of income tax payable to LHDN. Bearing that in mind, please confirm whether your organization is desirous to be in this enviable position. 



Please revert soonest with written your apology within twenty four (24) hours from the delivery of this email and a bank draft/cheque for the sum of RM10-00 to be made payable in my name (and yeah, I don’t think that you can afford to pay RM300k fine to the Government) failing which I would lodge an official complaint to Jabatan Perlindungan Data Peribadi (aduanpdp@kpkk.gov.my).


Thank you


“Insert name”

“insert designation”